13/12/2014

Chocolate Cosmos, bunga berbau coklat!

Dah lama I peram entri ini dalam kotak fikiran. Belum dizahirkan oleh jari menjadi perkataan dan ayat. Biasalah tunggu mood menyerbu. Sebenarnya I accidentally tergoogle tentang Chocolate Cosmos (Cosmos atrosanguineus). Kebetulan tak ada idea nak menaip entri so jadi lah modal entri Wordless Wednesday.


Bila baca komen tengok memasing excited macam nak pergi cari bunga ni sebab kononnya bau coklat. Siap tanya ada kat Malaysia ke? Mana nak cari? Oh soalan-soalan sebegitu jangan tanya Iolls. I pun cari kat google je mampu. 


Bunga ini rasanya tak ada lah kot di Malaysia. Native to Mexico dan dikatakan antara bunga yang paling rare di dunia. Tahu tak yang sebenarnya Chocolate Cosmos pernah pupus suatu ketika dahulu? Namun pada tahun 1900s, tumbuhan ini terus hidup dan bertahan sebagai klon tunggal yang terhasil melalui pembiakan vegetatif. Tumbuhan yang asal pula telah pupus lebih seratus yang lalu. Disebabkan klon yang terhasil merupakan klon yang tidak subur, Chocolate Cosmos hanya boleh dibiakkan melalui pembahagian tubers atau melalui kultur tisu. 


Macam ramai juga yang tertanya-tanya kalau bunga ini dimakan adakah rasanya juga sepert coklat? Bunga Chocolate Cosmos yang berbunga pada musim panas ini sebenarnya beracun! So kalau uolls gigih pun pergi Mexico nak cari bunga sewangi coklat ini, janganlah makan. Baik pergi 7 Eleven beli chocolate bar berapa ringgit daripada makan bunga kalau ya pun gila coklat sangat. 

Tapi betul lah kata Blogger Aqilah, kalau tanam kat laman rumah bebanyak agak-agak semerbak tak wangi coklatnya eh?

sumber : INI, INI dan INI 

12/12/2014

Note to Self : Perkongsian biarlah berpada-pada

Salam jumaat buat anda dan anda semua. Lapang dada, tenang minda bila sambung lagi cuti sehari. Semalam dah memang public holiday untuk negeri Selangor, hari ini pula memang saja apply cuti untuk habiskan annual leave. Bagi cukup-cukup carry forward 10 hari untuk tahun depan. 

Actually lama juga tenung kosong draft depan mata. Tapi nampaknya hanya putih. Belum ada sebarang perkataan dan ayat. Sudah menjadi habit, taip panjang berjela sampai 4-5 perenggan, bila baca balik, jari tekan Ctrl + A dan Delete. Terfikir, perlukah untuk dikongsi? 

Kadang-kadang ada benda kita perlu simpan. Kadang-kadang tak salah untuk kita luahkan dan kadang-kadang ada perkara yang memang perlu kita kongsikan. Tiga pilihan yang berbeza. Dan manusia seringkali terkeliru yang mana satu point yang paling tepat. Tak semua hal itu berpegang pada asas "Sharing is caring". Oh manusia itu bermakna termasuklah diri sendiri juga.

Dicedok dari facebook rakan. Terima kasih ya. 

Menurut perkiraan, konsep yang sama juga digunapakai. Adakah perbuatan selfie itu salah? Sejuta kali selfie hanya untuk penuhkan memory smartphone sendiri rasanya tidak menganggu ketenteraman orang lain cuma melainkan orang tersebut yang gatal tangan nak selongkar smartphone orang lain. Tak begitu? Cuma menjadi masalahnya, bila upload gambar-gambar tersebut di laman sosial. Kita bercakap soal kekerapan. Dalam masa sejam upload satu gambar selfie. Ini contoh ya, sebab itu bagi hiperbola banyak sikit. Sehari ada 24 jam secara kasarnya kita tolak 6 jam masa tidur,  18 gambar sehari. Main pointnya? Sebab itu harus beringat, tak salah berkongsi tapi biar lah berpada. 

Begitu juga dengan soal kisah peribadi dan laman sosial. Ada perkara tak perlu dicanang. Lebih baik kita simpan. Mungkin niat kita baik tapi hati manusia terlalu subjektif untuk dianalisa. Mungkin iri hati ataupun mungkin juga menimbulkan rasa sedih. Siapa tahu? 

Kadangkala bercerita tanpa batasan membawa kepada sesuatu yang negatif. Tanpa disedari diri dijangkiti penyakit akhlak yang kurang elok yakni menunjuk-nunjuk. Maka sebelum datangnya penyakit, lebih baik kita cegah virus yang tidak sihat dari menular. Konklusi, bendung. 

gambar ehsan pakcik google

p/s : Semua orang pernah buat silap. Cuma bezanya pada perulangan. 

11/12/2014

Designer Katanya

Masa tunang hari tu, kerja-kerja hias hantaran itu semua I sapu baik hantaran untuk pihak lelaki mahupun perempuan. Sebab itu lah semua sepesen je cuma beza pada warna. Kalau serahkan dekat En. Barney, I tak tau apa jadi. Oh tak mampu nak imagine. Plus I dah tau sangat kalau benda remeh temeh macam tu memang tak lah dia rajin nak berfikir. Lelaki biasalah kan. Perempuan je yang over excited dengan benda macam ni. Nak hias begitu, nak letak begini. Nak buat macam ni, nak buat macam tu. Lagi-lagi manusia cerewet macam yang sedang menaip ni. 

Adik En. Barney kata, bunga crepe dan ribbon yang I buat untuk hias hantaran tempoh hari nampak cantik. Hoi orang puji hasil tangan Iolls haruslah kembang kan. Tapi puji dia ada harga yang perlu I bayar which is tolong buatkan untuk majlis tunang dia pulak. 

Ini kotak kerja namanya

Majlis lambat lagi, dalam bulan empat kalau tak silap tapi adik En. Barney taknak Iolls rushing buat kerja so dia suruh pergi beli barang-barang hantaran. Senang I nak buat awal-awal. Dia bagi duit, I dan En. Barney pergi shopping. 

Bunga experimental. Nak tengok banyak mana kelopak bunga baru nampak cantik.

Tak siap lagi ni sebab ada lagi bahan yang tak cukup

Asalnya dia pilih warna pink dan putih sebagai warna tema. Tapi bila fikir balik, bunga crepe dan ribbon kalau warna putih mcm kurang nampak sikit. Actually ada ke warna putih eh? Last-last dia cakap, kalau I cakap cantik begini so buat je lah begini. Dia follow je. Bak kata adik En. Barney, dia kan dah lantik Iolls jadi designer dia kononnya. Designer merangkap bakal kakak ipar. Begitulah hendaknya kalau dah adik beradik lima lelaki, yang perempuan pulak kecik lagi memang bakal kakak ipar lah jadi tempat rujukan. Ceh, bukan main tempat rujukan pulak kan. Sebab tuan punya badan bagitau, ikut suka Iolls nak buat macam mana makanya I pilih lah warna biru menggantikan warna putih. 

State holiday. Tarik kotak kerja dan mula.

p/s : Jangan tunjuk sangat kita malas membaca. Entri blog bukan kitab seribu muka.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...