Lama betul Chipmunk merenung skrin laptop ni nak buat ayat untuk mulakan entry. Sambil dengar lagu Deli Spice, Chau Chau. Lagu Korea tahun 1995 yang Chipmunk dengar masa tengok Running Man dan kemudian gigih meng-google tajuk lagu.
Nak cerita pasal Cheesecake sebenarnya ni tapi tercerita pasal lagu dan Running Man pulak. Kalau buka cerita pasal Running Man ni memang tak akan habis. Nak confess sikit. Sebenarnya Chipmunk suka makan cheesecake. Pernah sekali buat Oreo Cheesecake (Boleh tengok resipi Oreo Cheesecake kat SINI tapi minta maaf lah. Gambar Oreo Cheesecake sedemikian rupa. Almaklumlah, bukan Chipmunk yang potong). Then masa sambut birthday dengan En. Barney kat Secret Recipe hari tu pun Chipmunk pilih Cheesecake jugak, Cheeze Choc Cake (Ala-ala cheesecake jugak la kan. Boleh tengok entry INI). Ada tak yang suka cheesecake jugak? Mesti ramai kan?
Memang motif Google gambar ni nak buat orang terliur pun
Sebenarnya bukan nak cakap pasal cheesecake pun. Mungkin ada lah sikit kaitannya dengan cheesecake tapi bukan boleh dimakan. Dalam entry INI, Chipmunk ada promote satu brand Lip balm ni, iaitu MyLipStuff. Dan dalam entry yang INI, Chipmunk buat review tentang satu flavour yang diberi nama Zombie Brains. Macam jijik je bunyinya kan, nak tau apa sebenarnya Zombie Brains tu boleh lah baca review tersebut.
Kali ni Chipmunk nak review satu lagi flavour yang Chipmunk ada. Yang ni Chipmunk baru je buka. Flavour Mint Chip Cheesecake. Nama je pun dah menggoda.
Masa sapu lip balm ni dekat bibir, serius terkejut. Terkejut sebab rasa macam sapu cheesecake je dekat bibir. Bau pun bau cheesecake. Chipmunk taip entry ni dah la tengah lapar. Makin menangis-nangis perut ni jadinya. Tapi rasa mint untuk flavour yang ni tak kuat sangat. Compare dengan Zombie Brains, mint dan chocolate sama rata je rasanya. Tapi untuk Mint Chip Cheesecake ni rasa Cheesecake lagi kuat. Seolah-olah macam baru lepas makan cheesecake je.
Chipmunk selalu pakai lip balm ni time pergi kelas atau nak keluar makan sekejap atau mana-mana yang dekat-dekat. Memang puas hati. Kalau nak order lip balm dari MyLipStuff boleh lah tengok SINI. Tapi Chipmunk tak sure pulak kalau kedua-dua flavour yang Chipmunk beli ni ada lagi. Sebab dua flavour ni yang limited edition special untuk festive season. Boleh la tanya, kalau-kalau ada lagi. Tapi kalau tak ada pun, ada banyak lagi flavour yang boleh dipilih. Lebih dari 30 flavour semuanya. Mungkin jugak lebih 50, Chipmunk malas nak kira. Jadi main anggar je lah. Tapi serius, tak tipu. Macam makan cheesecake! *jangan lip balm tu nanti masuk mulut then Chipmunk telan sudah!*
p/s : Esok (Sabtu) nak pergi tengok movie Looper. Ada yang dah tengok?



