31/05/2013

Double Sensation!

Kebelakangan ni hidup kurang teratur. Haish. Tesis belum lagi siap, masih ada sebulan setengah lagi sebelum dihantar. Stress. Tapi perlu jugak, jilid buku yang hijau sudah. Kini hanya perlu jilid berwarna merah cuma. Tahun ini jugak!

Sudah-sudah lah dengan kemerapuan itu wahai perempuan. Bila stress mari lah kita memenuhi ruang-ruang yang masih belum tentu kosong di bahagian perut itu. Tapi nanti stress pulak sebab berat bertambah. Haish, perempuan. Dalam entri INI, I ada cakap teringin nak try kan. Tanpa melengahkan masa lagi, terus ke Pizza Hut yang berdekatan sementara masih ada waktu yang terluang seperti ini. Lagipun memang dah lama tak membawa perut kosong ke sini. Jadi sekali sekala lah kan. 

Double Sensation

Ambik yang regular pan tu je. Kalau datang sini, memang akan ambik set untuk dua orang. Itu kalau datang berdua lah. Nanti tak habis, takut membazir pulak kan. Tak elok, tak elok. Oh ya, boleh pilih sama ada nak Cheesy Lava Crust ataupun Cheesy Sausage Stuffed Crust. I haruslah dengan pilihan pertama tu.

Bab makan memang bagi je kat dia ni ha.

Tak tau lah Pizza Double Sensation ni start bila. Yang pasti I tahu masa I tengah busy-busy awal bulan May hari tu. Tapi okay lah. Cuma yang tak bestnya takde pineapple. Sebab suka pizza yang ada pineapple. Tapi dimaafkan lah, sebab ada mushroom kan.


Bagi Chipmunk, yang ni macam kurang sikit lah. Tapi kalau sekadar nak try tu boleh lah.

30/05/2013

Review : KIL

Baru lepas tengok movie KIL uolls! Btw, maaf lah ye. I menyepi beberapa hari dek kerana pop assignments (lebih kurang macam pop quiz lah). Dapat assignment hari ini, menggoreng dalam 4-5 muka surat dan hantar keesokan harinya. Nasib lah dapat sorang lecturer untuk banyak subjek. Berdouble triple lah assignment jadinya. Padahal satu subjek satu assignment je pun. 

Maaf, maaf. Sudah menjadi kebiasaan. Mukadimah haruslah panjang lebar. Dalam entri INI, I ada cakap I nak tengok movie KIL. Sebab I tengok cerita tu lain dari yang lain. Bukan pasal rempit, bukan juga pasal gangster mahupun cerita hantu yang tak mampu dicerna oleh akal.


Disebabkan I pernah buat entri mengenai movie ini yang disertakan dengan sinopsis dan trailer, boleh la rujuk entri INI ye. Malas pulak rasa nak menuang coffee copy dan merebus pasta paste semula.

Dalam banyak-banyak movie melayu yang I pernah tengok kat cinema, yang ini memang lain dari yang lain. Memetik kata-kata Joe Hassan "KIL is Awesome". Indeed! Cuma permulaan tu agak slow sikit. Tapi I suka lakonan dalam movie ni. Bersahaja, sempoi dan tak nampak fake malah berjenaka pun comel-comel saje. Suka chemistry di antara Redza Minhat dan Christina Suzanne dalam movie ini. Cuma jalan ceritanya agak predictable sikit lah. But it's okay, overall puas hati.


Selain Christina Suzanne dan Redza Minhat, pelakon-pelakon antaranya ialah Harun Salim Bachik, Dira Abu Zahar, Hasnul Rahmat dengan penampilan khas Julianna Evans, Ella dan juga Atilia tak lupa Sati a.k.a Chong si Kucing yang extra gemok dan extra montel. Btw, Christina Suzanne dalam cerita ini super duper cute dengan Redza Minhat yang sangat handsome itu.


Bila ditanya En. Barney, komennya dia tak reti nak ulas movie ni. Yang ada hanyalah movie ini sangat lain sehinggakan tak pandai nak komen apa-apa. Memandangkan movie ni baru je keluar hari ini, boleh lah weekend ni uolls pergi tengok. Bagi I, overall movie ni 4/5. 

Tahniah buat Pengarah, Nik Amir Mustapha kerana mampu melahirkan movie yang sebegini. Sesungguhnya industri filem negara kita ni memang sangat-sangat memerlukan idea yang fresh macam ni. 

