03/04/2012

Oooo... Baru la Chipmunk tau!


Jujur Chipmunk cakap sebenarnya sekarang ni memang tak idea langsung pun nak update blog.  Tiba-tiba rasa kosong pulak minda ni. And then Chipmunk teringat mengenai soalan minggu ke 9 segmen Just For Fun Sis Puteri Kasih di mana para peserta disuruh meneka gambar. Dalam paling banyak-banyak soalan, soalan minggu 9 ni la yang paling susah sekali. Nak tau tak kitorang kena teka apa? Para peserta disuruh teka gambar buah apakah ini..




Gambar ni semua Chipmunk minta kat Pakcik Google je. Dan gambar-gambar diatas menunjukkan buah mulberry. Sebenarnya Chipmunk tak tau pun yang buah ni boleh ditanam di Malaysia. Ingatkan berries fruit ni hanya boleh hidup di kawasan yang suhu rendah atau sederhana rendah je. Bila google-google sebab punya lah nak tau jawapan kepada gambar yang Sis Puteri suruh teka tu, baru la Chipmunk tau yang buah ni boleh je ditanam kat depan rumah atau belakang rumah. Nak tanam dalam rumah pun boleh.

Ada banyak species mulberry ni, contohnya macam Chinese Mulberry, White Mulberry, Black Mulberry dan banyak lagi. Even African Mulberry pun ada tau. Tapi Chipmunk tak sure pulak rupa bentuknya macam mana. Before ni Chipmunk hanya pernah dengar je nama buah mulberry ni, tengok rupa bentuk tu tak pernah la pulak. Dan kalau tak sebab Sis Puteri memang tak tau la Chipmunk. Thanks ye sis!

Ha, hari tu Chipmunk ada baca mengenai khasiat mulberry ni kat blog Sis Puteri Kasih. Kalau nak baca sendiri boleh lah klik link kat bawah ni ye.


p/s: nak letak tajuk entry pun dah fikir lama. Memang tak ada idea langsung.

02/04/2012

Review Top Commentator March : Haruno Hana


Seperti yang Chipmunk janjikan dalam entry INI, Chipmunk akan review blog blogger yang menjadi pengomen paling banyak untuk bulan lepas. Memandangkan sekarang ni dah start bulan baru, haruslah tunaikan janji. Jom kita tengok header blogger yang bertuah tu dulu.


Agak-agak boleh cam tak header siapa? Kalau tak tau lagi siapa kita tengok pulak gambar seterusnya. Yang ni mesti ramai yang tau.


Yang ni kalau tak tau lagi tu tak tau la nak cakap apa. Dah terang-terang nama beliau terpampang kat situ. Siapa lagi kalau bukan adik Haruno Hana. Apa-apapun congrats dan terima kasih banyak-banyak sebab sudi komen entry merapu dekat blog ni.

Nak cerita sikit pasal blog Haruno Hana ni. Beliau memang agak rajin jugak lah meng'update' entri-entri baru. Bukan tu je mengomen entry blogger lain pun beliau rajin jugak. Sekarang ni apa yang Chipmunk tengok beliau tengah gigih me'review' dan mem'promote' blog-blog yang join segmen beliau hari tu. Kali ni blog beliau pulak yang kena review dan promote sekali. Banyak jugak info yang ada. Contohnya, Chipmunk terbaca mengenai application kamera untuk phone android (klik SINI untuk baca). Chipmunk pun tak terfikir mengenai application yang macam tu. Bukan entri tu je tau, ada banyak lagi. Daripada Chipmunk bagitau satu-satu, apa kata terjah sendiri blog Hana. Jom ramai-ramai kita terjah.

Bagi yang tak tau atau terlepas pandang, sebenarnya Chipmunk ada buat bloglist special untuk top 10 commentator bulan lepas. Bloglist ni dari bulan lepas lagi ada tapi yang tu untuk top 10 commentator bulan February. Jadi semalam awal-awal pagi lagi Chipmunk dah update bloglist yang baru. Boleh lah tengok kot-kot ada tersenarai sekali. Banyak kelebihan tersenarai dalam bloglist ni, Chipmunk akan follow entry terbaru selain daripada jadi target utama Chipmunk bila nak blogwalking. Tak percaya boleh tanya sendiri Mustwany, Sis Puteri Kasih, Miss Purple Ungu, Syamira dan jugak Detective Fiqa.


Siapa-siapa yang teringin nak Chipmunk review untuk bulan depan atau nak tersenarai dalam blog ni memang sangat-sangat dialu-alukan. Tidak ada syarat langsung pun yang dikenakan, cuma bergantung dengan jumlah komen hujung bulan nanti la. Apa-apapun, Chipmunk nak ucap terima kasih banyak-banyak buat semua yang sudi tinggalkan komen, tinggalkan jejak dan singgah. Yang bagi link says atau churp-churp tu pun tak terkecuali, amalkan la ye perbuatan yang 'elok' tu. Cuma duit hasil klik tu tak tau orang yang terklik tu halalkan atau tak, tepuk dada tanya selera la ye.

01/04/2012

Pekan Teater Universiti : Keputusan

Pada entry yg lepas aku ada cakap yang aku dan chipmunk ada join Pekan Teater Universiti (PTU) kan? Kalau tak ingat boleh rujuk pada entry nie. Keputusan yang akan aku bagitahu nanti bukanlah keputusan penuh, sebab banyak award dan setiap award ada tempat 1,2 dan 3.


 2 orang yang duduk sebelah kanan adalah juri PTU
"Sesi soal jawab selepas pertandingan"

Semalam bertempat di Panggung Seni UKM, acara penutup diadakan. Apa lagi, chipmunk dan aku pergi awal2 sebab nak dapat tempat yang ok. Maklumlah nak tengok anak berlakon dalan DEKON (Deklamasi Lakon) iaitu cik Maizura Osman.

Ok. Sekarang aku akan bagitahu apa yang telah dimenangi oleh kelab teater Prasada terlebih dahulu. Walaupun tak banyak, tapi cukup la boleh memuaskan hati masing-masing.

Setting dan Prop : Tempat ke-3
Pelakon Pembantu Wanita : Tempat ke-3
Tatabunyi (audio) : Tempat ke-2

Anugerah Tatabunyi Terbaik, Perak, Pekan Teater UKM
(maaflah, kamera tak berapa ok)

Ada juga yang tercalon untuk anugerah2 lain, but its always have a bigger fish (betul ke tak aku guna pepatah inggeris nie?). Sekarang kita tengok pula tempat ke-3, ke-2 dan Pertama :

Juara : Kolej Burhanuddin Helmi (Tekad)
Tempat ke-2 : Kolej Pendeta Za'aba (Citra)
Tempat ke-3 : Kolej Tun Hussien Onn (Prasada)

Tahniah juga diucapkan kepada anugerah2 yang lain seperti pelakon lelaki dan perempuan terbaik, pelakon pembantu lelaki dan perempuan terbaik dan sebagainya. Walaupun Prasada dapat tempat ke-3, kami tetap bersyukur. Alhamdulillah.

 En. Barney dan Chipmunk
Tatabunyi

Kalau tak menang tak mengapa, janji dalam hati kita nie puas sebab dapat menghiburkan penonton yang sudi hadir ke pementasan teater ini. Tahniah diucapkan kepada semua dan juga jutaan terima kasih kepada sesiapa yang sudi menyokong kami tak kira secara langsung mahupun secara tidak langsung. Peace ^^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...