31/01/2016

Last Day


Last day sudah.
Berkesempatan untuk breakfast tepi pantai sambil ditemani angin pagi yang sepoi sepoi bahasa.

Cuma yang tak best,
Tak berkesempatan pulak nak mandi laut.
Sobs.

p/s: Bersiap. Nak pergi naik cable car pulak. Weee!

30/01/2016

Lambakan Entri Tertunggak

Ini adalah entri autopublish. Tuan tanah menghilang sebentar selama 3 hari 2 malam untuk bersuka ria di Pulau Langkawi. Orang lain dah berkali-kali jejak kaki di Pulau Langkawi, Iolls baru pertama kali nak pergi. Excited kononnya. Hiks


Makin banyak lah entri tertunggak lepas ni oi! 

p/s : Gara-gara salah eja nama masa registration, terpaksa lah tangguh lagi nak install unifi. Call berkali-kali untuk reschedule installation tapi masa hari nak install itu lah baru nak bagitau nama salah eja. Tak pulak nak confirmkan sebelum tu. TM ni tangguh lagi sekali memang nak kena bambu kaw kaw agaknya. 

29/01/2016

Salam Jumaat : Berbuat Kebaikan


Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah SAW bersabda,

"Sesiapa yang mengajak kepada kebaikan, maka baginya pahala orang yang mengikutnya, tanpa mengurangi pahala mereka sedikit pun.
Sesiapa yang mengajak kepada kesesatan, maka baginya dosa orang yang mengikutnya tanpa mengurangi dosa mereka sedikit pun."

[Hadis Riwayat Muslim]

sumber : Ar-Raudhah, Karya Bestari

28/01/2016

Spontaneous Thursday : Hutang


Dalam kereta, on the way pulang dari office. 
Semalam.
Terdengar pulak kata-kata penyampai HotFM,

"Hutang boleh memutuskan perhubungan"

Hmm. 
Ada betulnya jugak tu.

p/s : Ada ke yang pernah terkena?

27/01/2016

Wordless Wednesday : Family Trip


p/s : Soalan cepumas, confirm ke Encik Mail dua singgit a.k.a En. Barney nak bawa wife sekali pergi company family trip? Haish ingat wife dia reti duduk diam dengan rela hati tak nak ikut? Tidak mungkin berlaku itu. Hiks.

25/01/2016

Menyinggah Sebentar di Mee Bandung Abu Bakar Hanipah, Muar

Semalam, merentas sempadan negeri sebentar untuk menghadiri jemputan perkahwinan member matrikulasi En. Barney di Muar. Bila sebut Muar, automatik teringat Mee Bandung. Dulu masa zaman belajar kat UKM, setiap pagi hari sabtu ataupun ahad, mesti breakfast mee bandung sedap. Iolls pun dah tak ingat dah tempat tu seksyen berapa, Seksyen 16 kot kalau tak silap. Alah area tapak pasar malam tu dekat dengan Maybank tu ha.  

Memandangkan dah jejak kaki ke Muar, apa kata kita try Mee Bandung yang memang asli dari Muar pulak. Biarpun time tu perut penuh lagi kan. Baru lepas melantak lauk kenduri katanya. 


Google Mee Bandung Sedap di Muar. Dan menerusi carian google, ke Mee Bandung Abu Bakar Hanipah lah kita. Dah alang-alang sampai tengah bandar kan. 


Close up sikit lah. Hiks. 

Mee bandung siap ada daging, sotong dan udang tu. Dan dengan lambakan sayur. Whatsapp gambar ni dekat Mak Iolls, dia siap tanya kenapa tak nampak pun mee. Dah kena tutup dengan sayur, mak. 

Sedap tak? Boleh lah. Tapi still tak boleh lawan Mee Bandung favourite kat Bangi tu! 


Nak datang ke sini uolls just perlu waze "Mee Bandung Abu Bakar Hanipah". I nak bagi direction jangan harap ler. First time datang Muar. Eh, tak lah first time pun. Sebelum ni takat Sungai Mati tu je. 

Singgah makan kejap lepas tu bergerak pulak ke rumah Makcik En. Barney. Berkejar-kejaran kononnya nak sampai rumah sebelum pukul 9.00 malam. Iye lah nak tengok Anugerah Juara Lagu katakan.