29/05/2013

Wordless Wednesday : Sedapnya!


p/s : Tak try lagi tapi nampak macam sedap. Cheese!

sumber gambar : INI

27/05/2013

Review : Fast and Furious 6

Fast and Furious nie kalau aku tak cakap pun, korang mesti dah boleh bayangkan siapa pelakon dia, cerita nie genre apa dan sebagainya la. Kali nie En. Barney nak review sikit Fast and Furious 6.


Cerita nie mengisahkan Agen Hobbs (Dwayne Johnson) nak tangkap Shaw (Luke Evans) sebab Shaw nie dah curi harta kerajaan yang bernilai berbillion dolar. Jadi Agen Hobbs berjumpa dengan Dominic Toretto (Vin Diesel) untuk membantunya tangkap penjenayah nie.

Jadi Toretto dan adik iparnya Brian O'Conner (Paul Walker)  nie kumpulkan team dia termasuk lah Roman (Tyrese Gibson), Han (Sung Kang), Gisele (Gal Gadot) dan Tej (Ludacris). Jadi diorang nie pun merancanglah untuk menangkap Shaw. Tapi, ada sesuatu yang berlaku pada Mia (Jordana Brewster) dan kenapa pula Letty (Michelle Rodriguez) muncul semula selepas di katakan telah dibunuh?? Kalau nak tahu, sila lah menonton cerita nie.


Review tentang cerita nie, hanya 1 perkataan sahaja. AWESOME! Sebab ceritanya memang best. Dengan perancangan dan jalan cerita yang teratur dan boleh terjawab sedikit persoalan dari cerita2 yang lepas. Who can expect that criminal will cooperate with cops? Pada hal dulu agen Hobbs nie cukup anti dengan Toretto.

Banyak adengan yang yang gempak2. Serius tak tipu. Ade adengan yang menggunakan kereta kebal dan ada kelainan dari episod2 yang lepas. Yang paling penting, kereta yang diorang gunakan. Semua sport car je. Kereta macam F1 pun ada jugak tau!


Secara keseluruhan rating cerita nie aku bagi 8.5/10. Tak rugi kalau korang tengok pun. Satu nasihat je, sebelum tengok Fast and Furious 6 nie, tolong tengok dari Fast and Furious (2001) sampai Fast Five (2012). Sebabnya, Fast & Furious 6 nie banyak berkait dengan ceritanya yang lepas2. Takut korang tak paham cerita nanti.







Sumber : IMDb dan Google


24/05/2013

KIL

Kemalasan melanda, dengan hidup yang masih kurang teratur. Masa makan tak menentu, tidur pun tak menentu. Ah, hidup! Tak baik mengeluh, tak baik. Mari ketepikan anasir-anasir negatif yang menganggu gugat pemikiran. Yang penting, kita enjoy!

By the way, ada satu soalan bonus. Siapa tengok filem Pisau Cukur? Dan siapa minat Redza Minhat? Oh, mamat handsome dalam iklan raya Petronas itu. Iklan raya lah kalau tak silap. Correct me if I'm wrong. End of May ini akan ada lagi satu movie lakonan Redza Minhat sebagai teraju utama bersama Christina Suzanne, iaitu KIL dan akan ditayangkan di pawagam mulai 30 Mei nanti. 


Sinopsis

Akil (Redza Minhat) seorang pemuda tertekan dengan hidup dan mempunyai kecenderungan untuk membunuh diri. Namun, perasaan tidak sanggup untuk mengambil nyawa sendiri kemudiannya menemui jalan penyelesaian apabila Akil menjumpai satu agensi pembunuhan yang agak aneh. Akil bersetuju dengan syarat-syarat yang ditetapkan dan mengupah agensi tersebut untuk membunuh dirinya tanpa sebarang maklumat yakni tarikh atau masa serta di mana dia akan dibunuh sehinggalah Akil bertemu dengan Zara (Christina Suzanne) yang telah berjaya mencuri hatinya.

sumber : INI
________________________________

Macam best je movie ni, tengok trailer pun best. Teringat TV Series Ghost, dilakonkan oleh Cheryl Samad dan Nazrudin Rahman yang disiarkan di 8TV dulu. Dalam tahun 2008 agaknya. Minat cerita tu dulu. Sebab lain daripada yang lain. Filem ini pun berdasarkan trailer, nampak kelainannya di situ. Tak sabar nak tunggu 30 Mei ni. Nak tengok Redza Minhat. Eh, nak tengok Filem KIL

video

p/s : Mencari kelainan dalam filem-filem melayu ni. Kelainan dari segi kualiti. Bukan setakat jalan cerita dan juga pelakon yang tiptop tapi secara keseluruhannya.

