13/03/2012

Bawang yang Berpesta


Semalam masa tengah 'dating' dengan pakcik google. Terjumpa la something ni. Mengenai festival yang paling mahal di dunia. Chipmunk tak tau la kenapa festival ni dipanggil festival termahal. Google-google tak jumpa pulak. Nak tau festival apa yang mahal sangat tu, tengok gambar-gambar kat bawah. Tapi of course la bukan di Malaysia ye.









Macam best je tengok bawang-bawang ni berpesta kan? Comel je. Sebab tu la dipanggil Pesta Bawang atau dalam bahasa orang putihnya Onion Festival kot. Tapi motif dan objektif Pesta Bawang ni masih lagi dalam siasatan. Detective Fiqa, nak tolong siasat tak? =)


12/03/2012

Download e-novel Setulus Kasih Maisara oleh Puteri Kasih


Semalam join segmen Si Katak Comel Cik Miera kita ni, hari ni Chipmunk nak tolong sorang lagi blogger untuk promote something. Tak lain dan tak bukan kak Puteri Kasih.

Macam yang kita tau, kak Puteri ni sangat berbakat dalam penulisan. Bagi yang tak tau lagi tu nak bagitau la ni. Kalau tengok kat blog beliau, ada beberapa e-novel yang beliau dah tulis. Dan untuk pengetahuan semua lagi, sekarang kak Puteri dalam proses untuk menyiapkan manuskrip yang kemudiannya akan diterbitkan dalam bentuk buku. Betulkan sis? Hebat bukan?

Sebenarnya kat sini Chipmunk nak bagitau, yang salah satu daripada e-novel kak Puteri ni iaitu Setulus Kasih Maisara telah diterbitkan dan boleh di download secara percuma. 


Kalau nak tau cerita tu best atau tak ataupun berminat nak baca karya kak Puteri ni boleh la download e-novel Setulus Kasih Maisara ni kat SINI. Rugi tau tak baca, sebab kak Puteri ni memang berbakat menulis. =)

p/s: sorry sis.. terlambat sikit nak promote.

11/03/2012

Festival Sanjungan Satria XI


ini adalah entry melekat. Untuk update terkini sila scroll bawah. 


Entry ini untuk membantu Kolej Kediaman Chipmunk selama tiga tahun kat UKM, Kolej Tun Hussein Onn. Pada 7 Mac 2012 sehingga 11 Mac 2012 bertempat di Dataran Panggung Seni, Universiti Kebangsaan Malaysia akan diadakan Festival Sanjungan Satria 2012 (FESSAT XI). Terdapat pelbagai program serta aktiviti yang akan diadakan. Boleh rujuk gambar diatas (klik untuk lebih jelas). Macam-macam ada.

Sesiapa yang berada di kawasan berdekatan seperti Bangi dan Kajang mungkin adalah dialu-alukan untuk ke tapak festival. Student-student UKM dari kolej lain mahupun yang duduk luar pun tak terkecuali. Mungkin ada sesiapa yang nak join pertandingan boleh bagitau tapi detail untuk pertandingan tu Chipmunk tak tau. Boleh bagi email sekali di ruangan komen tapi bagitau la ye butir-butir yang perlu. Mungkin ada yang nak buka gerai atau nak join apa-apa aktiviti etc. Kalau nak jumpa Chipmunk dan En. Barney pun boleh (Sila abaikan ayat last tu).

Selama tiga tahun Chipmunk stay kat Kolej ni, memang FESSAT ni la program kemuncak yang semua orang tunggu. Memang terlibat dalam FESSAT ni jugak dulu, tak kira lah untuk menari, kelab teater mahupun peserta. Dan paling best adalah Malam Perasmian. Ada teater, tarian dan banyak lagi yang dah disusun dalam tentatif program. Tapi yang paling penting tiap-tiap malam ada artis datang tau. Siapa tu Chipmunk sendiri pun tak tau. Tahun-tahun lepas ada Abby Abadi dan Heliza Helmi. Tahun ni siapa lah agaknya. Tak percaya boleh tengok sini.


Banyak kenangan yang Chipmunk ada mengenai FESSAT ni. Kerjasama, penat lelah berlatih semua. Tak tido malam nak siapkan setting/props teater, tak tido malam sebab nak siapkan costume tarian. Sampaikan time FESSAT ni la dulu Chipmunk tak tido sampai 3 hari. Berat turun sampai 4kg dalam masa hampir 2 minggu. Walaupun penat, tapi kenangan-kenangan itu yang manis sekali. Hubungan persahabatan antara kawan pun bertambah erat. Yela, dah penat lelah sama-sama. Namun yang paling penting, FESSAT ni jugak lah yang merapatkan Chipmunk dan En. Barney. Kalau tak ada FESSAT ni, mungkin kami ni takda dan blog ni sah-sah la tak akan wujud ye. Ni ada tiga gambar yang Chipmunk sempat ambik dari simpanan Chipmunk. Terlampau banyak sangat gambar. Tak tau nak pilih yang mana.


Asmaradana oleh Kelab Tarian Sanggar Citra. Kalau ada siapa-siapa nak jemput kami untuk buat show boleh lah deal terus dengan Chipmunk.

Nampak En. Barney di situ? Time ni kenal dia pun tak.


Jadi apa lagi, siapa-siapa yang ada berdekatan tu boleh la datang ke Festival Sanjungan Satria XI pada 7 hingga 11 Mac 2012 bertempat di Dataran Panggung Seni. Datang jangan tak datang. Bawa mak, ayah, adik-adik, nak bawa satu kampung pun lagi bagus. Mungkin artis favourite anda yang ada kan. Siapa tau?

sumber : iedya abdullah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...