Dalam perjalanan, En. Barney sempat singgah beli kupang dua kilo dengan harga sekilo enam hengget. Bila ditanya dengan abang jual kupang tu, kenapa harga dah naik seringgit. Katanya kupang susah nak dapat sekarang ni.


Pst. Ini bukan kupang ye adik-adik.

Beli kupang tapi gambar lokan. Pun boleh lah. Eh lupa nak google resipi kupang sedap. En. Barney request pulak masakkan kupang semalam. Macam lah wife dia pernah masak kupang pun sebelum ni. Makan pun er macam tak pernah je. Ke pernah sekali? Eh, abaikan lah. Tak kuasa lah nak mengingat. 

p/s : Dapat oven sebijik hadiah kahwin tempohari. Nak membaking lah hari ini. Hiks. 

24/01/2016

NEW YEAR GIVEAWAY 2016 BY IZYAN ATHIRAH

Assalamualaikum

Klik Sini Untuk Join
GIVEAWAY BERLANGSUNG DARI 6 / 1 / 2016 - 6 / 2 / 2016


NOTA TAMBAHAN :-
-HADIAH ADALAH RAHSIA (5 HADIAH YANG BERLAINAN) YANG AKAN DIBERIKAN KEPADA 5 PESERTA YANG BERTUAH.
-PEMILIHAN PEMENANG MENGGUNAKAN KAEDAH RANDOM.ORG SAHAJA.

-KURANG DARIPADA 20 PESERTA YAN AKAN MASUKKAN DALAM BLOGLIST SELAMA SATU BULAN DARI
 (9 / 2 / 16 - 9 / 3 / 16)


PENGUMUMAN PEMENANG AKAN DIUMUMKAN PADA 8 / 2 / 2016 (ISNIN)

23/01/2016

[Novel] In The Shadow of Gotham by Stefanie Pintoff

Dah lama tak buat entri story tentang novel. Bukan apa, tak menyempat nak membaca. Cuma sempat selak empat lima helai muka surat aje sebelum tidur. Sedih. Tapi tak apa lah, buatnya Iolls terleka bergelumang dengan novel, nanti terlupa pulak nak masak untuk husband ye. Hiks. 

Baca empat lima enam muka surat sehari pun alhamdulillah, berjaya jugak habiskan satu novel. Alah, sikit-sikit, lama-lama jadi bukit kaedahnya. 


In The Shadow of Gotham 
Stefanie Pintoff
Synopsis In The Shadow of Gotham

New York, 1905. After losing his fiancee in the General Slocum ferry disaster, Detective Simon Ziele transferred to a country town north of Manhattan in the hope of escaping his grief. But only months later he's faced with the shocking murder of a young girl - battered to death in her beroom on an otherwise calm winter's morning. 

And when Alistair Sinclair, one of Columbia University's most noted criminologist, learns about the case, he realizes it bears an uncanny resemblance to the deranged mutterings of one of his research subjects. Ziele must work with Sinclair to determine whether his patient - with a terrifying history of violent behaviour and brutal fantasies - did indeed seek out this innocent young victim before the vicious murderer strikes again.  
Sarah Wingate, dibunuh dengan kejam. Muka hancur siap boleh nampak otak lagi. Nasib baik novel je oi. Kalau tengok movie, keadaan yang begitu agaknya macam mana lah ye. Motif pembunuhan? Kalau betul lah Michael Fromley pembunuhnya, maka motif pembunuhan hanyalah untuk memuaskan keinginannya. Psychopath katanya mamat tu. Senang cerita kalau boleh bunuh orang dengan cara begitu memang satu kepuasan lah. Tapi er, memang sakit lah. 

Tapi motif pembunuhan jadi samar-samar bila mana mayat Michael Fromley ditemui beberapa hari kemudian. Menurut autopsy report, dia dibunuh lebih kurang dua minggu yang lepas. So sekarang siapa pulak sang pembunuh yang menggunakan modus operandi sama seperti yang diimpikan oleh Fromley? Hmm. 

Novel ini best. Dalam masa lebih kurang 8 hari je Detective Ziele dapat menyelesaikan kes tersebut. Dah novel kan, mesti lah hebat. Ceritanya makin excited lepas mayat Fromley ditemui. Main teka teki kejap. Siapa pulak pembunuh ni? Dan apa motif dia nak membunuh orang? Cuma yang tak best ending nya pembunuh tu mati gitu aje. Tak thrill langsung. 

p/s : #NowReading - Honey Trap by Julie Cohen.

