Macam yang Iolls bagitau dalam entri INI, nak share kisah di sebalik gambar pelangi di atas. Masa tu I on the way balik dari kampung (di Bahagian Samarahan) menghala ke Miri. On the way tu perlu menyeberang dua batang sungai (Batang Lupar dan Batang Saribas) dengan menggunakan feri.
Kesan ombak.
Perkhidmatan feri di muara Batang Lupar ni baru je lagi sebenarnya. Kalau tak silap dalam tahun ni jugak rasanya, sama ada pertengahan tahun ataupun awal tahun. Orang situ bagitau, jalan di pengkalan feri ni rosak akibat dipukul ombak. Letaknya di muara sungai yang terbesar di Sarawak. Bapa cakap kalau air pasang, sangat bahaya kat sini sebab air tinggi. Ada lagi sebab yang menggerunkan. Uolls kena baca sampai habislah kalau nak tau kenapa.
Sebelum feri sampai kita snap-snap dulu lah.
Disebabkan muara Batang Lupar ni besar, so ambik masa jugak lah nak menyeberang. Lebih kurang dalam 45 minit macam tu lah. Masa kitorang pergi ni, ada sebuah feri je yang digunakan. Kecuali time musim perayaan, dua feri digunakan untuk menampung jumlah kereta yang ada.
Laut China Selatan nun di sana
Nampak bulatan merah tu? Kalau perhati betul-betul ada sebuah pulau dalam bulatan tu. Orang tempatan panggil, Pulau Burung. Sinonim dengan tanah perkuburan orang Islam. Tanah perkuburan orang lama-lama. Memang tak ada siapa yang tinggal di pulau tu. Tanah perkuburan semata-mata. Di situ lah arwah datuk disemadikan. Tak pernah jejakkan kaki ke Pulau Burung. In fact, Bapa I sendiri pun hanya boleh kira guna jari je berapa kali pernah sampai sana. Bapa cakap jauh, gelombang pun besar sebab pulau tu terletak betul-betul di tengah-tengah lautan yang luas.
dari hulu sungai
Berpunca daripada Pergunungan Kapuas. Sungai ini sangat famous dengan Benak. Ha, apa itu Benak? Perlu scroll down bawah lagi lah untuk tahu. Sungai ini famous dengan satu perkara lagi, yang lebih menggerunkan. Scroll down untuk baca entri ini dengan lebih lanjut. Hiks.
Snap-snap lagi. Hiks
Time ni dah masuk feri dah. Tunggu feri tu nak bergerak je.
Nak hujan. Sebahagian cerah, sebahagian lagi mulai mendung.
Macam I bagitau tadi lah, Batang Lupar famous dengan Benak. Benak bermaksud ombak sungai. Hanya boleh dilihat di Batang Lupar, Batang Sadong, Batang Saribas dan Batang Samarahan. tapi yang paling unik di Batang Lupar lah. Siap ada Pesta Benak lagi. Kalau uolls nak berkunjung ke Sri Aman, time Pesta Benak lah yang paling best! I pun tak berpeluang lagi nak pergi Pesta Benak. InsyaAllah nanti suatu hari, harap-harap sampai jugak lah. Tak pernah lagi tengok Benak dengan mata kepala sendiri tapi Bapa cakap, dulu kat kampung (di Batang Sadong) ada jugak tapi entah sekarang ni tak ada dah.
Bye-bye. Jumpa lagi lain kali.
Air yang tenang jangan disangka tiada buaya
Kalau uolls nak tau, di sungai ini lah tempat asal Si Bujang Senang. I rasa uolls tau kot apa Bujang Senang tu dan bagi yang tak tahu boleh rujuk entri INI (Lagenda Bujang Senang dan Mitosnya). Batang Lupar memang sinonim dengan suku-sakat Bujang Senang. Sebab apa Bapa I cakap, kalau time air pasang muara sungai ni bahaya? Sebab ada sekali tu, Bapa nampak seekor buaya timbul di tepi pengkalan feri. Ingatkan tunggul kayu timbul pada mulanya, tapi rupa-rupanya si reptilia yang digeruni.
Lalu sebuah pulau kecil. Dah separuh perjalanan dah time ni.
p/s : Suka duduk atas bot kecik Pakcik di tepi Batang Sadong sambil gosip-gosip dengan cousin. Rasa tenang je. Cuma kena ingat lah, jangan celup kaki masuk dalam air. Kita tak tau apa yang ada dalam air tu. Scary.
Sumber : INI











