Wordless Wednesday : TQ duniashida.com

The Grato, Bandar Baru Bangi

Ahad lepas, iaitu one day after hari pertandingan (ICAF 2013) adalah hari di mana topup segala tido, rehat dan segala macam perkara yang meletihkan sepanjang 2-3 minggu ini. Kebetulan hari ahad adalah hari cuti En. Barney. FYI, dah hampir setahun jugak En. Barney buat kerja part time ni. Untuk kumpul duit kahwin katakan. Ehhhhhh

Plan asalnya nak tengok wayang, tapi tak ada movie best pulak sekarang. Kalau ada pun dah tengok. Jadi malam tu, Chipmunk ajak lah En. Barney makan kat tempat dia kerja iaitu The Grato (Seksyen 7), Bandar Baru Bangi.

Tulis order sendiri tuuuu

Untuk makluman, The Grato Bandar Baru Bangi ni ada dua cawangan. Satu di Seksyen 3, berhadapan dengan Masjid Bangi Perdana. Dan satu lagi cawangan ni Seksyen 7, Bandar Baru Bangi. Kalau perasan, The Grato (Seksyen 3) baru je disiarkan dalam Rancangan Jalan-Jalan Cari Makan beberapa minggu lepas.

Pilihan TV3 : Jalan Jalan Cari Makan

Ini second time Chipmunk datang sini biarpun dah lama jugak En. Barney kerja di The Grato ni. First time datang dengan member, saja nak skodeng En. Barney kerja macam mana. Haha! Kali ni kebetulan En. Barney cuti jadi boleh lah singgah makan sekejap. 

Belek lah puas-puas cik abang oi, padahal itu jugak yang awak tatap tiap hari. 

Teringin sangat nak rasa Carbonara The Grato ni, homemade okay! Member-member pun ramai yang cakap sedap. Yang paling sakit hatinya, 150 juta kali En. Barney ulang yang carbonara sini sedap. Tak payah nak Fynn Jamal sangat eh. Btw, I tak minat Ainan Tasneem. Prefer Fynn Jamal

Chicken Carbonara

Chicken Carbonara yang sangat marvelous! Memang carbonaranya sedap sehingga menjilat jari. Selain Chicken Carbonara, ada juga Seafood Carbonara, (Yang ini Chipmunk tak boleh makan sebab alahan dengan udang) dan Sausage Carbonara. Kalau nak extra pasta just tambah RM1 je. Tapi bagi Chipmunk ini pun dah sangat mengenyangkan.

Ini yang En. Barney order

Yang di atas tiada dalam menu sebenarnya. En. Barney dan kawan dia punya kerja lah. Tapi kalau nak try seperti gambar di atas ni jugak, boleh order Sausage & Tom ataupun Marinara Pasta (yang ini udang lah). Tapi ini pun sedap jugak tau. Chipmunk berapa kali jugak culik sikit dari pinggan En. Barney. 

Bagi yang berdekatan tu ataupun ada yang teringin dan termengidam nak makan Carbonara sedapppp ataupun nak merasa menu yang lain boleh lah singgah The Grato, tak kisah lah sama ada di Seksyen 3 ataupun Seksyen 7. Kalau The Grato (Seksyen 3), hanya dibuka dari Isnin hingga Sabtu dan beroperasi dari pukul 5.00 petang. (Pukul 5 la kot, sebab En. Barney masuk kerja pukul 5). Manakala The Grato Seksyen 7 beroperasi Isnin hingga Ahad (kecuali Khamis). Harga pulak memang sangat affordable especially for students compare dengan kedai western yang lain. 

p/s : Lasagna pun sedap jugak! Argh, semua sedap lah.

Kononnya Tutorial Candy Crush Saga.

Sejak I buat Entry INI berkenaan dengan bahaya game Candy Crush Saga ni, setiap hari mesti ada je keyword berkenaan Candy Crush Saga. Macam-macam. Jadi nak share lah pengalaman main game ni kan. Pengalaman tau, konon hebat lah tu. Tapi nan hado jugak.


Soalan Pertama : Cara Main Candy Crush Saga?

Nak main Candy Crush Saga ni senang je. Kena pandai main dengan Combo dan pandai atur strategy macam mana untuk complete task yang diberikan. Contoh :
  1. Clearkan jelly : Fokuskan lah tempat yang ada jelly tu. Sebab task nak clearkan jelly je kan?
  2. Turunkan Ingredient : Fokuskan lah kat line menegak di mana ingredient tu berada.
  3. Complete order : Yang ini kalau task yang kita kena buat cuma berkaitan dengan warna je senang. Fokus je kat warna yang dia nak. Kalau combo pulak, kena pandai-pandai atur strategy macam mana nak dapatkan combo yang dikehendaki tu. 

Setakat yang Chipmunk ingat dan level yang Chipmunk main ini je lah task yang ada. Ada yang Chipmunk tertinggal tak? Untuk Combo pulak :
  1. Nak dapatkan Striped Candy kena matchkan 4 candy.
  2. Nak dapatkan Wrapped Candy kena matchkan 6 Candy sama ada berbentuk L ataupun T
  3. Nak dapatkan Bomb matchkan 5 Candy. 

Jangan lupa untuk cuba combination ini juga :
  1. Striped Candy + Striped Candy
  2. Striped Candy+ Wrapped Candy
  3. Striped Candy + Bomb
  4. Wrapped Candy +Wrapped Candy
  5. Wrapped Candy + Bomb
  6. Bomb + Bomb
Tapi yang Chipmunk paling suka Combination No. 2, No. 3 dan No. 6. Kesannya, fuhhhhhh. Hebat! Lagi satu, kalau dah habis lives tu boleh lah request kat kawan-kawan yang gila main Candy Crush Saga ni jugak. Jangan request kat kawan-kawan FB yang tak main game ini pulak. Dah menimbulkan rasa annoying dan menyampah di situ. Satu lagi tips bagi yang main game ni kat phone, bila dah habis lives kat phone tu boleh lah kita bergerak ke FB pulak. Link kan Candy Crush Saga di phone anda tu dengan FB. Masa main tu, mesti ada je kita nampak "Connect to Facebook". Jangan lupa klik pulak.

Klik Ask Friends dan pilih lah kawan yang mana kita boleh minta nyawa. Minta nyawa oiii!

Soalan Kedua : Macam mana nak main game Candy Crush Saga dalam PC?

Yang ini Chipmunk cakap pasal link kan ke FB tadi tu. Tak ada smartphone? Siapa cakap tak boleh main Candy Crush Saga. Facebook kan ada. 

 I selalu main kat phone je. Lagi senang.

Soalan Ketiga : Bagaimana cara mudah untuk dapatkan tiket Candy Crush Saga?

Request kat kawan-kawan FB. Salah satu function "Connect to Facebook" selain daripada boleh minta nyawa kat kawan-kawan. Cara paling mudah dah tu. Chipmunk tak tau lah kalau ada cheat bagai ni. I ni jujur orangnya. Tak main la cara-cara begini. Tiket ini sangat perlu ye untuk ke level seterusnya.

Level 208

Baru berapa jam stuck kat level di atas. Menyampah pulak rasa task yang nak combination combo ni. Grrrrr

p/s : Dah tengok gwiyomi comel versi wig? Kalau belum boleh tengok SINI. Si Gwiyomi 3 itu adalah Cinderella yang sedang mencari Prince Charming nya. Kalau ada sesiapa yang berminat boleh hantar resume anda pada saya dan akan diserahkan kepada yang berkenaan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...