18/07/2011

Dear Harry part 2...

Kat sini Chipmunk ada cerita yang last saturday nak pergi tengok Harry Potter and the Deathly Hallows Part 2 kan. Nasib baik En. Barney minta tolong kawan belikan tiket siap-siap, kalau tak jangan harap la nak tengok time weekend. Ticket memang totally sold out. Semua orang tunggu kot movie HP yang last ni, mana tak sold out. Nak tengok weekdays pun jangan harap memandangkan En. Barney dah balik rumah plus dah start kerja. Anyway, thanks En. Barney sebab susah-susah datang Bangi bukan sehari tapi dua hari berturut-turut. 


Baca novel Harry Potter and the Deathly Hallows tak ingat la tahun berapa. So, bila tengok movie ni dah lupa-lupa ingat pulak cerita macam mana. Tapi bila dah lama sikit tu, refresh balik memory masa baca novel. Actually kan, mengharapkan dapat feel yang sama masa baca novel dengan tengok movie. Tapi a bit disappointed la kat situ. Masa baca novel tak tau la kenapa pulak rasa sedih sangat-sangat sampai mak hairan mata merah macam orang menangis 3 hari 3 malam tak berhenti. Rupa-rupanya sebab air mata tak nak berhenti mengalir baca novel HP. Tapi tengok movie ni tak rasa sedih langsung pun. Puas ingat balik part mana la yang sedih sangat sampai menangis tak ingat dunia tu. Maybe part yang Harry Potter tau pasal Severus Snape tu kot.

Kadang-kadang, bila dah tau jalan cerita tu macam tak excited sangat la pulak nak tengok movie. Just rasa macam tak lengkap kalau tak tengok movie sekali. Tapi masa part last di platform 9 3/4 tu rasa macam ada kurang pulak. Kalau tak silap, anak Hermione dan Ron ada kenakan anak si Malfoy ni. (Tak boleh nak buat revision sebab novel ada kat rumah). Tapi dalam movie takda la pulak sebab tu yang Chipmunk tunggu-tunggu kalau movie yang ni keluar. Sekali tengok takda la pulak. Macam la tak tau kalau tengok movie mesti ada part yang kena potong. Just untuk movie yang last ni diorang minimize kan. Yela, dah nama pun last. Tak kan nak potong banyak-banyak kot. Yang paling penting, rasa pelik pulak tengok diorang dengan anak masing-masing. Kelakar pun ada. Bukan Chipmunk sorang je. Orang lain pun gelak jugak.

Taip entry rasa macam sambung cerita Harry Potter pulak. Mana la tau boleh inspire J.K. Rowling sambung balik cerita En. Harry ni. Ceh.

16 comments:

  1. Best ke movie ini ? Serious saya cakap saya tak minat tengok cerita Harry potter . Tak tahu larh kenapa . Urghhh :/

    ReplyDelete
  2. hery potter part 2 kurang best :(..
    tapi boleh la..hee

    ReplyDelete
  3. @BΛBYDIΣRΛツ

    Best. Try la tengok tapi kena tengok dari yang first la.. Tapi prefer novel HP la.. =)

    ReplyDelete
  4. @siti hasanah

    kalau compare dengan HP yg lain, agak la.. tapi ade ke movie HP yang tak best.. =)

    ReplyDelete
  5. HP best..tak sabar nk tengok hujung mggu ni..*_*

    ReplyDelete
  6. @Bui Junaidi

    kak bui, baru hari isnin tok.. lambat lagi ya mok nunggu weekend.. hehe

    ReplyDelete
  7. aisya..lupak indah kmk tek yg ktk org sarawak..hahaha..lelah jak ngato ayat kelakar sinun..xpa,sabar2..janji nangga bah..hehe

    ReplyDelete
  8. bestnya!nk tgk nt eh?adui la..jeles2

    ReplyDelete
  9. @Bui Junaidi

    xda hal... bahasa apa pun xkesah la.. janji paham.. iboh nya bahasa german tek udah.. x la kmk pande.. hehe..

    ReplyDelete
  10. dah lama tak follow , hoho

    ReplyDelete
  11. waaaa..ebstnya...ifa lum..sob2..

    ReplyDelete
  12. Aritu da tgk hary poter.. Ape yg berlaku adlh sy tdo dlm wayang dgn jayahnye yeh! Hahahah~

    ReplyDelete