06/05/2013

PBAKL 2013? Lambat lah kau ni.

Haish. Ini entri tertunggak lagi. Baru sekarang sempat nak story-story kat uolls kan. Hari rabu iaitu 1hb Mei 2013 yang lepas, Chipmunk, En. Barney dan 'kembar' Chipmunk dengan jayanya sampai ke PWTC untuk Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2013 setelah meredah lautan manusia yang umpama ikan tuna berenang seiringan melarikan diri daripada mulut ikan paus gergasi. Eh?

Kebetulan 'kembar' Chipmunk tu bermalam di bilik Chipmunk before beliau naik tren balik ke UiTM Seri Iskandar petang rabu tu. Yela, flight dari Kuching sampai LCCT malam, takkan nak terus ke Perak kot, sorang-sorang pulak tu. Memang I tak benarkan lah. Memandangkan beliau ada tu, boleh bawa jalan-jalan pergi  tengok buku kat PBAKL kan. Beli tiket petang, tengahari tu boleh lah bertapa di PWTC.

Bertapa lah sangat, sekali sampai sana ramai gila orang! Yela, cuti Hari Pekerja kan. Nak tunggu weekend masing-masing nak balik mengundi. Memang cuti Hari Pekerja lah harapan yang ada kan? Rombongan sekolah pun begitu jua. Di mana-mana sahaja ada budak-budak sekolah. Dari Kedah, dari Johor semua ada. Beruntung lah dik oi. Zaman akak dulu mana ada yang begitu, rasanya masih jugak sama. Nak terbang macam mana? Nak pulak Air Asia bagi tiket free semata-mata nak pergi Pesta Buku Antarabangsa kan.

Ini di luar, dalam tu macam ikan sardin dah rasa. 

Tak boleh nak snap-snap kat dalam tu. Tak berpeluang langsung pun! Nak pergi cari buku dan novel dengan tenang pun tak mampu. Last-last masuk Karangkraf dan habiskan baucer buku kat situ. Masuk lagi hall kat sebelah sebab nak tengok-tengok kat booth PTS dan  Galeri Ilmu sebab ada nak cari something kat situ memang tak mampu. Padat sungguh! I dah la memang tak tahan bersesak-sesak dengan orang ramai ni. Rasa macam nak pitam je. Ambik keputusan balik saja. Tapi before tu nak share gambar-gambar ini dulu. 



Gambar-gambar ini I snap masa tengah tunggu En. Barney. Tertarik pulak, cantik je tengok. Kalau yang betul-betul mesti lagi cantik kan? =)

Jom balik!

Ini lah kembar I! Hehe

Akhir kata, terima lah pencuci mulut ni istimewa dari saya. By the way, kalau guna Kad Siswa makan kat The Chicken Rice Shop memang murah. Sayangnya, dah tunggu hampir setahun. Mana Kad Siswa I ni?????


p/s : Nak teka tak berapa buah novel yang Chipmunk beli? Jawab dengan betul boleh Chipmunk masukkan sekali dalam bloglist bulan ni.

05/05/2013

1st GA by Hijab Valley

Pagi yang tenang di kala orang sedang sibuk dengan PRU yang ke 13. Biarkan sahaja mereka yang berkenaan dengan pengundian mereka, kita yang tidak terlibat ini ada baiknya join giveaway daripada duduk goyang kaki goyang tangan. Btw, I dah cukup umur okay. Cuma I rasa proses pendaftaran I tu tahun depan baru settle agaknya. Berbulan-bulan menunggu. 

Jangan cakap belit-belit panjang lebar wahai perempuan. Kita terus ke main pointnya ya. 


Mangsa Tag :


Tarikh Tutup : 30 Mei 2013

04/05/2013

Ada Apa dengan Bulan Mei?

Bertungkus lumus dari semalam reply komen yang ada. Thanks sekali lagi buat yang sudi dan rajin datang mengomen entri kita yang entah apa-apa ni. Merapu je banyak kot. Terima kasih banyak-banyak!

Bila dah approve semua komen ni, boleh lah I update bloglist untuk bulan ini. Bulan depan nak up sampai 25 orang pengomen tegar lah. Jumlah yang sekarang ni macam sedikit sangat pulak. Tak kisah lah even 1 je komen pun, boleh jugak tersenarai dalam bloglist bulan depan.

By the way, siapa-siapa yang nak buat senarai pengomen tegar macam yang I punya ni boleh lah follow tutorial INI ye.

Bloglist bulan Mei

Oh ya, sebelum Chipmunk terlupa. Tadi Chipmunk check Nuffnang, gatal tangan tengok Earning. Sekali tengok ada satu BE on going. Disebabkan entri yang INI, Chipmunk tak sure sama ada ini yang betul-betul ataupun technical problem. Sebab tengok tarikh tu 8hb April, tapi baru hari ni pulak munculnya. Hmmm, tak tau lah.


Kalau betul-betul, Alhamdulillah. Tak sia-sia Chipmunk tunggu sampai saat ini baru Mr. Nuffnang bermurah hati nak bagi I BE. Tapi kalau ditakdirkan ini disebabkan oleh technical problem pihak Nuffnang, tak apa lah. Mungkin belum rezeki I lagi. 

Eh ada lagi satu pesanan buat anda, anda dan anda semua. Seperti yang sedia maklum esok 5 Mei 2013 dan tak payah lah I ingatkan apa yang akan berlaku esok. Budak umur 5 tahun pun tahu. Ini kalau tak tau jugak, I tak tau lah orang tu duduk gua mana. Selamat mengundi buat seluruh rakyat Malaysia dan buat yang tak mengundi sama ada tak cukup umur, tak daftar lagi ataupun yang tengah menunggu proses pendaftaran hampir 4 bulan macam I ni diam-diam je lah ye awak-awak semua. Tak payah nak bising-bising cakap itu ini macam awak ni pergi mengundi pulak. *wink*

p/s : sekarang ni Chipmunk tengok memang yang tak mengundi lagi kuat menyalak daripada yang pergi mengundi. Macam mana tu? Tak apa la, budak-budak. Biasalah tu. Eh
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...