22/05/2013

Wordless Wednesday : Kucing Kepanasan





Wordless Wednesday : TQ duniashida.com

21/05/2013

The Grato, Bandar Baru Bangi

Ahad lepas, iaitu one day after hari pertandingan (ICAF 2013) adalah hari di mana topup segala tido, rehat dan segala macam perkara yang meletihkan sepanjang 2-3 minggu ini. Kebetulan hari ahad adalah hari cuti En. Barney. FYI, dah hampir setahun jugak En. Barney buat kerja part time ni. Untuk kumpul duit kahwin katakan. Ehhhhhh

Plan asalnya nak tengok wayang, tapi tak ada movie best pulak sekarang. Kalau ada pun dah tengok. Jadi malam tu, Chipmunk ajak lah En. Barney makan kat tempat dia kerja, The Grato (Seksyen 7), Bandar Baru Bangi.

Tulis order sendiri tuuuu

Untuk makluman, The Grato Bandar Baru Bangi ni ada dua cawangan. Satu di Seksyen 3, berhadapan dengan Masjid Bangi Perdana. Dan satu lagi cawangan ni Seksyen 7, Bandar Baru Bangi. Kalau perasan, The Grato (Seksyen 3) baru je disiarkan dalam Rancangan Jalan-Jalan Cari Makan beberapa minggu lepas.

Pilihan TV3 : Jalan Jalan Cari Makan

Ini second time Chipmunk datang sini biarpun dah lama jugak En. Barney kerja di The Grato ni. First time datang dengan member, saja nak skodeng En. Barney kerja macam mana. Haha! Kali ni kebetulan En. Barney cuti jadi boleh lah singgah makan sekejap. 

Belek lah puas-puas cik abang oi, padahal itu jugak yang awak tatap tiap hari. 

Teringin sangat nak rasa Carbonara The Grato ni, homemade okay! Member-member pun ramai yang cakap sedap. Yang paling sakit hatinya, 150 juta kali En. Barney ulang yang carbonara sini sedap. Tak payah nak Fynn Jamal sangat eh. Btw, I tak minat Ainan Tasneem. Prefer Fynn Jamal

Chicken Carbonara

Chicken Carbonara yang sangat marvelous! Memang carbonaranya sedap sehingga menjilat jari. Selain Chicken Carbonara, ada juga Seafood Carbonara, (Yang ini Chipmunk tak boleh makan sebab alahan dengan udang) dan Sausage Carbonara. Kalau nak extra pasta just tambah RM1 je. Tapi bagi Chipmunk ini pun dah sangat mengenyangkan.

Ini yang En. Barney order

Yang di atas tiada dalam menu sebenarnya. En. Barney dan kawan dia punya kerja lah. Tapi kalau nak try seperti gambar di atas ni jugak, boleh order Sausage & Tom ataupun Marinara Pasta (yang ini udang lah). Tapi ini pun sedap jugak tau. Chipmunk berapa kali jugak culik sikit dari pinggan En. Barney. 

Bagi yang berdekatan tu ataupun ada yang teringin dan termengidam nak makan Carbonara sedapppp ataupun nak merasa menu yang lain boleh lah singgah The Grato, tak kisah lah sama ada di Seksyen 3 ataupun Seksyen 7. Kalau The Grato (Seksyen 3), dibuka dari Isnin hingga Ahad dan beroperasi dari pukul 5.00 petang. (Pukul 5 la kot, sebab En. Barney masuk kerja pukul 5). Manakala The Grato Seksyen 7 beroperasi Isnin hingga Ahad (kecuali Khamis). Harga pulak memang sangat affordable especially for students compare dengan kedai yang lain. 

p/s : Lasagna pun sedap jugak! Argh, semua sedap lah.

Kononnya Tutorial Candy Crush Saga.

Sejak I buat Entry INI berkenaan dengan bahaya game Candy Crush Saga ni, setiap hari mesti ada je keyword berkenaan Candy Crush Saga. Macam-macam. Jadi nak share lah pengalaman main game ni kan. Pengalaman tau, konon hebat lah tu. Tapi nan hado jugak.


Soalan Pertama : Cara Main Candy Crush Saga?

