14/06/2014

Family Outing lah katanya

First of all, maafkan Iolls sebab I ni suka bercerita tentang cerita yang tertunggak. Kisah minggu lepas, minggu ini baru nak story-story. Hari Jumaat lepas, family I terbang dari Sarawak ke Kuala Lumpur dengan menggunakan penerbangan terakhir Malaysia Airlines pada hari tersebut. Sampai around pukul 11 malam. Sempat jugak Iolls nak berkejar-kejaran ke sana ke mari sebelum pecut ke KLIA. 

I habis kerja pukul 6 petang. Seperti yang dah dijanjikan, terus balik rumah sebab En. Barney dah tunggu di sana. Sampai-sampai je terus pergi melantak dulu sebelum gerak ambik kereta sewa pulak. Bab makan-makan nanti Iolls story lain. 

Janji dengan owner kereta sewa, nak ambik around pukul 8.30 malam. Sewa Avanza untuk 3 hari. Quite affordable jugak lah. Siapa yang tengah cari nak sewa kereta Avanza atau Serena boleh email I di aisyaahd@gmail.com, nanti I bagi contact number orang tu. Lokasi di Kampung Melayu Subang. 

Adik sempat whatsapp gambar ni kat I before berlepas.


Lepas ambik kereta sewa, terus pecut ke KLIA. Suruh En. Barney drive relaks-relaks je sebab tak kejar masa sangat pun. Itupun I dan En. Barney sampai awal juga dalam 15 minit. 

Ruang menunggu Balai Ketibaan, KLIA. 

Benda first yang I tengok adalah Brasilia. Mentang-mentang lah sekarang tengah hot nak berWorld Cup. Terus congak-congak, nak kunci alarm pukul berapa tengok bola pagi-pagi. 

Untuk tiga hari, rasa je macam tak cukup tapi memang pack sungguh dengan aktiviti. Especially bershopping lah. Selalunya family I akan sewa hotel di area-area Jalan Tuanku Abdul Rahman (Jalan TAR). Senang nak makan, senang nak shopping dengan bank pun merata-rata. 

Hari ahad sempat ke Kenanga Wholesale City. Rambang mata uolls! Itu cantik, ini cantik. Semualah cantik! Boleh jumpa macam-macam, baju kurung, accesories, baju, dress dan segala-galanya dengan harga borong di sini. Tapi syaratnya uolls harus memborong juga lah. 

KWC Map

Hari Isnin pulak, bapa ajak ke Nilai 3. Nak tengok apa yang ada di sana sebab ramai yang kata Nilai 3 adalah tempat syok shopping. Dengan cuaca yang panas, pergi sana tengahari pulak. Memang mandi peluh dan sangat lah tak selesa. Memang memborong sakan lah. Nak harapkan memborong sakan di Miri? Putih mata je lah. Semuanya paling kurang pun 4-5 kali ganda dengan harga di sini. Sepasang kain cantik yang harganya di Sarawak maybe around RM60-70, kat Nilai 3 dapat RM20 sepasang. Jubah yang boleh capai harga RM100 sepasang paling kurang, kat sini boleh dapat 4 pasang dengan harga RM100. Mahu taknya family Iolls menggelupur tengok harga yang macam ni. 

Sempat lagi before family masuk Departure Hall

Penat dan letih tak terkata lah sepanjang berapa hari tu. Disebabkan penat punya pasal. Iolls dan En. Barney boleh pulak pening cari mana kitorang park kereta. Masuk coin dalam autopay machine katanya 'Salah Blok'. Pelik sekejap. Bila fikir balik, rupanya memang kitorang salah blok pun. Park kat Blok A/B tapi kaki cepat je melangkah ke Blok C/D, memang tak lah nak jumpa kereta kat mana. 

p/s : Lain kali nak bawa family ke Cameron Highland. Hari tu tak tercapai hasrat. Hotel semua fully booked. Sobs. 

13/06/2014

Thanks Mr. Nuffnang : Huawei Ascend 7

Salam Jumaat wahai rakan-rakan blogger sekalian. Semoga hari ini sentiasa ceria dan bersemangat hendaknya. Padahal yang sedang menaip ini terasa agak lemau sekali. Biasalah, sudah tiba hari Jumaat maka Friday Blues Iolls pun sudah mari. Nak weekend lah katakan. Oh, happy weekend buat uolls yang sedang goyang kaki berhujung minggu.

Eh, tanpa disedari melencong pula dari landasan yang benar. Iolls nak cerita pasal CPUV baru je pun. Menyimpang jauh nampaknya. 


Huawei Ascend P7

Iolls sendiri pun tak jumpa lagi iklan yang ini sebenarnya. Anyway, thanks Mr. Nuffnang dan juga Huawei. Tak sure lah iklan yang ini berkenaan dengan apa. Mungkin mempromosikan Smartphone terbaru dari Huawei? I tengok Ascend P7 ni boleh tahan smart jugak. 


Tengah fikir-fikir nak beli smartphone baru jugak ni. Smartphone Iolls tu dah mula bengong mabuk kepayang sudah. Dah pakai almost 2 tahun tapi nak tukar rasa sayang pulak. Tapi bila tengok Ascend P7 ni macam smart pulak. Ehem

p/s : Nak cashout lah bulan ni. Mr. Nuffnang, bagi banyak-banyak lagi CPUV ye! Iolls kumpul duit untuk dot dot dot. Eh, bukan untuk kahwin ye. Rujuk perenggan di atas. 

12/06/2014

Spontaneous Thursday : Senyum Bukan Susah Pun

Sistem barter.
Saya senyum.
Anda senyum.
Dia senyum.

Itu sudah mencukupi.

Kita senyum. 
Awak masam. 
Ruginya bukan pada saya.
Paling tidak saya sudah bersedekah.
Bukankah senyum itu sedekah?

Kucing pun pandai senyum, takkan manusia tak boleh kot.

p/s : Tak faham dengan manusia yang tak pernah nak senyum balik kat kita padahal setiap kali bertembung kita pasti akan hadiahkan senyuman yang paling ikhlas. Yes, memang tak pernah sekalipun bersembang. Tapi itu bukan alasan untuk bermasam muka sesama manusia. Kita cuba bertegur sapa, dia pulak menyombong. Bukan sekali dua, tapi setiap kali. Mungkin itu cara dia untuk berkenalan. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...