22/01/2016

Freezer



Dua hari berturut tak tutup aircond.
Rasa macam bukan office dah,
Tapi freezer.

Mungkin ingat kita ni ayam daging,
Perlu disejukbekukan.

Gigil oi!

p/s: Suhu -10 darjah celcius, boleh lah berangan sekarang tengah musim sejuk kat office ni ha.

21/01/2016

Spontaneous Thursday : Masyarakat Prihatin


Terlebih prihatin, 
Bila mana accident nya kat laluan bertentangan.
Tapi laluan yang di sebelah ini pun turut jammed sama. 

Saja nak tengok arah sebelah, 
Kot-kot sempat snap gambar, 
Boleh lah update di laman sosial. 
Tak gitu?

p/s : Jalan straight je lah boleh tak? Nak slow down tolong tengok aje buat apa?

20/01/2016

Wordless Wednesday : Pocket Calendar



19/01/2016

Makan Makan @ Big D Burger, Miri

Masih lagi bercerita tentang kisah sabtu lepas. Pagi menghadiri kenduri kahwin member sekolah, tengahari pulak sempat menonton movie 5th Wave di TGV Permaisuri Mall. Skip dahulu aktiviti jalan jalan cuci mata tengok view bandar Miri dari puncak Canada Hill. Terus ke adegan makan-makan di satu tempat lepak yang baru ditemui. Sebenarnya terjah dua tempat sebelum ke destinasi terakhir ini tapi sayang, tak ada rezeki nak melantak. Eh. 

Dapat tau tempat ni pun gara-gara terstalk IG member. Caption kemain gempak kononnya tempat ni famous amos. Memandang dah habis idea nak makan dan lepak kat mana, apa kata weolls try lah tempat ni pulak. Lagipun masing-masing tak pernah lagi jejak kaki di sini dan rumah masing-masing pun dekat je. 


Buka pukul 6.00 petang. Weolls sampai je lebih kurang dalam 6.15 petang macam tu lah. Sampai aje dijemput oleh dua ekor kucing mok mok yang I rasa kepunyaan owner Big D ini.  

Belek dan belek buku menu, akhirnya I order Beef Egg Cheese burger with BBQ sauce, Yang lain-lain pulak order Lamb Bluess Burger yang katanya guna Blue Cheese, Burger Lamb biasa and member I yang sorang lagi siap order dua minion burger yang mana satu chicken dan satu lagi beef with add on cheese kedua-duanya.  


Yang dua ketul di belakang itu adalah minion burger


Lamb burger. 

Gambar makanan semua ehsan member I sebabnya handphone I dan En. Barney dua-dua tak boleh on dah dek kerana kehabisan bateri. So sayang pulak tak ada gambar Bluess Cheese untuk tatapan umum. 


5 kepala dan 6 burger. Kenapa enam burger? Kan I dah cakap tadi, yang sorang tu order minion burger sampai dua ketul. Tak besar pun burgernya. Guna roti kepci tu je. Alah yang uolls beli snack plate dapat roti butterscotch seketul tu. Ha besar itu je lah minion burger tersebut. Kalau time lapar boleh eching macam makan boat noodle kaedahnya. Cuma ini bukan bermangkuk-mangkuk lah tapi berketul-ketul. Hiks. 

Anyway, kat mana letaknya Big D Burger ni? Di Desa Senadin, Miri. Kalau takat duduk area Bandar Baru Permyjaya tu sila lah terjah Big D. Bukan jauh mana pun. Ataupun student Curtin University, I rasa tempat ni dah jadi tempat makan wajib terjah dah. Nak jalan kaki dari Curtin University or Curtin Village pun boleh oi. Tapi bak kata member Iolls, nak jalan kaki pun still lencun ketiak jugak lah. 

Big D Burger
Address : Lot 2809, Lorong Desa Senadin 2A-4
Facebook : Big D (Miri)

Masa weolls terjah tempoh hari tak ramai orang pun. In fact, kami berlima je yang ada. Mungkin sebab awal sangat kot. Pukul 8.00 malam tu mungkin ramai jugak lah customers kalau tengok kat FB lah. Gerai depan rumah aje so standard lah kalau meja agak limited sikit. Tapi kalau dah berpuas hati and dekat je dengan rumah, tapau and makan aje lah kat rumah kan. Tetap puas hati jugak. 

p/s : Siap burger king size pun ada oh. Berapa belas ringgit entah seketul. 

