17/09/2011

♥ Sushi!


Dah lama Chipmunk teringin nak makan something ni. Masa cuti hari tu lagi. Jadi, sebab semalam cuti sempena Hari Malaysia, En. Barney pun bawa la pergi The Mines lepas solat jumaat. Motif utama adalah makan.

Semalam kitorang makan kat Sushi King. Akhirnya dapat jugak makan sushi ye. Berangan ada kat Jepun kejap. Ingat lagi masa first time pergi makan kat Sushi King dengan En. Barney. Still fresh lagi dalam kepala ni even rasa macam dah lama dah. Memang dah lama dah pun.Yang paling best Sushi King ni, green tea free! Tambah pulak En. Barney memang tak minum green tea lagi la Chipmunk suka. Dapat full control satu jug besar green tea tu. Tak payah berebut, tak payah kongsi. 

Banyak jugak yang kitorang makan semalam. Sampai rasa perut ni dah kembung dah makan banyak sangat. Sambil makan tu leka perhati pekerja Sushi King ni buat sushi. Terfikir jugak, kalau Chipmunk la kat tempat dia tu, Chipmunk buat sushi untuk diri sendiri je. Tak payah nak buat untuk orang lain. 






p/s : hari esok dah tahun baru dah! =)

11 comments: