11/06/2014

[Nuffnang Premiere Screening] How To Train Your Dragon 2

First of all, thanks Mr. Nuffnang sebab bagi Iolls peluang untuk tengok Hiccup and Toothless yang comel dalam How To Train Your Dragon 2 malam tadi. Sangat berpuas hati biarpun sangat-sangat penat sebenarnya. Terima kasih sekali lagi!



Sinopsis How To Train Your Dragon 2 (HTTYD 2)

5 tahun telah berlalu setelah masyarakat Viking di kepulauan Berk berjaya menerima kehadiran naga dengan hati yang terbuka. Malah bersahabat baik dengan naga dan tinggal bersama mereka. Pada suatu hari, Hiccup menemui satu kepulaun misteri yang penuh dengan ais yang didiami oleh banyak naga-naga liar bersama seorang penunggang naga yang sungguh misteri. Ini kemudiannya membawa Hiccup dan Toothless, seekor naga Night Fury ke dalam satu pengembaraan dalam mengekalkan keamanan di antara manusia dan naga. 

HTTYD 2 bagi Iolls sangat-sangat best! Kalau nak compare dengan the first movie, movie yang kedua ini jauh lebih menghiburkan. Bak kata En. Barney, sebab movie yang kedua ini ada adegan naga lawan-lawan. Kalau dalam movie yang pertama, yang last tu je scene lawan-lawan di antara Toothless dan naga besar tu. Kalau yang kedua ini, Toothless telah mencabar Ketua Naga yang dipanggil Alpha Dragon. Dah lah Toothless ni kecik comel, ada hati pulak nak lawan naga yang super duper besar dan garang! Lagi garang dari naga jahat dalam HTTYD yang pertama. Ha, kalau nak tau macam mana Toothless kalahkan Alpha Dragon sila lah heret adik-adik dan anak-anak uolls pergi tengok How To Train Your Dragon 2. Memang berbaloi!

Toothless, why lah you so cute! 

Sepanjang movie geram tengok kecomelan Toothless! How I wish Iolls ada seekor naga yang macam tu. Oh, berangan sekejap. Anyway, untuk movie How To Train Your Dragon 2, I bagi 9/10 and definitely akan tengok lagi movie ni. Seriously sangat best! Dan kalau uolls tengah cari movie mana yang paling sesuai dan best uolls boleh bawa adik-adik dan anak-anak untuk menghabiskan saki baki cuti sekolah yang ada, well this is the movie. Movie yang paling menyeronokkan buat adik-adik kecil untuk habiskan cuti sekolah yang masih ada berapa hari yang tinggal ni. Untuk orang yang sewaktu dengan Iolls, yang perasan kanak-kanak riang ni pun sama jugak. Memang patut dan harus tengok movie ni. Takkan menyesal lah. 

Cupcakes HTTYD 2 sempena Premiere Screening movie tersebut.

Mask Toothless and thanks again Mr. Nuffnang!

p/s : Premiere Screening malam tadi nampak Ryzal Jaafar, Redha Fear Factor dan Azhael AF13. Mamat Azhael yang nama Azhar tu putih gila kot. Dah macam Snow White versi lelaki pulak I tengok. Cute jugak eh. Alamak lari sebelum En. Barney nampak. 

10/06/2014

Mood Cuti Lagi

Macam yang Iolls bagitau dalam entri sebelum ini, family terbang dari Sarawak last friday. Malam semalam balik sana semula. Berapa hari ini penat tak payah kata lah. Asal kepala terletak cantik je atas bantal, terus lena.

Semalam ambik cuti satu hari. Bila masuk kerja hari ini, rasa Tuesday Blues bukan main lagi. Dengan penat tak hilang lagi. Alahai pagi-pagi lagi mata dah berat.


Mood cuti masih tebal. Masuk office, on pc, buka email. Meroyan kejap. Baru cuti satu hari. Macam mana la raya nanti nak cuti tiga hari ini. Garu kepala kejap.

P/s : Siapa pergi Nuffnang Premiere Screening How To Train Your Dragon 2 malam ni? 

09/06/2014

Cookie Dozer

Weekend ni super duper busy. Langsung tak sempat nak blogwalking. On laptop taip entri bila tunggu En. Barney datang jemput Iolls kat rumah. Kalau sempat jengah satu dua blog. Ini semua sebab last friday, family I terbang dari Sarawak ke Kuala Lumpur. So melayan permintaan parents dan adik-adik untuk ke situ dan ke sana. Nanti I cerita lagi dalam entri yang lain. 

Bila adik-adik I datang ni, biasalah tab dan smartphone memang macam kena gam dengan tangan je. Ralit sangat bermain games itu dan ini. Sampaikan mereka berdua telah menyuntik virus games Cookie Dozer kat I juga.


Game yang sangat santai dan agak kanak-kanak riang sedikit. Well biasalah, bak kata Blogger Nurie, Iolls ni ada syndrome Peter Pan. Kan I dah pernah mention dalam entri INI, Iolls ni kan Chipmunk Pan dan Peter Pan tu abang tak seayah dan seibu I. Ehem.


Ini salah satu game yang boleh buat uolls terliur nak makan kek Secret Recipe, cookies Subway, donut Big Apple dan yang sewaktu dengannya. Dan game ini juga tak macam Candy Crush Saga yang memerlukan uolls untuk memerah otak sedikit. Yang ini just tolak je cookies tu sampai hujung. Dan settle. Kalau bosan menunggu boyfriend uolls bersiap (in my case En. Barney memerlukan masa paling kurang sejam untuk bersiap sebelum gerak jemput Iolls kat rumah), boleh lah main tolak-tolak cookies tu sampai jatuh kat hujung tu sambil imagine kan best kalau cookies tu semua jatuh dalam mulut. Yummy!

p/s : Lapar pulak story-story pasal cookies ni. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...