Nak main Candy Crush Saga ni senang je. Kena pandai main dengan Combo dan pandai atur strategy macam mana untuk complete task yang diberikan. Contoh :
  1. Clearkan jelly : Fokuskan lah tempat yang ada jelly tu. Sebab task nak clearkan jelly je kan?
  2. Turunkan Ingredient : Fokuskan lah kat line menegak di mana ingredient tu berada.
  3. Complete order : Yang ini kalau task yang kita kena buat cuma berkaitan dengan warna je senang. Fokus je kat warna yang dia nak. Kalau combo pulak, kena pandai-pandai atur strategy macam mana nak dapatkan combo yang dikehendaki tu. 

Setakat yang Chipmunk ingat dan level yang Chipmunk main ini je lah task yang ada. Ada yang Chipmunk tertinggal tak? Untuk Combo pulak :
  1. Nak dapatkan Striped Candy kena matchkan 4 candy.
  2. Nak dapatkan Wrapped Candy kena matchkan 6 Candy sama ada berbentuk L ataupun T
  3. Nak dapatkan Bomb matchkan 5 Candy. 

Jangan lupa untuk cuba combination ini juga :
  1. Striped Candy + Striped Candy
  2. Striped Candy+ Wrapped Candy
  3. Striped Candy + Bomb
  4. Wrapped Candy +Wrapped Candy
  5. Wrapped Candy + Bomb
  6. Bomb + Bomb
Tapi yang Chipmunk paling suka Combination No. 2, No. 3 dan No. 6. Kesannya, fuhhhhhh. Hebat! Lagi satu, kalau dah habis lives tu boleh lah request kat kawan-kawan yang gila main Candy Crush Saga ni jugak. Jangan request kat kawan-kawan FB yang tak main game ini pulak. Dah menimbulkan rasa annoying dan menyampah di situ. Satu lagi tips bagi yang main game ni kat phone, bila dah habis lives kat phone tu boleh lah kita bergerak ke FB pulak. Link kan Candy Crush Saga di phone anda tu dengan FB. Masa main tu, mesti ada je kita nampak "Connect to Facebook". Jangan lupa klik pulak.

Klik Ask Friends dan pilih lah kawan yang mana kita boleh minta nyawa. Minta nyawa oiii!

Soalan Kedua : Macam mana nak main game Candy Crush Saga dalam PC?

Yang ini Chipmunk cakap pasal link kan ke FB tadi tu. Tak ada smartphone? Siapa cakap tak boleh main Candy Crush Saga. Facebook kan ada. 

 I selalu main kat phone je. Lagi senang.

Soalan Ketiga : Bagaimana cara mudah untuk dapatkan tiket Candy Crush Saga?

Request kat kawan-kawan FB. Salah satu function "Connect to Facebook" selain daripada boleh minta nyawa kat kawan-kawan. Cara paling mudah dah tu. Chipmunk tak tau lah kalau ada cheat bagai ni. I ni jujur orangnya. Tak main la cara-cara begini. Tiket ini sangat perlu ye untuk ke level seterusnya.

Level 208

Baru berapa jam stuck kat level di atas. Menyampah pulak rasa task yang nak combination combo ni. Grrrrr

p/s : Dah tengok gwiyomi comel versi wig? Kalau belum boleh tengok SINI. Si Gwiyomi 3 itu adalah Cinderella yang sedang mencari Prince Charming nya. Kalau ada sesiapa yang berminat boleh hantar resume anda pada saya dan akan diserahkan kepada yang berkenaan.

20/05/2013

Gwiyomi versi Wig khas dari 'Korea'

Seperti yang dijanjikan, dah tiba masanya untuk mengupload video gwiyomi yang I cerita dalam entri INI dan INI. Pesanan penaja, video ini adalah rekaan semata-mata dan tiada kaitannya dengan yang hidup ataupun masih bernyawa. Eh.

Bagi uolls tengok gambar dulu.

video

Video ini dibuat dan diedit di kala lewat pagi. Pukul 4-5 pagi lebih kurang. Jadi harap maklum lah dengan kemerapuannya itu.

T.A.M.M.A.T

Sebenarnya dari tadi lagi nak menaip entri tapi apakan daya mood menaip itu lambat pulak tiba. Tangguh punya tangguh sebab mood ke laut. Alhamdulillah, semalam berakhir lah sudah satu acara tahunan Pusat Kebudayaan UKM, iaitu Inter-College Arts Festival. Dan berakhir la sudah penglibatan Chipmunk dalam aktiviti-aktiviti kebudayaan ni. Pasti akan menggamit rindu suatu hari nanti. Di sini jugak lah Chipmunk kenal dengan En. Barney. Ehem.