18/01/2016

[Movie] 5th Wave

Sabtu lepas. Pagi tu ada kenduri member. Biasalah kalau kenduri di Sarawak, tengahari tu dah settle, dah boleh balik dah. Mana taknya, pukul 10.00 pagi dah start.

Memandangkan still tengahari, BFF Iolls ajak lah jalan-jalan sekejap. Kononnya nak bawa En. Barney pusing-pusing bandar Miri. Cerita jalan-jalan cari makan itu nanti lah Iolls story mory. Sebab banyak sangat gambar nak kena transfer. 

Tapi sebelum weolls memulakan aktiviti jalan-jalan cari makan tu, sempat tengok wayang seround dulu. 



Synopsis

The human race stands on the brink of extinction as a series of alien attacks decimate the planet, causing earthquakes, tsunamis and disease. Separated from her family, teenager Cassie Sullivan (Chloƫ Grace Moretz) will do whatever it takes to reunite with her brother Sam (Zackary Arthur). Fate leads her to form an alliance with Evan Walker (Alex Roe), a young man who may be her last hope. Forced to trust each other, Cassie and Evan fight for survival as the invaders prepare a fifth assault.
Masa mula-mula pilih nak tengok movie apa and sorang BFF I suggest nak tengok 5th Wave, tetiba yang sorang lagi menjawab, "Taknak lah tengok cerita pasal kiamat". Padahal jalan cerita movie tu tentang alien invasion. Celah mana movie pasal kiamat dia entah. 


Sebenarnya Iolls tak tau pun movie ini adalah diadaptasi daripada novel dengan judul yang sama. Bila baca part credit di ending movie baru lah tau. 


Bagi I yang tak pernah baca pun novel 5th Wave, I rasa storyline dia agak predictable. Lagi jelas bila sampai part skuad Zombie / Ben Parish dihantar untuk bertempur dengan Alien yang mereka panggil 'The Others'.


Zombie, Sam and Cassie

Memang lah Cassie dapat berjumpa semula dengan adiknya Sam. Tapi on the way nak bertemu semula itu, haruslah ada pelbagai rintangan dan halangan kan. Siap kena tembak lagi dengan 'The Others'.

Konklusi. Cerita ni best sebenarnya. Dari wave pertama sampai lah wave yang keempat. Cuma frust sikit lah dengan endingnya. Sebab tergantung. Baru tau apa tu 5th Wave dah habis dah cerita. 

Biasalah tu bila mana novel nya ada tiga buku so movie pun sudah semestinya ada sambungnya lagi kan. Tak apa lah, kita tunggu next movie lah jawabnya. 


Dear Girlfriends, till we meet again.

p/s : Tengah tunggu nak install unifi, lepas tu nak taip entri sampai lebam! Tunggu eh, tunggu. 

17/01/2016

[Movie] Ip Man 3

Rabu lepas. Unplanned movie with colleagues lepas kerja. I? Seperti biasa haruslah heret En. Barney sekali lah. Lepas office hours, pukul 6.00 petang terus bergerak menyerbu Setia City Mall. Padahal ada je cinema yang lagi dekat dengan office. Nak makan ramen pulak katanya. Tiket pukul 8.00 malam so sempat lagi nak lepak lepak dan makan makan semua. 


Synopsis

When a band of brutal gangsters led by a crooked property developer (Mike Tyson) make a play to take over the city, Master Ip (Donnie Yen) is forced to take a stand.
Tengok IP Man 3 bertujuh. Bukan main memasing khusyuk lagi tengok adegan-adegan aksi kungfu sana, kungfu sini. Padahal salah seorang tu dah tengok dah sebelum ini. Saja nak tengok lagi sekali kan. 


Mike Tyson wo!

Campur tangan Ip Man bermula bila seorang developer dari Barat buat kecoh di sekolah yang mana anak Ip Man turut menuntut ilmu di situ. Bakar sekolah, culik budak-budak semata-mata nak kawasan sekolah tersebut. Kalau dah begitu sifu kungfu mana boleh duduk diam tengok aje kan?


Iolls paling suka part yang ini. Bila Ip Man berlawan berkungfu dengan mamat sado dari Siam. Dalam lif pulak tu. 


