02/01/2014

Limau Bali tapi bukan dari Bali

Tengok balik gambar-gambar masa kat kampung hari tu rupa-rupanya tak habis lagi story mory kisah-kisah masa di kampung kat uolls. Biasalah bila balik kampung time musim buah, macam-macam ada. Ikut Pakcik ke kebun gotong-royong tolong petik buah rambutan. Bayangkan ada 100 pokok rambutan yang semuanya berbuah. Sampai buruk buah rambutan tu sebab tak termakan dah. Nak jual pun terlampau banyak. Tak terpetik dah buah rambutan yang masak tu. Itupun Iolls balik Miri, siap bawa balik 2 guni rambutan. 

Eh, baru perasan. Tajuk entri pasal limau bali tapi perenggan pertama cerita pasal rambutan pulak. Sebenarnya kat kebun Pakcik ada 3-4 pokok limau bali. Dan semuanya lebat berbuah. Blink-blink kejap mata. Dah lah antara buah favourite I tu. 


Sebenarnya ada kisah lawak kat tepi pokok limau bali ni. Masa tu I tengah berangan apa entah. Cousin datang dari belakang terus tepuk bahu. Nak kata terkejut tak jugak, tapi disebabkan tepukan di bahu itulah I terus jatuh melutut depan buah limau bali!


Nampak buah limau bali  yang bawah sekali tu. I melutut depan buah itu lah. Nasib baik jatuh melutut, tak sujud terus depan buah limau bali tu. Itu lah, siapa suruh berangan lagi. Kan dah padan muka. 


Geram je tengok. Cantik-cantik dan besar-besar buahnya. Sempat lah ambik 4-5 biji jugak untuk bawa balik ke Miri. I pernah buat entri mengenai khasiat limau bali. Uolls boleh baca entri INI. 


Ini baru sikit. Ada banyak lagi dalam kereta sorong. Yang macam pucuk paku itu pulak adalah sayur midin. Masak tumis dengan belacan, sedap woooo. Banyak sangat midin kat kebun Pakcik I ni. Leka sangat ambik midin sampai Pakcik I bagitau cousin yang dia pernah ternampak ular besar peha kat situ pun dengar samar-samar. Apa lagi cousin I terus buka langkah seribu. Yang I ni pulak mati-mati ingat dia nampak ular sebesar peha kat situ. Apa lagi, semua bertempiaran lah lari. Itu lah cik kak, telinga tu ada maka dengar-dengar lah. Mata tu ada maka lihat-lihat lah. Ini tak, berangan! 

p/s : Seronoknya hidup di kampung. Rasa jauh lagi tenang. 

01/01/2014

Hello January, Hello 2014!

Sebelum kita ke point utama, I nak ambik kesempatan kejap untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru buat uolls semua. So, macam mana tahun baru uolls? Good? Atau biasa-biasa je? Anyway, tahun baru, bulan baru dan bloglist pun haruslah baru. Ada certain blogger siap buat segmen lagi untuk bloglist tahun baru ni. I pula macam biasa, bloglist adalah berdasar carta pengomen tegar. Cuma bulan ni, ada tambahan sikit lah, bukan 25 macam biasa. Top 25 Carta Pengomen Tegar Bulan Disember tetap ada cuma I masukkan sekali Top 25 Carta Pengomen Tegar 2013 dalam bloglist tu jugak sebagai tanda penghargaan buat uolls yang tak jemu-jemu singgah dan meninggalkan komen. 

Carta Pengomen Tegar bulan Disember

I tengok bulan ni ramai muka-muka baru. Pengomen paling banyak pun muka baru jugak. Tahniah dan terima kasih diucapkan buat semua. 



Nama diberi Affy Afiqah. Kalau nak tau lebih lanjut tentang tuan punya badan boleh baca SINI. Rasanya I baru kenal Blogger Ika dalam sebulan dua ni. Sebabnya, Blogger Ika ada mention yang dia pun baru aktif blogging juga sebenarnya. Yang I perasan kalau Blogger Ika singgah, komen yang ditinggalkan mesti panjang-panjang. Panjang lebar penerangannya. Nak baca pun seronok je. Jadi kalau uolls belum berkenalan lagi dengan Blogger Ika, boleh lah klik gambar header di atas ya.

Dan senarai Top 5 Carta Pengomen Tegar bagi bulan terakhir dalam tahun 2013 adalah seperti berikut. Ehem.


Bloglist dah pun dikemaskini. Mana yang tak tersenarai dalam Top 25 Carta Pengomen Tegar bulan Disember tapi tersenarai dalam Top 25 Carta Pengomen Tegar tahun 2013 jangan risau, uolls pun ada jugak. Boleh rujuk senarai di bawah ini.

Carta Pengomen Tegar tahun 2013

Untuk Top 3 Carta Pengomen Tegar tahun 2013, ada sesuatu yang nak diberikan. Alamat tak bertukar kan? Kalau ada perubahan alamat boleh tinggalkan alamat yang baru di ruangan komen (jangan risau, takkan publish komen tersebut). 

Akhir sekali, I nak ucapkan banyak-banyak terima kasih buat yang sudi singgah, sudi komen dan tak lupa buat blogger-blogger yang setia bersama sepanjang tahun 2013. Diharapkan perkenalan dan persahabatan di alam maya ini suatu hari nanti akan berubah ke aras yang lebih tinggi, perkenalan di alam nyata pulak. Dan tak lupa, semoga tahun baru ini menjadi tahun yang lebih baik dari tahun-tahun yang sebelumnya buat kita semua. Bukan tahun je yang jadi lebih baik, tapi diri kita jugak. Dan akhir kata, selamat tahun baru semua!

p/s : mulakan tahun baru dengan menerima kunjungan En. Gastrik. Syabas!

Wordless Wednesday : 010114


Gambar ehsan pakcik Google
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...