28/03/2017

Resipi Turun Temurun: Jagung Goreng Telur

Kelmarin. Husband bawa balik 4 tongkol jagung. Family biras yang bagi.

Masuk rumah, letak jagung atas meja makan terus bagitau. Nak makan macam yang makcik Iolls masak masa kitorang balik kampung tahun lepas.

Dan memandangkan I mc hari ini, so before ambik baby Aafiyah dari nursery makanya bertukang la dulu di dapur.

Prepare bahan bahan then lepas tidurkan Aafiyah terus campak masuk kuali je semuanya.


Bahan bahannya mudah sangat. I main campak campak je lah of course.

Tumbuk bawang merah and bawang putih. Ikan bilis sejemput.

Tumis bahan tersebut sampai naik baunya baru campur sos tiram satu sudu makan.

Bubuh air sikit, biar mendidih kejap. Baru masukkan jagung.

Kacau dulu telur dalam mangkuk. Lepas tu baru masukkan ke dalam kuali.

Biarkan kejap sebelum kacau rata.

Garam secukup rasa then tambah cili merah kononnya sebagai hiasan untuk menyerikan lagi hidangan.

Nak kesan yang lagi umph, tumbuk dulu jagung before campak masuk kuali. Bak kata mak Iolls, biar jagung tu pecah pecah agar lebih sebati dengan telur.

Jagung dalam gambar diatas? Itu tanpa tumbukan manja. Tak menyempat lah nak angkat batu lesung bagai. Belum sempat lagi jagung terjun ke dalam kuali, Aafiyah yang terlebih dulu terjaga dari mimpi yang indah itu.

p/s: gigih google apakah penjodoh bilangan untuk jagung. Tongkol ye anak anak.

27/03/2017

Kononnya Nak Work From Home

MC sehari. Gara gara terseliuh semalam. 

Balik dari klinik, terus on laptop. Konon konon nak buka email office. Jumaat lepas dah emergency leave sehari. Hari ini MC pulak. 

Sure masuk esok kerja berlambak lambak. 

Hari ni punya lah harapan tinggi untuk ringankan beban hari esok. Attend mana yang urgent before complaint berjela jela tiba. 

Sekalinya...


Tinggal kenangan aje la nak work from home. Bila mana service unifi kelaut.

Eh eh unifi ni. Bayar kemain mahal lagi. Tapi kalau nak send whatsapp, data maxis yang dah habis quota ni pun lepas lagi tau. 

Oh dah try call TM, azab oi. Semua customer service agent busy. Tunggu lah 20 orang lagi. 

Itu belum lagi. Tunggu punya lama. Sekali terputus di tengah jalan. Nasib baik lah keras, kalau lembik memang I dah kunyah kunyah telefon tu. 

RM 200, lebih seminggu punya lunch tau. 

Grrr!

26/03/2017

Balik Kampung

Selepas Asar khamis lepas. Menerima perkhabaran, dengan dukacitanya nenek suami telah kembali ke rahmatullah.

Arwah dikebumikan selepas isyak. Tetap tak berkesempatan untuk pulang. Perjalanan Shah Alam ke Sungai Petani pun makan masa berapa lama.

Gerak pukul 11 malam. Menunggu adik ipar tiba dari Gambang.

Sampai Sungai Petani pukul 4.00 pagi.

Rasa kosong. Sebelum ni tiap kali balik, mesti Tok yang sambut. Buka kan pintu rumah. Tapi kali ni, orang lain.

Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang orang yang beriman dan beramal soleh. Amin.


p/s: Alhamdulillah, sempat jugak bawa Aafiyah balik jumpa Tok.

23/03/2017

Si Puteri Comel Yang Bulat!

Last time dah cerita pasal pregnancy journey and actually dah selamat deliver dah pun lebih setengah tahun yang lepas. Hiks.

I balik Sarawak sebulan before due date. Dan selama sebulan tu I ambik cuti tanpa gaji. Yela kalau nak deliver di Selangor ni je, siapa pulak nak menjaga kan. Mertua pun kerja. Husband pun jenis yang tetiap minggu keluar outstation. At least balik sana, Mak dan Adik ada. Nenek I pun dah excited nak sambut cicit first.