Dalam masa yang sama, ada jugak sorang mamat bernama Cheung Tin Chi yang kononnya memperjuangkan Wing Chun yang asli. Katanya Wing Chun Ip Man ni tak asli lah. Target beliau, mengalahkan Ip Man dan menjadi Grand Master of Wing Chun. Siapa kalah siapa menang tu Iolls tak nak bagitau lah. Siapa yang tak tengok lagi tu tak syok lah kan dah tau dulu.  

Konklusi, Ip Man 3 best oh! Iolls bagi 4.5 bintang daripada 5 bintang. Er, movie Ip Man tak pernah pulak tak best kan. Yang sebelum sebelum ni pun best jugak. Cuma kali ini ada lah part sedihnya. Kawan I sampai nangis-nangis. Tengok Dilwale tak nangis pun sampai macam tu. Tengok Ip Man 3 pulak yang gugur air mata. Siap kata mamat yang duduk sebelah dia pun kesat kesat mata jugak. Bagi I sedih tu memang lah sedih, tapi still lagi tak mampu nak buat I mengalirkan air mata lah. Part mana yang sedih tu? Ha yang tu tengok sendiri lah eh. Sebab tu kira main point jalan cerita jugak. Hiks. 


Geng Movie! Next time nak tengok movie apa pulak ni?

p/s : Get together macam ni penting jugak sebenarnya. Baru boleh build teamwork. Tak gitu?

16/01/2016

Mee Kolok Sigek

9.40 pagi di hari jumaat. Alhamdulillah, selamat sampai. Menaiki penerbangan pertama, Kuala Lumpur - Miri. Balik kampung, standard lah excited. Biarpun beberapa hari je. 

Destinasi pertama, dari airport singgah dulu di rumah nenek. Sementara tunggu Bapa I balik sekolah dan ambik bawa balik rumah pulak. 


Ingat lagi Abu Si Kucing Kelabu? Dalam entri tersebut, Abu kecik aje. Sekarang dah macam bola bulat berjalan. Comel. 


Mee Kolok for Dinner. Yeay!

Kelmarin. En. Barney whatsapp mak, katanya nak makan mee kolok. Sekali ambik kau! Breakfast mee kolok. Dinner pun mee kolok. Nikmat dunia oh! Balik semenanjung kat mana pulak nak cari mee kolok sedap oi.

Eh malas la nak taip panjang panjang. Nak bersiap pergi kenduri kahwin ni. Kbai. Hiks. 

p/s : Suka kapten semalam. Landing smooth gila. 

14/01/2016

Spontaneous Thursday : Demam Berjangkit


Sana sini lah orang bercerita, 
Tapi tengoknya tak juga. 

Sedapkan hati sendiri, 
Cerita hindustan paling paling pun tiga jam.
Mampu ke bertahan?
Sedangkan movie Hobbit yang best itu pun kroh kroh je endingnya. 

Kesimpulan, 
Nanti download je lah. 


Ulang ulang oi dengar lagu ni sebab tempatnya cantik sangat!

p/s : Bukan kaki hindustan pun tapi ini kes terpengaruh namanya. 

13/01/2016

Wordless Wednesday : Abang Bulus Paling Sado


12/01/2016

Air Penyejuk Badan


Musim.

Orang demam sana sini. Selsema sana dan sini. Oh minah ni pun tak terkecuali lah. Bersin tak henti-henti. 

Oh dengan cuaca panas lagi. Katanya berlarutan sehingga bulan Mac tahun ini [Rujuk SINI]. Si husband pun apa lagi. Cecepat sediakan air penyejuk badan berbotol-botol. Dah tau dah si isteri ni puteri lilin kan. 

Standby.

p/s : Dari kecik sampai ke besar oi tak tahan panas. Heat and nosebleed? Itu perkara biasa. Sigh.

11/01/2016

Berhenti Melanggan Internet Yes4G

Dah lebih setahun Yes4G berkhidmat menyediakan kemudahan berinternet buat Iolls. Tiada Yes4G, maka tidak akan berlaku lah kejadian blogwalking menjengah blogger lain. Nak kata berjasa tu, memang sangat berjasa lah. Hiks. 


Oh by the way, I just guna yang Yes4G Dongle device. Iye lah guna sorang aje. Lebih kurang macam broadband lah kononnya. Selama setahun lebih ni, tak ada banyak masalah pun. Cuma adalah sekali dua kejadian yang tidak diingini berlaku. Device tak boleh connect internet. Itu aje. Tapi bukan masalah device. Mungkin masalah connection ketika itu lah. Device itu sendiri? Alhamdulillah tak pernah bermasalah, line pun laju aje. Cuma part quota habis tu confirm lah slow kan. Tak boleh nak kata apa lah. Ehem.


