Sambung lagi sesi review blog ni. Nak buat semalam tapi balik lambat pulak dari tengok adik-adik
Kelab Tarian Sanggar Citra praktis untuk pertandingan masa
Pesta Konvokesyen nanti. Nanti Chipmunk buat entry lain promote
Pesta Konvo 2012 pulak.
Kali ni, Chipmunk nak review blogger yang bernama
Naz, jugak dikenali sebagai
Pilot Lover. Tau tak, dulu Chipmunk berangan sangat nak boyfriend pilot tau. Gara-gara terpengaruh dengan
novel Adam dan Hawa lah! Tu cerita lama, zaman sekolah dulu-dulu. Masuk universiti pun berangan lagi nak dapat boyfriend pilot, sekali ambik kau. Dapat boyfriend budak
Sains Nuklear.
Sains Nuklear sangat En. Barney tu sampai mimpi-mimpi pasal bom kan?
Ehhhhhh, melencong pulak.

Blog ni Chipmunk nak cakap,
ala-ala retro tau. Dengan
background jalur-jalur yang warna-warni.
Sangat ceria. Kita yang masuk ni pun ceria-ceria je.
Loading pun cepat walaupun banyak gambar. Cuma satu la nak pesan buat blogger-blogger yang tak suka blog yang ada lagu. Blog
Cik Naz ni ada lagu. Lagu dari seberang rasanya. Chipmunk jenis yang suka mute laptop. Jadi kalau termasuk mana-mana blog yang ada lagu tu Chipmunk tak kisah sangat. Cuma pernah la sekali dua, terlupa nak mute laptop masa blogwalking tiba-tiba termasuk blog yang lagunya boleh buat orang sakit jantung mati terus. Tapi jangan risau, lagu blog
Cik Naz ni memang boleh layan. Lagi-lagi masuk blog yang ceria gitu dengan lagu yang macam tu, rasa tenang la pulak.
Tu cakap pasal blog, nak cakap pasal header pulak. SERIUS COMEL GILA! Tak percaya? Tengok ni.....
Cakap pasal isi blog, Sekarang Chipmunk tengah selongkar-selongkar lagi apa yang ada. Terbaca pulak kisah
Cik Naz kat MRSM. Dan teringat pulak kenangan masa masuk MRSM dulu. Tambah pulak En. Barney pun budak MRSM jugak, selalu la dia cerita kisah-kisah zaman dia kurus lagi tu. Tapi Chipmunk mampu bertahan kejap je, dalam satu penggal. Biasa lah budak-budak lagi. Masa Form 1 dulu, Miri-Kuching pun jauh yang amat. Last-last bapa ambik, bawa balik dan masuk sekolah lama balik. Alhamdulillah, sekolah kat mana-mana pun result PMR boleh senyum sampai ke telinga dan SPM pun syukur mampu untuk membolehkan Chipmunk jejakkan kaki di bumi UKM sehingga ke peringkat sarjana.
Ehhhh, menyimpang lagi...
Sebelum Chipmunk melencong lagi jom lah teman Chipmunk selongkar blog Cik Naz ni. Boleh klik header kat atas tu ataupun klik
SINI. Chipmunk ada baca first post beliau yang bertarikh 15 April 2012. Tapi susah pulak nak baca, sebab tulisan putih. Memang tulisan tu putih ye? Untuk
Cik Naz, mudah-mudahan tercapai jugak impian nak dapatkan pilot license tu dan mudah-mudahan berjumpalah Mr. Pilot seperti yang diidamkan. Hehe.
p/s : Ada 4 lagi jawapan tepat yang Chipmunk kena buat review. Siapakah yang bertuah tu? Tunggu...