Before ambik keputusan untuk deliver di Sarawak, I dan En. Barney survey jugak. Bila paling lambat boleh fly. And jawapannya, kalau naik AirAsia before 34 weeks and MAS before 36 weeks.

And MAS Airlines jadi pilihan. Kalau tak lagi lama lah nak cuti tanpa gaji jawabnya.

Bermula lah hidup berjauhan dengan husband. Terpisah dengan Laut China Selatan. Sebenarnya takut jugak. Takut husband tak sempat balik oi!

Tapi alhamdulillah, sempat jugak husband balik.

Seminggu before due date. Dah rasa tak sedap hati. Suruh husband beli tiket flight awal. Awal seminggu!

En. Barney sampai Miri malam hari sabtu. Dan pukul 3 pagi hari isnin dah pecut ke hospital.

Kisah pagi buta tu pulak. I dah tak senang tido dah. Sebab tak selesa. Golek sana, golek sini tiba tiba rasa macam basah di bahagian bawah sana tu. Nak kata air ketuban pecah, tak. Leaking tapi continously. Siap dengan darah sekali. Kejut satu family dan terus gerak ke hospital.

Tapi time tu takde contraction atau sakit ape pun.

Sampai je labour room, doctor check bukaan baru 1 cm. Tapi tengok air ketuban dah kotor. Baby dah poo poo kat dalam.

Doctor decide untuk induce.

Pukul 6.00 pagi. Hoi bila dah induce tu, sakit contraction dah start dah. Husband time tu memang ada kat sebelah. Sampai dia cakap, ni kalau lawan gusti lengan confirm kalah. Kuat tak kuat wife dia pegang tangan. Er nak kata pegang tak kot. Mungkin cengkam?

Pukul 8.00 pagi. Doctor check lagi bukaan. Tapi sayang, poor progress. Bukaan baru 3 cm. Terpaksa tolak masuk dewan bedah for emergency ceasarian. Bahaya kalau biar baby kat dalam dengan keadaan air ketuban yang kotor.

Kisah dalam bilik OT pulak. Baru doctor bagitau. Based on blood test result, platelet reading I sangat rendah. Terpaksa tunggu supply dari bank darah. Transfuse platelet sebab quite risky untuk operation bila reading rendah.


Pukul 8.44 pagi. Alhamdulillah, selamat hendaknya.

Tapi yang tak best nya. Duduk hospital dalam 5 hari jugak. Bukan sebab baby jaundice. Sebab doctor nak investigate kes platelet reading rendah.

Bila ibu tak boleh discharge maka anak pun kena stay jugak. Lastly, doctor kata platelet rendah due to pregnancy. Bukan main lagi time tu I telan air rebusan pucuk betik sebab nak balik rumah. Pahit belakang kira. Nak bawa anak balik rumah. Husband pun time tu dah nak balik semenanjung semula. Kesian pulak tak puas nak belai anak kan.

Tapi tu semua kisah tahun lepas. Budak yang poo poo dalam perut ibu tu dah nak pandai duduk sendiri dah pun.

15 August 2016, pukul 8.44 pagi. Lahirlah Baby Aafiyah yang nama penuhnya membawa maksud cahaya kesihatan yang tenang. Insyaallah, seperti namanya.


Baby Aafiyah first vacation. Pergi Cameron Highland masa umur 4 bulan. Part paling mencabar, bila nak pakaikan dia baju after mandi. Habis biru bibir kaki tangan sebab sejuk.


Dan sekarang, dah 7 bulan dah pun! Hobi terbaru, memanjat bantal yang ibu stack tinggi tinggi, nak halang dia terjun katil.

Tak sedar besar dah budak tu. Sekejap je masa berlalu kan.


22/03/2017

Wordless Wednesday: Anding Ayangan


21/03/2017

Pregnancy Journey

Sebelum menyepi tempoh hari. Sebenarnya time tu dah berbadan dua dah pun. Ha, itu lah penyumbang utama kepada kemalasan yang melanda.

Actually, nak kata malas pun tak kot. Nak kata sibuk pun tak jugak. Cuma, tak larat lah nak menulis. Bukan tak larat nak menulis je, tak larat serba serbi.

Mana tak nya, pukul 9 malam dah tarik selimut. Okay lagi tu, ada waktu yang balik kerja tak menyempat nak mandi terus terbongkang atas katil. Kan dah kena bebel dengan husband. Kalau ye pun, mandi lah dulu kan. 