Semalam, pertandingan tarian dimulakan pada pukul 2.00 petang. Kelab Tarian Sanggar Citra dengan giliran ke tujuh membawakan tarian rampaian Cik Minah Sayang dan Joget.

 Credit : Instagram Choreographer, Mr. Jai a.k.a Abang Jai

Tarian yang pertama ni, I is frust okay! Sangat-sangat frust! Tingtong sepanjang zaman! Keluar dari arena pertandingan terus berderai air mata. Ini silap, itu silap. Tak fokus, begitulah. Bak kata Abang Jai, "orang yang semua orang fikir dia takkan buat salah, tiba-tiba dia yang paling tingtong sekali". Down kuasa 10. T_T

Dah habis nangis puas-puas, kita snap-snap lagi! Weee

Untuk sesi malam pulak bermula pukul 8.30 malam. Kali ni Sanggar Citra dengan tarian Piring Lambung pulak. Gara-gara tarian ini lah I dapat hadiah parut 3 garis di pergelangan tangan ye. Boleh rujuk entri INI. Nasib baik luka terkena piring yang pecah tu tak cukup dalam. Itu lah, lain kali piring tu jangan dilambung. Gunanya untuk makan. Ngerti?

Credit : Blogger NouraQifays a.k.a Jijah 

Tarian ini memang I suka! Walaupun perasaan takut menyelubungi diri. Takut piring pecah dilambung-lambung. Dan hasilnya ada satu piring pecah tapi bukan daripada I ye. Sayang, sayang seribu kali sayang. Tepukan yang paling gemuruh sekali tau. Agaknya ramai yang takut kot-kot ada yang terpijak piring kot. Alhamdulillah, tiada.

Credit : FB seorang Prasadarian.

Gambar di atas masa perbarisan. Boleh cam yang mana satu I tak? Hehe. Kekalahan satu mata dengan pemenang tempat ketiga sememangnya mengundang kekecewaan yang teramat. Tapi tak lah terkilan mana pun, sebab dah sedia maklum tentang tatacara penjurian untuk pertandingan ni. Susah nak cari yang telus, dari dulu lagi begini. Mestilah saling membantu sesama rakan bukan? Rasanya syarat hanya pelajar je yang boleh masuk bertanding juga perlu diketatkan lagi kot. Ini kalau dah skop kerja memang menari saja, gila tak menang? Kerja ye bukan belajar, harap maklum.

Apa-apapun, tahniah buat Kelab Teater Prasada kerana berjaya mendapat tempat ketiga dengan skrip Truth To Be Told. Serius meremang bulu roma, biarpun I duduk kat belakang je sebagai krew produksi. Tak lupa jugak buat En. Boyfie NouraQifays dan geng nya kerana mendapat tempat kedua untuk kategori Band. 

Serius ICAF kali ni memang sangat enjoy biarpun double triple penat. Tapi suatu kepuasan. Tak lupa jugak buat blogger Iedya Abdullah, merangkap Majlis Eksekutif Pelajar Terbaik Kolej Tun Hussein Onn yang banyak membantu tambah-tambah lagi bila orang yang sepatutnya lari daripada tanggungjawab yang diamanahkan. Oh ya, terima kasih juga buat Felo Kak Fadwa kerana sanggup turun padang untuk tengok sendiri hasil penat lelah kami semasa latihan mahupun hari kejadian. Kita di bawah naungan kebudayaan ni bukan lah siapa-siapa tapi kita adalah satu family! ^_^

p/s: Nantikan Gwiyomi versi wig yang diterbangkan khas dari Korea malam nanti. 

17/05/2013

Inter-College Arts Festival 2013

Mencuri sedikit masa yang terluang lepas maghrib ni untuk mengupdate sebentar sebelum menghantar diri untuk latihan tarian sebentar lagi sempena pertandingan tarian esok hari. Badan dah letih-letih. Kaki dah tak daya untuk berdiri. Setelah dua tahun tak menari, esok menggalas tanggungjawab dalam membawa nama kolej untuk Inter-College Arts Festival. Wish me luck!

