04/11/2011

Nak balik kampung jugak la.

Hari ni hari Jumaat. Cuti Raya Haji start hari ni. Mesti ramai yang tak sabar nak balik kampung kan? Ke dah ada kat kampung dah? For those yang tak balik tu, jangan sedih-sedih ye. Kita serupa. Biasalah, kalau dah hidup di perantauan ni. Cuti sekejap-sekejap memang takda la nak balik melainkan Cuti Hari Raya Aidilfitri je. Mahu hari-hari nenek menangis sebab cucu kesayangan beliau ni tak balik beraya.

Tapi cuti hari raya haji kali ni, Chipmunk nak bercuti-cuti Malaysia. Selalunya cuti hari raya haji ni Chipmunk duduk hostel dan online je kerja. Tapi kali ni Chipmunk diberi peluang oleh Cik Syikin menjejakkan kaki ke Pahang pulak. Sepanjang 3 tahun setengah Chipmunk berada di bumi semenanjung ni, tempat yang paling jauh Chipmunk pergi pun adalah Tangkak. Sadis betul. Orang lain dah puas berjalan tapi Chipmunk tak. Eh, kejap. Lupa pulak Chipmunk pernah pergi Genting Highland.

Bila dah beraya di tempat orang ni, memang tak lah online nya. Chipmunk akan bercuti selama seminggu. Kalau ada apa-apa tinggalkan je dekat shoutbox ye dan insya-Allah balik dari Pahang nanti Chipmunk reply jejak korang. Macam excited pulak nak ikut Cik Syikin balik ni. Nak rasa suasana orang sambut Hari Raya Haji kat sini. =)

View yang Chipmunk tengok kalau calling-calling dengan En. Barney  kalau Chipmunk balik kampung bapa sebab dalam rumah memang jangan harap line maxis ada.

03/11/2011

The Adventures of Tin Tin bersama Nuffnang!


Ingat tak entry Chipmunk yang INI? Setelah berpenat lelah memerah otak dengan Cik Teng-Teng, maka terhasil entry INI. Jadi seperti yang dijanjikan, hari ni Chipmunk dan En. Barney terpaksa la bawa Si Merah jalan sampai ke Midvalley. Dan seperti yang dijanjikan jugak, before 8.30 kitorang dah beratur. Nak dapat seat best punya pasal. Dan seat yang kitorang dapat tu agak puas hati jugak.



First of all, thanks Nuffnang sebab murah hati bagi Chipmunk dan En. Barney free tickets untuk tengok premiere screening of The Adventures of Tin Tin ni. In 3D pulak tu.


Movie ni kalau siapa-siapa yang tengok kartun Tin Tin masa kecik-kecik dulu mesti tertunggu-tunggu nak tengok. Macam Chipmunk jugak la. Bagi Chipmunk movie ni best. Jalan cerita penuh dengan idea-idea yang menarik, even benda-benda yang simple dan semulajadi pun diorang boleh olah jadi sesuatu yang kita mungkin tak terfikir. Unsur kelakar tu memang tak boleh tinggal. Yang paling Chipmunk tak boleh tahan gelak, masa kapal terbang terhempas di gurun sahara. Tapi cerita ni memang sangat predictable. Memang sesuai sangat la kalau bawa budak-budak kecik untuk tengok movie ni. Seriously movie ni memang best. Kalau kenal Steven Spielberg dan/atau Peter Jackson tu, memang tau la movie-movie diorang ni macam mana. Nak tengok? Tunggu je 10 November nanti ye.

Thanks again untuk Nuffnang sebab bagi 2 tiket free untuk Chipmunk dan En. Barney.

02/11/2011

Wordless Wednesday : Tin Tin


 Klik untuk tengok lagi jelas.
Thanks Nuffnang!

p/s : dengar-dengar ada kebakaran kecik kat GSC Midvalley semalam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...