07/05/2013

Cinta Bunga Tulip - Laila Kamilia

Dah lama rasanya tak review novel melayu. Lately ni asyik baca novel english je. Maka dengan itu, hari ni nak share tentang sebuah novel yang Chipmunk dah habis baca. Salah satu novel yang Chipmunk borong masa pergi Pesta Buku Antarabangsa hari tu. 


Cinta Bunga Tulip 
Laila Kamilia

Berkawan sejak kecil, Adrian dan Puteri Sara Ibrani berkongsi segala suka dan duka. Puteri Sara, gadis yang kuat merajuk namun Adrian ada cara terbaik untuk memujuk. Hadiahkan bunga tulip... seluruh hati Puteri Sara cepat saja cair!

Mereka hanya sayang -menyayangi. Istilah cinta tidak terpahat dalam sanubari. Namun bohonglah kalau tidak ada sekelumit cinta!

Dalam geram menunggu luahan Adrian, Puteri Sara ingin mencapai satu impian. Dia ingin pulang ke Malaysia, merungkai rahsia yang dipendam oleh papanya selama 21 tahun. Dia perlukan pertolongan Adrian untuk meyakinkan papanya yang dia sudah cukup dewasa untuk pulang ke kampung halaman. 

Adrian resah. Perlukah dia melepaskan gadis yang dicintai itu pergi meninggalkannya?

Sudah cukup kuatkah dia untuk berhadapan dengan papa Puteri Sara agar melepaskan anak gadisnya pulang ke Malaysia? Dia juga nekad. Dia harus sampaikan kata-kata ini kepada Puteri Sara :

Ich Liebe Dich!

______________________________

Baca novel ni rasa macam berada di Europe je. Makin gatal pulak rasa kaki ni nak ke benua 4 musim tu. Chipmunk tak reti nak komen novel ni. Tapi boleh lah untuk dijadikan bahan bacaan masa lapang. Banyak konflik jugak keluarga Puteri Sara ni cuma konflik tu disampaikan kepada pembaca melalui jalan cerita yang santai. Jadi, tak lah terasa berat ceritanya. 

Ini baru satu novel. Ada lagi yang dah selesai dibaca dan masih ada lagi yang belum dibaca. Agak-agak ada berapa novel eh semuanya? ;)

p/s : Suka bunga Tulip. Cantik. Rasa mendamaikan je. Hehe

06/05/2013

Korean Drama : Gu Family Book

Orang sibuk-sibuk dengan keputusan PRU 13, berdebat tentang itu dan membicarakan tentang yang ini, Chipmunk pulak ambik kesempatan untuk lari dan tengok drama Korea je. Malas nak bising-bising dan kecoh-kecoh seperti insan-insan yang memenuhi timeline FB dan juga twitter. Bukannya apa, I bukan pergi mengundi pun. Jadi tak ada hak untuk mempersoalkan itu ini. Cuma berhak menerima seadanya.

Berbalik pada cerita korea tadi kan, Chipmunk tengok drama terbaru Lee Seung Gi. Sejak tengok lakonan beliau dalam drama King 2 Hearts terus terjatuh hati pulak. Percaya atau tak Chipmunk dah tengok King 2 Hearts tu lebih dari 5 kali! Serius cakap, drama macam tu memang taste I! Tak suka sangat drama-drama jiwang sepanjang zaman ni dan love story semata-mata ni. Bosan lah. 


Jadi bila dapat tau Lee Seung Gi ada drama baru, apa lagi. Cari, download dan tengok. Lagipun drama tu baru berapa episod. Jadi sementara tunggu 1 episod setiap minggu tu, boleh lah tengok 10 minit sehari kan. 


Kalau nak baca sinopsis drama ni boleh klik SINI. I malas nak copy paste. Pendek dalam cerita ni Lee Seung Gi (Choi Kang Chi) separa manusia separa gumiho. Dan dalam drama ni ada Bae Suzy (Dam Yeo Wool). (Tengok beliau berlakon dalam Dream High dan Big). Chipmunk baru tengok Episod 1. Lee Seung Gi dan Suzy tak keluar lagi. Masih lagi berkisar tentang parent Choi Kang Chi iaitu Yoon Seo Hwa (Lee Yeon Hee) dan Goo Wol Ryung (Choi Jin Hyuk).







So far cerita ni okay lah. Cerita lama-lama gitu. Kalau uolls nak download jugak, boleh lah download drama Gu Family Book di SINI. Jangan lupa download subtitles nya juga ye. Kalau anda godek-godek site tu, jumpa lah. Semuanya ada di situ. =)

p/s : bila agaknya Malaysia nak buat drama dengan latar belakang masa zaman dulu-dulu kala ni? Asyik adaptasi novel je. Bosan lah. Selain tu, boleh jugak memperkenalkan budaya dan adat timur kita yang semakin terhakis ni kepada insan-insan zaman moden ni yang semakin tenat.

Simple Segmen by Sally Samsaiman

Hasrat hati nak join something before keluar lunch ni, tapi tengok GA/Contest/Segmen semua ni time consuming sungguh! Nasib baik jumpa satu yang simple macam ni. Klik banner di bawah untuk keterangan lanjut ye. 


Tarikh tutup : 13th May 2013 (11.59 pm)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...