18/01/2012

Ini BUKAN buah kurma tau.


Hari ni dah masuk hari keempat ada kat rumah. Satu yang Chipmunk risaukan bila balik rumah ni adalah makan. Bukan pasal susah nak cari makanan tapi banyak sangat makanan yang sedap-sedap sampai tak boleh nak berhenti makan. Dah mak masak sedap-sedap. Even goreng telur dadar tu je pun boleh jadi sedap sampai nak tambah 3 pinggan nasi tau.

Bila cakap pasal makanan ni kan, ada something yang Chipmunk nak share. Semalam lunch, mak masak makanan yang simple sangat-sangat tapi sangat-sangat limited edition. Sebab Chipmunk tak pernah pulak nampak masa Chipmunk di Semenanjung.


Sekali pandang orang mungkin cakap ni buah kurma, tapi sebenarnya bukan. Ni kitorang panggil buah dabai. Ni la favourite bapa Chipmunk. Mak cakap buah dabai ni macam buah durian, buah bermusim.


Ni gambar lagi dekat. Nak masak buah dabai ni senang je. Rendam dengan air panas, tunggu sampai isinya lembut. Lepas tu boleh la tabur garam secukup rasa. Kalau nak makan dengan kicap pun boleh. Sedap.


Yang sebelah kanan ni biji buah dabai. Isinya sikit je sebenarnya. Dan kalau nak tau yang biji buah dabai ni boleh dimakan jugak. Tapi bukan yang macam dalam gambar ni la. Ada lagi isi dalamnya. Kena pecahkan dulu.


Ni yang Chipmunk dah pecahkan. Sorry la, kualiti gambar tak berapa nak elok. Kamera phone je yang ada. Isi yang kat dalam ni pun sedap. Dulu masa kecik-kecik, Chipmunk sampai menangis-nangis kalau mak taknak pecahkan biji buah dabai ni untuk Chipmunk.


Chipmunk selalu fikir yang buah dabai ni sangat unik dan special. Pernah tak jumpa? Atau rasa ke? Seingat Chipmunk buah dabai ni takda la kot kat semenanjung sebab dulu masa makcik Chipmunk yang tinggal kat subang mengidam buah dabai, sanggup suruh mak Chipmunk kirimkan dari Miri. 

Kalau siapa-siapa yang datang Sarawak dan bernasib baik datang masa musim buah dabai ni haruslah try. Rugi je datang sini kalau tak merasa.

33 comments:

  1. Wahh! Tak pernah dengar pun buah ni :O Macam menarik jee :D

    ReplyDelete
  2. owh..buah ni..hari tu blk KG Hubby kat sarawak..diorg ada bg akak mkn buah ni tapi akak tak reti makan...1st time akak tau buah ni time balik KG tempohari..

    ReplyDelete
  3. he3 .. first time nih .. hee~

    ReplyDelete
  4. tak pernah tgk pon buah ni, mmg ada kat sarawak je ek? nampak mcm kacang hazeknut.hehehe ~ anyway, info baru buat sy .mengenali buah buahan dari sarawak

    ReplyDelete
  5. sedap tak chipmunk? mane nak dapat? huhu

    http://irsyanim.blogspot.com/2012/01/wordless-wednesday_17.html

    ReplyDelete
  6. buah dabai...
    xpenah rase pon..hikhik

    ReplyDelete
  7. wahh buah dabai rupanya :)
    singgah sini n suda folo kmoo skali ^^ sudi2 la folo blik :)

    ReplyDelete
  8. nampak sedap jew buah dabai tu..
    first time tahu pasal buah nie..^^

    ReplyDelete
  9. x prnh dgr nama buah ni
    tp mcm best je hehe ;)

    ReplyDelete
  10. mun xpernah lg cube mkn buah ni..

    ReplyDelete
  11. haha..aie,kmk suka nok dlm bijik nya ya..haha..tutok k lesong mun mok mecah nya..haha..bkeja keras nak mecah nya..sa mcm sayo jak..p nyaman..haha

    ReplyDelete
  12. @LiLy @ MumMyQiStInA

    la, husband sis org sarawak rupanya. lain kali boleh la try. rasa dia agak lain sikit la. x pandai nak describe macam mana.

    ReplyDelete
  13. @هانيم إرشاد

    sedap2.. kat sarawak skrg musim buah ni.. kt smnanjung xpenah nmpak plak.. :)

    ReplyDelete
  14. @Feenas Sya

    tak pandai nak describe.. kena rasa sendiri baru tau.. =)

    ReplyDelete
  15. @Miss Purple Ungu

    kat semenanjung takde rasanya buah ni.. =)

    ReplyDelete
  16. @cik mun

    kalau jumpa buah ni, try la rasa.. =)

    ReplyDelete
  17. @Syahirah Suhaili

    samalah.. kmk pun suka juak.. dolok masa kecik nang mak kmk jak la jadi mangsa tutok bijik nya ya.. mun x diturut ngamok.. hehe

    ReplyDelete
  18. isi kedua tuh boleh makan tak?
    nampak macam pahit je? *bajet hebat*

    ReplyDelete
  19. @Fathiah Hamim

    xpahit lgsung pun.. rase berlemak.. =)

    ReplyDelete
  20. @EnciK AxixOu

    ntah la.. xpenah mkn la pulak... :(

    ReplyDelete
  21. @apix

    1st time jugak dgr psal buah nie.. :)

    ReplyDelete