Merujuk kepada entri INI, lewat pagi semalam terus ke bengkel untuk sesi menukar 'kaki' baru buat Si Merah kesayangan hamba. Iolls ni kalau tiap-tiap minggu tak ke bengkel kereta memang tak sah. Last week gara-gara kunci tak boleh lock. Last two weeks nak tukar ini, nak tukar itu. Macam-macam ragam Si Merah ni. Almaklum lah, umur kereta pun dah mencecah 17 tahun. Berdebar jugak sebab hujung tahun ni kereta Iolls nak ambik SPM. Eh?
Almost every weekend memang destinasi utama adalah bengkel kereta. Selalunya En. Barney akan bawa ke bengkel kenalan ayah En. Barney. Berdepan dengan Stesen LRT Taman Melati. Uolls try hantar kereta kat situ, kalau nasib baik memang terserempak lah dengan I dan En. Barney kat situ sebab nak hantar Si Merah masuk wad.
Hari ini 'dating' kat bengkel tayar pulak. Beralih angin ke bengkel lain. Blogger Sally kata orang lain dating dekat shopping complex dan yang sewaktu dengannya. Iolls pulak, bengkel kereta. Ada dibuat orang? Ha, tak ada kan. Haruslah mencari kelainan di situ ye. Tiap-tiap minggu dating di bengkel. Biar extraordinary sikit. Ceh.
Anyway, bengkel tayar yang Iolls dan En. Barney pergi semalam sebenarnya direkomenkan oleh kenalan ayah En. Barney. Katanya bengkel tayar yang ini murah sedikit berbanding tempat lain. Sebiji tayar kereta kancil berjenama Falken hanya dengan RM95. Tukar dua tayar depan sebab tayar belakang elok lagi. So total termasuk alignment, balancing and whatsoever adalah RM290. Iolls sebenarnya dah bajet dalam RM300+.
Lagi satu, officemates En. Barney ada bagitau yang tayar jenama Falken ni elok jugak. Lebih tahan lama, lebih senyap dan agak affordable. Tapi kalau uolls dah guna tayar Michelin and yang sewaktu dengannya Iolls tak boleh nak kata apa lah kan. So, siapa-siapa yang berada di area Kuala Lumpur and Selangor mungkin boleh lah try pergi bengkel tayar ni kalau nak tukar tayar tu atau perkara-perkara yang sewaktu dengannya tu. Tengok murah atau tak.
Service pun okay. Agak cepat. Tak perlu nak tunggu lama-lama sangat. Biarpun banyak kereta tapi ramai pekerja. So, tak ada masalah kebosanan menunggu. Bosan pun, kejap saja sebab tengok-tengok kereta dah settle dah.



.jpg)
