21/12/2013

Kedondong Kepompong

By the way, abaikan perkataan kepompong kat tajuk entri tu. I suka panggil kedondong kepompong sebab bunyinya macam cantik je didengar. Jom anak-anak, ramai-ramai kita sebut kedondong kepompong. Eh. 

Sebelum makin jauh lagi perempuan ni merepek merapu. Baik terus je ke kisah kita mengenai kepompong kedondong. Ni masa kat kampung tempoh hari. Biasalah perempuan ni kalau dah balik kampung ada je yang nak dibuat. Start planning dengan kembar I nak buat itu, nak buat ini. Actually bukan kembar pun, tapi orang selalu tersilap kata kitorang kembar. Malas nak explain kat orang. Bila orang tanya kembar ke, cakap je ye terus. Padahal cousin cuma beza umur sebulan je pun. Nak kata muka sebijik, tak jugak. Nak dijadikan cerita, kat depan rumah ada pokok kedondong yang sangat lebat berbuah. Makcik I cakap, buah kedondong tu dah tak ada orang nak pun. Nak jual pun tak laku. Terlampau banyak buahnya. Jadi I dan cousin ambik lah setengah baldi kecik buah kedondong. Nak buat jeruk.

Spondias Dulcis atau kedondong

Dah alang-alang kita bercerita tentang kedondong, jadi I pun search lah sikit tentang kebaikan kedondong. Mana lah tau uolls boleh guna petua yang ada. Berkesan atau tak, tak sure lah sebab I pun tak pernah cuba lagi. Boleh cuba di masa akan datang.

  • Daun kedondong dikeringkan dan digiling menjadi serbuk untuk mengubati ulser.
  • Kulit kayu pokok kedondong boleh direbus dan airnya diminum untuk melegakan cirit-birit.
  • Akarnya pulak boleh digunakan untuk mengubati gatal pada kulit.
  • Biji buah kedondong terbukti mampu untuk menurunkan tekanan darah tinggi dan merawat penyakit berkaitan pernafasan disebabkan oleh kandungan antibiotiknya. 
  • Rebus daun kedondong dan sapukan cecair tersebut pada kulit untuk menggantikan losyen dan pelembap. 
  • Baik untuk melegakan sakit kepala, sembelit dan juga diabetes.

Bila I google tentang buah ni, baru I tau kedondong dipanggil ambarella dalam bahasa inggeris. Kedondong mengandungi niasin, Vitamin A, asid askorbik, dan karotena yang menguatkan lagi sistem imun dan membantu untuk melawan kanser. 

Yummy!

sumber : INI



47 Ronin

Petang semalam, sempat keluar kejap dengan bestfriend I. Nak tengok wayang katanya. So ambik dia kat tempat kerja dan terus ke destinasi yang dituju, tengok wayang pukul 4.50 petang. Taknak lewat sangat, nanti habis pun lambat. 



Teringin nak tengok cerita ni sebab tengok trailer movie ni macam menarik je. Based on true story (47 Ronin) Berkisar tentang sekumpulan samurai diketuai oleh Oishi (Hiroyuki Sanada) yang ingin membalas dendam atas kematian ketuanya, Lord Asano (Min Tanaka) yang mati disebabkan oleh rancangan jahat Lord Kira (Tadanobu Asano). Kai (Keanu Reeves) bersama samurai-samurai yang lain terpaksa mencari jalan untuk menyelamatkan Mika (Ko Shibasaki), anak gadis Lord Asano daripada berkahwin dengan Lord Kira. (Ronin bermaksud samurai tanpa ketua)

Keanu Reeves sebagai Kai

Hiroyuki Sanada sebagai Oishi

Rinko Kikuchi sebagai Witch

Overall cerita ni boleh tahan jugak lah tapi yang paling sesuai untuk menggambarkan movie ni (bagi I lah), 47 Ronin ni sebuah filem yang cantik. Kenapa cantik? Scenery dalam movie ni memang breathtaking sungguh tapi secara keseluruhannya memang cantik lah biarpun jalan ceritanya actually biasa-biasa je. Yela, dah nama pun based on true story. Tak kan lah nak ubah-ubah pulak jalan cerita. Cuma cerita ni agak mendatar sikit, tak banyak bermain dengan emosi tapi dapat lihat semangat yang ditunjukkan oleh samurai-samurai tu untuk menuntut bela atas kematian Lord Asano. Tapi kan I rasa lah, movie ni macam terlalu pantas pulak. Kalau elaborate sikit lagi jalan cerita, tonjolkan lagi watak jahat tu mungkin lagi cantik kot. Sebab ada jugak dua tiga persoalan sepanjang movie ni. Lagi satu, dalam poster macam ada satu watak yang penuh dengan tatu, tapi dalam movie ni watak tu keluar dalam masa berapa minit je pun. Tak dihuraikan dengan lebih lanjut mengenai watak tu. Adegan aksi pula, macam I cakap tadi ceritanya macam terlalu pantas jadi action macam kurang lah. Pendek kata "We want more!". Frasa tu paling tepat kot kalau nak cakap tentang adegan aksi untuk 47 Ronin. Ending movie ni agak sadis. So, kalau uolls jenis yang meminati movie yang happy ending je mungkin akan rasa movie ni tak best. Apa-apapun I bagi 7/10 untuk filem 47 Ronin.


Dalam movie ni, I paling suka watak witch yang dipegang oleh Rinko Kikuchi. Suka macam mana watak witch tu digambarkan dalam movie ni. Nampak kejahatan tu di situ. 

p/s : Lepas tengok movie sempat lepak kejap kat Kinky Fat Chef Kitchen, dah upgrade macam-macam dah sekarang. Syabas!

20/12/2013

Giveaway Peserta Bertuah


KLIK BANNER UNTUK JOIN

HADIAH:


Pemenang akan menerima sehelai blouse gojes menawan ni. Mungkinkah anda pemenang bertuah tersebut. Jengjengjeng… Jom! Sama-sama kita raikan GA simple ni.


TAMAT: 31 DISEMBER 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...