Tapi macam mana baik pun perkhidmatan yang disediakan oleh Yes4G, I tetap ambil keputusan untuk terminate akaun tersebut. Dalam erti kata lain, memberhentikan langganan internet dari Yes4G. 

Sebab nya? Iye lah, sekarang kan dah hidup berdua. Bila dah berdua, dongle tu boleh guna untuk satu laptop aje. Nanti tak pasal-pasal pula bergaduh, berebut laptop gara-gara nak online je. Ish ish ish. Tak patut. 

Bagaimana nak terminate akaun Yes4G? Itu Iolls agak blur sedikit. Memang la masa mula-mula dulu salesperson ada explain tapi haruslah dah lupa. Setahun lebih dah kot. So I dan En. Barney pergi terjah Yes Store yang terletak di One Utama. Dengan soalan, "Bagaimana nak terminate account Yes4G"

Jawapan yang Iolls dapat, ada dua cara;

1. Nak terminate account, and walk in sahaja ke store berdekatan? Yang ini bukan semua store menyediakan perkhidmatan tersebut. Ada tiga cawangan je iaitu;

2. Call Yes4G Customer Service at; 018 333 0000 and inform nak terminate account Yes4G. Agent yang pick up the call akan inform next step. 

I pilih cara yang pertama. Biarpun cara yang kedua mungkin lebih mudah. Ahad pertama di tahun 2016, I dan En. Barney pergi menyinggah di Lot 10. Kononnya nak terminate before bill bulan January keluar lah. 

Tapi bila check balik, last payment settled tak lebih 7 hari bekerja. Tambah pulak dengan cuti banyak nya bulan december itu so still dikira ada outstanding balance lagi. Nak terminate account? Haruslah tiada outstanding bill ye adik-adik sekalian. 

Tak boleh nak terminate dulu lah jawabnya untuk bulan January. So kiranya bulan ini adalah bulan yang terakhir lah menggunakan perkhidmatan Yes4G. Biarpun ramai yang complaint kata teruk et cetera. Alhamdulillah, I guna elok aje. Cuma part quota itu lah yang menjadi masalah. Tak pernah lah cukup. Hiks. 

Ada terjumpa cara mudah untuk terminate akaun Yes4G. Mungkin uolls boleh rujuk SINI jugak untuk langkah seterusnya. 

p/s : Lepas ini tiada lagi lah masalah quota tak cukup Yippiee!

10/01/2016

DIY Postcard Giveaway by Sally Samsaiman


09/01/2016

Segmen Blog Review By Little Miss Snowflake


Tuan tanah suruh kita review sikit blog dia. Oh dah berkurun tak review blog blogger lain. Rasa macam tak reti pulak. Okay, over pulak rasa. 

By the way, basically semuanya okay aje. Daripada tulisan, pemilihan warna dan kekemasan. Memang terbaik lah. Tiada ruang langsung pun untuk dikomen. Bagus, teruskan perjuangan itu. Eh. 

Yang penting comels, cantiks and nice. I loikeeee! Hiks.

Cuma satu aje lah. I ni jenis yang blogwalking, suka terjah orang guna smartphone aje. So di mana saja Iolls boleh menyinggah rumah kawan kawan blogger. 

Bila  Iolls terjah blog Miss Snowflake kita ni, sayang pulak kena view in desktop version. I yang mata rabun ni kadang-kadang rasa susah jugak nak baca. Okay itu salah sendiri, siapa suruh sampai sudah tak ganti langsung pun cermin mata yang patah itu. 


Oh itu tak bermaksud Iolls suruh tuan tanah click option enable mobile version. Itu terpulang lah kan. Nak enable boleh, nak disable pun tak kisah jugak. Cuma kalau view desktop version via mobile ni, tulisan jadi kecik sikit and then loading pun agak lambat jugak lah sebab berat.

Alah, lagipun berapa kerat je lah yang baca blog guna phone macam I ni. Tak puas kan? Baik blogwalking guna laptop je baru puas hati. 

Oh mungkin ada yang tak tahu macam mana nak enable mobile version supaya blog uolls mobile friendly. Betul tak? Dah alang-alang ni, Iolls tunjuk sekali lah eh. 