Masa mula mula tau Iolls pregnant. Time tu sentap tau dengan En. Barney. Mana taknya, bila kita tunjuk UPT tu kat dia, dia boleh pulak tengok then selamba je kata, "oh, okay". Dan terus sambung main game kat handphone. Yang kita ni pulak punyalah excited nak tengok reaksi dia. Sekalinya, sabar je lah kau cik kak oi. 

Even dia buat layan tak layan je time tu, alhamdulillah every time check up sentiasa ada temankan. Dia layankan aje perangai hangin wife dia. 

Sepanjang pregnancy, alhamdulillah semuanya okay. Cuma di awal kehamilan, mengalami keadaan placenta previa, atau bahasa kampungnya uri di bawah. 

So ada bleeding sikit. Tapi gatal lagi nak pergi melancong ke Langkawi. Join island hopping bagai kan. 

Morning sickness? Tak ada jugak cuma makanan western Iolls tak boleh nak telan. Carbonara? Itu memang keluar balik lah jawabnya. Yang lain, okay je. 

Part masuk dapur. Bila dah masuk third trimester baru okay sikit. Sebelum tu? Jejak kaki masuk dapur pun I dah nak pitam, apatah lagi kalau memasak. Maka hadaplah si suami makan kat luar memanjang. 


Ni masa buat detailed scan, mengalir air mata tengok anak sendiri. Jangan cakap time detailed scanning, tiap kali scan pun mata ni berair tapi kekonon cool aje. Padahal dalam hati tiada yang tau. 


Time raya, antara week 32 hingga 34. Iolls pun dah tak ingat. Tapi week 35, I dah balik Sarawak. Dan Week 39, selamat melahirkan. 

39 weeks, 13 kg. Tapi even after deliver, sampai sudah proses menurunkan berat badan tu still ongoing lagi.

Last timbang sikit lagi nak ke berat asal before pregnant. Sikit lagi, sikit. 


20/03/2017

Kisah Setahun Kemudian

Setahun menghilang. Lepas tu kan, masih lagi ada yang ingat kat kita. Terharu lah! Terima kasih bertanya, mana Iolls menghilang. Kalau I rajin, ada lah tu nanti ceritanya. 

Biarpun blog dah berhabuk, bersawang still ada lagi yang sudi menerjah. Nasib baik lah Ioll ingat lagi password blogspot oi. At least boleh lah mencuba kerajinan ni berada di tahap mana. 

Setahun, banyak jugak perubahannya.

Ada yang blogging lagi.

Ada yang makin berjaya dengan penulisan masing masing. 

Ada yang sendu dan ada yang kelaut. 

Iolls lah salah seorang yang kelaut tu. Ini pun nasib baik lah timbul balik. Ada hanyut tak timbul timbul dah. 

Itu cerita orang lain. Untuk Iolls sendiri, macam tak banyak sangat yang berubah lah. 

Si Kancil Merah yang banyak berjasa tu wujud lagi. Cuma kini dia sudah bersara. Yang mengambil alih tugas empat rodanya? Itu, masih lagi berwarna merah. 

Tapi suatu perubahan yang paling jelas dan nyata.



Dulu berdua. Kini berenam. Plus tiga ekor bulus bulus.

p/s: Ada sesiapa yang nak anak kucing tak? Mix Scottish Fold. Telinga kelepet. 

19/03/2017

Hilang

Setahun jugak menghilang.

Dah lama terfikir nak menulis kembali tapi menjadi seorang pencuri masa itu adalah suatu yang tidak mungkin.

Tipu la kalau kata tak rindu kan.

Banyak nak diceritakan.

Banyak yang nak dikongsikan.

Tapi.

Tengok, tapi lagi.

Ini pun tak menjamin post kedua dalam masa yang terdekat. Mungkin esok, atau bulan depan. Boleh jadi tahun depan.

Atau mungkin juga tak kan pernah ada.

Tengah godek godek ni tengok apa yang berubah. Tapi buka guna phone je la yang mampu.


Laptop? Huruf C keyboard tu dah tak berfungsi. Gigih pulak tiap kali nak taip huruf C kena guna on screen keyboard. Replace huruf C dengan huruf lain orang kata terencat pulak nanti, tak reti nak mengeja. Eh.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...