Pertandingan esok akan dimulakan pada pukul 2 petang, dan Kolej Chipmunk akan membawakan tarian asli terlebih dahulu diikuti dengan sesi malam yang bermula pukul 8.30 mungkin, untuk tarian kreasi pula. Scarryyyyyyyyyyy!!!!!

Tukar venue pulak tahun ini. Inilah arena tariannya! Tiada pentas, cuma lantai semata.
Bukan Arena of Stars Genting Highland tu ye.

Kembar siam Sanggar Citra

Sebenarnya ada video I nak tunjuk kat uolls semua ni. Tapi tak sempat nak edit-edit semua, I bagi teaser dulu lah. Gwiyomi comel versi wig oleh Sanggar Citra dibawakan khas dari Korea!

Tunggu I edit dulu videonya ye.

Takut pulak bila mengenangkan hari esok. Good luck Sanggar Citra, good luck diri sendiri. Mudahan dipermudahkan semuanya.

Segmen Menang Blouse Tribal

Sekarang ni memang tengah hangat dengan corak-corak tribal kan? Tak kisah lah blouse, shawl, beg mahupun cupcakes. Semuanya bercorak tribal. Kalau ada siapa-siapa nak coklat yang bertemakan tribal pun boleh jugak. Boleh order kat Tauke Coklat kita, Chic Na. Sempat promote kejap. Hehe

Teringat kata-kata Tun Dr. Mahathir masa program Bual Bicara bulan March lepas. Orang kulit putih Amerika wujudkan fashion rambut afro disebabkan oleh rasa bersalah terhadap masyarakat African American. Jadi corak tribal ni datangnya dari mana? Adakah disebabkan oleh rasa bersalah Si Pemakai terhadap orang-orang Aztec? Soalan-soalan tu I tambah sendiri. Harap maklum. Sekadar gurauan semata-mata.

Panjang pulak mukadimah I ni kan. Sebenarnya nak join segmen je pun! Dan hadiahnyaaaa...
Tarikh Tutup : 20 Mei 2013

16/05/2013

Spontaneous Thursday : Sabar je lah dengan Nuffnang ni.

Manis ganjarannya untuk orang-orang yang bersabar. 
Maka, belajarlah untuk bersabar wahai kawan.
*peringatan buat diri sendiri juga*


Alhamdulillah.
Satu lagi BE daripada En. Nuffnang. Outrigger Phuket pulak kali ini. Saja lah tu nak pancing I pergi Phuket. Tunggu En. Nuffnang bagi I BE banyak-banyak, boleh simpan duit nak melancong pergi sana. 

Bertahun blogging baru bulan ini dapat BE daripada En. Nuffnang. Selama ni, agak jealous bila blogger lain asyik update dapat BE itu ini. Bila pulak turn I kan. Sampai terfikir nak curang dengan En. Nuffnang. Tapi bila fikir, rezeki orang. Kita sabar je lah. InsyaAllah, sampai masa rezeki kita pulak. Alhamdulillah, berkat kesabaran selama ini. 

p/s : sekarang ni tunggu masa nak klik cash out je. Tapi tunggu lah dulu. Kumpul sikit lagi.


KUCINGHITAM : GIVAWAY


Tarikh Tutup : 1 June 2013

p/s : dah tukar ke cbox semula sebab shout busuk tu problem dari semalam. Tapi yang tak bestnya cbox ni banyak sangat iklan.

15/05/2013

Wordless Wednesday : Saya dan Awak lah.




14/05/2013

Giveaway Kiyomi Teddy Store by Norsyuhada Binti Johan


Tag : Jijah

Tarikh Tutup : 31 Julai 2013

Tiada Kata



Tido selepas subuh,
Bangun pukul sepuluh.
Pantun dua kerat sudah


Satu lagi BE, terima kasih Encik Nuffnang. BE kedua sepanjang 2 tahun setia bersamamu. Kalau nampak tu, klik-klik lah ye. Terima kasih.

Cakap pasal IKEA ni, tiba-tiba teringin pulak nak makan meatball di sana. Alahai, sedapnya.

09/05/2013

Spontaneous Thursday : Domino


Akibat daripada bermain dengan piring. Tersilap counting, tak jaga spacing maka tingtong lah jawabnya! Dan hasilnya adalah ini.......

Silap satu langkah, 3 bijik hadiah I dapat ni. Tu belum hadiah sampingan lagi.

08/05/2013

Wordless Wednesday : (Teaser) Untuk Dalam Taman



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...