Klik untuk lebih jelas

Dashboard > Template > Mobile

Klik setting (Customise Mobile Template) untuk bahagian mobile template itu. Dan klik "Yes. Show Mobile Template On Mobile Devices".

Done. Senang je kan? Tapi apa-apapun view lah dulu ye. 

Oh ya berbalik kepada segmen tadi. Cepat-cepat lah join. Due date, 14 Januari ini. Selamat bersegmen semua! 

p/s : eh, terpanjang pulak entri. Padahal join segmen je pun.

08/01/2016

Salam Jumaat: Sabar Lah Wahai Rakan


Sabar.
Tak kira lah panjang mana pun jammed kat depan tu ha, 
Tak luak pun lah kalau menunggu.
Jangan lah potong barisan.

Mudahkan diri sendiri,
Mudahkan orang lain. 

p/s: Agaknya yang jual ikan tu, ehem, mesti dah jadi tauke ikan kan? 

07/01/2016

Spontaneous Thursday : Nikmat Dunia


Ada orang kata,
tidur itu adalah nikmat dunia yang paling syok!

Orang kata eh, bukan I yang kata.

Okay. mengantuk pulak.

p/s : Pagi-pagi lagi dah mengantuk oi. 

06/01/2016

Wordless Wednesday : Chawanmushi

05/01/2016

#Teaser : Cuti-Cuti Malaysia di Tahun Baru 2016

Disebabkan kemalasan untuk menaip terlampau bermaharajalela, I tunjukkan teaser dulu lah. Kalau ikutkan hati, nak tepek gambar satu dua aje. Tak perlu ada satu dua huruf sekali pun. Tapi rasa macam tak manis lah pulak. Dah macam masuk rumah orang tanpa buka kasut. Er, apa pulak perkaitannya taip entri dengan buka kasut ni? Okay, abaikan. 

Tarikh 2 January 2016. I dan En. Barney bersama seorang kawan baik Iolls bergerak menuju ke arah utara. Tujuan utama, pergi kenduri. Tujuan kedua, dah alang alang tu hantar lah kawan baik I balik kolej. Iye lah buka sem baru kan. Dan tujuan ketiga, nak terjah salah satu tempat tujuan pelancong itu.


Good Morning Sunshine!

Stay semalam. Misi hari kedua, cari limau bali kemudian terus ke destinasi seterusnya. Tempat yang mana ada banyak gambar yang I tak transfer lagi. So cerita penuh di kemudian hari lah jawabnya. Itu pun kalau Iolls rajin. Ehem. 



 Ada sesiapa nak teka di mana kah ini? Hint - yang pasti bukan Hogwarts. Hiks

Alah, yang ada FB or IG Iolls dah tau dulu lah. Ada je belanja gambar seketul dua. Tapi still, ada yang sudi meneka? Teka dengan betul boleh lah I masukkan sekali dalam bloglist bulan ini bagi yang tak tersenarai itu. Ehem.

p/s : Makin hari makin malas oi nak menaip. Sigh. 

04/01/2016

Bloglist Tahun Baru !

Bercuti sebentar dua hari, hari ini tambah lagi sehari. Extend lagi sehari cuti sebabnya nak settle kan segala urusan rasmi yang perlu diselesaikan. Dalam erti kata lain, tak nak hadap jammed pagi dan petang sebab hari ini sesi persekolahan dah bermula. Biasalah di awal tahun begini, jalan jammed itu perkara biasa. 


Kita dah berada di bulan January tahun 2016 dah kan? Pejam celik aje rasa. Fikir balik lagi beberapa tahun nak masuk 3 series. OMG. In denial tiba tiba. Iolls masih lagi sweet 16. 

By the way, bloglist tahun baru I dah update. Sampai rumah pagi tadi, terus on laptop kekonon nak update bloglist. Nasib baik Iolls aje yang cuti. Dapat jugak lah bermalas-malasan sambil tengok cerita korea. Yeay!


Yang tersenarai di atas ini, Iolls dah masukkan dalam bloglist tahun ini. Terima kasih banyak-banyak and tahniah semua. Bulan ini komen lah lagi. Hiks. 


Ada orang baru, ada orang lama. Terima kasih tak terhingga. Sekali lagi. 

p/s : Rasa macam nak buat GA. Ada tak yang nak joint venture sekali? Tapi yang simple simple aje lah. Hiks. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...