09/06/2015

[Korean Drama] The Producers

Akhirnya berkesempatan jugak menonton drama yang satu ini. Memang tertunggu-tunggu pun bila lah agaknya drama The Producers ni nak start. Kononnya Iolls nak tengok drama sebab ada IU tapi sebenarnya sebab Kim Soo Hyun. Ehem. 

Oh sebenarnya memang nak tengok lakonan Kim Soo Hyun dan IU pun. Dua-dua I minat biarpun kalau baca sinopsis drama, I agak kureng sedikit genre yang begini. 


Sinopsis The Producers

Seung-Chan (Kim Soo Hyun) decided to work at the entertainment division of KBS television network because of his secret crush on a KBS employee. On his his first day on the job, Seung-Chan goes through training, but has a difficult time with PD Ye-Jin (Gong Hyo Jin). Ye-Jin is the producer of music program "Music Bank."

Seung-Chan is then devastated when he sees his secret crush and PD Joon-Mo (Cha Tae Hyun) being affectionate towards each other. Joon-Mo is the producer of variety show "2 Days & 1 Night” and he is a long time friend of PD Ye-Jin.
sumber : asianwiki
Biarpun pada awalnya rasa macam "Alah, macam bosan je drama ni," tapi bila tengok episod demi episod, agak okay jugak lah. Kelakar pun iye. Santai pun ada jugak. Kim Soo Hyun dalam drama ni mememang watak yang berkarakter dungu. Nak gelak je tengok muka sepuluh sen dia. 

Cindy (IU)

I tengok lakonan IU dalam drama Dream High and You're The Best, Lee Soon Shin. Tapi dalam The Producers ni watak Cindy tu rasa macam nak lempang je. Mentang-mentang top star katanya. Eh eh, teremosi pulak. 

Kim Hong Soon (Kim Jong Kook)

Kim Jong Kook pun ada jugak tau. Scene dia yang I rasa macam awkward sungguh tengok. Kalau compare dengan perwatakan Kim Jong Kook dalam Running Man. Hiks.

Selain daripada Kim Jong Kook, ada ramai lagi selebriti dan retis-retis korea yang boleh kita lihat kemunculannya dalam drama The Producers ni. Contoh macam Taeyon, Tiffany and Seo Hyun dari Girls' Generation, Sandara Park (2NE1), Hani (EXID), MinWoo (Boyfriend), Lee Seung Gi, Park Jin Young (JYP) dan ramai lagi lah. 

Mula-mula tengok bosan je. Tapi kemudian macam best pulak. Sekali tengok seakan-akan reality show di sebalik KBS, boleh kata salah satu stesen tv yang ada di sana lah. Rancangan TV semua kejar rating untuk terus bertahan. 

Tonton Online The Producers

Tapi berbalik kepada rancangan TV "2 Days & 1 Night" yang seakan hidup segan mati tak mahu dibawah naungan PD Ra Joon Mo tu, mampu ke Baek Seung Chan untuk membantu mengangkat rancangan menjadi salah satu rancangan TV yang top?

p/s : dua lagi drama baru tak start tengok lagi ni. 

08/06/2015

Cucur Sweet Sour?

Awal petang semalam. Atau boleh kata lewat tengahari. Duduk di ruang tamu sambil marathon drama korea. Belum makan, breakfast a.k.a alas perut dengan amplang yang dibawa khas dari Tawau segenggam. Oh tak ada lah khas mana pun. En. Barney bawa balik masa outstation ke Tawau dua minggu lepas. 

Lewat tengahari, phone memekak. Petanda whatsapp masuk. Oh ada soalan.

"Dah lunch?"
"Tadi makan amplang"
"Kenyang ke?"
"Kejap lagi nak buat cucur"
"Sweet Sour tu ke? Sedapnyaaaa"

Baca balik. Er sweet sour? First time pulak dengar cucur sweet sour. Ikan sweet sour ada lah. Er, mungkin typing error? 

Ikan Bawal Masam Manis 
(Sumber : www.tiffinbiru.com; Resipi : SINI)

Oh tiada kaitan dengan ikan sweet sour pun sebenarnya. Saja berkongsi resipi Ikan Bawal Masam Manis. Kot-kot boleh jadi salah satu menu berbuka bagi yang berpuasa ganti, puasa sunat ataupun menu berbuka di bulan ramadhan nanti. 

Cucur Sweet Sour? Ikan Sweet Sour yang dicucurkan mungkin? Oh tidak. Sebenarnya yang dimaksudkan adalah Cucur Lemak Manis bukannya Sweet Sour. Kecelaruan minda sekejap. 


Kalau En. Barney baca entri yang satu ini mungkin dia kata I mengata dia. Padahal Iolls tertanya-tanya macam mana lah dia boleh confuse lemak manis dan sweet sour. Mungkin itu hint dia nak I masakkan Ikan Sweet Sour kot.

p/s : Jangan marah ye. Hiks. 

07/06/2015

[English Novel] Weep No More, My Lady - Mary Higgins Clark

Target, 6 buah novel dalam masa 3 bulan. Sekarang dah lima buah novel. Tinggal satu lagi. Dah start baca novel terakhir dan dah sampai ke pertengahan cerita. Lagi 150++ muka surat lagi yang tinggal kot. Quarter kedua tahun 2015. Ada improvement sikit, sebab ada jugak la baca novel melayu. Itu pun sebab mood nak membaca novel melayu dah sampai. Kalau tak, kirim salam lah jawabnya. Hiks.


Bercerita tentang novel seperti dalam title. Kalau tak silap dah tak ada dah novel Mary Higgins Clark yang masih belum dibaca. Ada banyak jugak lah novel beliau dalam simpanan Iolls. Dalam 4-5 buah novel jugak kot. Sebab I suka cerita crime / thriller / investigation begini. Dan Weep No More, My Lady ni I perasan ada kelainan sikit dengan novel-novel beliau yang I baca sebelum ni.


Weep No More, My Lady
Mary Higgins Clark
Sinopsis Weep No More, My Lady

Blood is thicker than water...

Elizabeth Lange is still reeling from the death of international film starlet Leila De Salle, her beloved sister. In the frame for the killing is Leila's handsome, famous fiance Ted Winters. Before the trial in which she is the chief witness, Elizabeth decides to take a break and relax in Pebble Beach, an exclusive Californian Spa.

She made the wrong decision.

Before too long, from all around her, people begin to emerge - people who all had cause to hate, and maybe even murder, her sister. Elizabeth realises her idyllic vacation is about to take horrifying turn for the worse - and that someone is out to shatter the peace and quiet by silencing her forever.
Apa yang berbezanya novel Mary Higgins Clark yang ini? Semua novel beliau yang I baca sebelum ni straight to the point je. Dari awal tau siapa pembunuh. Cuma yang menjadi tanda tanya, apa tindakan penjahat tu seterusnya. 

Tapi kali ini, apa tindakan penjahat tu. Itu semua transparent cuma identiti je yang terpaksa menunggu di pengakhiran cerita. Tak seperti novel-novel yang I baca sebelum ni. Yang ini terlalu ramai suspek, banyak juga hipotesis. Tapi last sekali, betul atau tidak pembunuh Leila adalah Ted Winters? Hmm.

p.s : Tak berkesempatan nak pergi BBW Box Sale kali ini. Sobs. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...