Dalam entry INI, Chipmunk ada bagitau ada banyak lagi novel Chipmunk nak review dan dalam entry INI Chipmunk dah janji nak review satu novel yang tengah panas sekarang ni. Dah lama dah habis baca cuma mood nak buat review tu tak sampai-sampai lagi. Jadi hari ni malas nak tangguh-tangguh dah, nak review novel ni pulak.
Sunan Musafir
Allah menciptakan cinta, justeru cinta harus dipertahankan dengan sebaik-baiknya cara. Maka itu sebagai manusia, Saifudin atau Laksamana Sunan tidak terlepas daripada belenggu cinta.
Tahun 1511 merupakan detik keindahan, cabaran serta air mata. Pengembaraan Saifudin beserta sahabat-sahabatnya ternyata bukan satu perjalanan yang mudah
Fikiran Saifudin agak terganggu apabila mendengar khabar bahawa isterinya masih hidup. Namun, benarkan Sang Dewi itu adalah isterinya, Ratna mantan Ratu Sulaman? Atau sekadar jelmaan?
Pada tahun 1531 - Saifudin yang sudah berusia memutuskan untuk bermukim di Pinggir Hulu Melaka. Dia mengisi hari tuanya dengan menghambakan diri kepada ALLAH dan meninggalkan dunia pertarungan. Bagaimanapun kejahatan seolah-olah mengejarnya sampai ke hujung nyawa. Berjayakah Saifudin menewaskan mereka?
Secara personal, novel Sunan Musafir ni sangat berbeza dengan novel-novel Laksamana Sunan yang sebelumnya. Kalau yang sebelumnya penuh dengan kisah Laksamana Sunan dalam kancah pertempuran, tapi untuk novel yang kali ni, lebih menitikberatkan tentang kisah hidup Laksamana Sunan sebagai orang biasa. Ada juga diselitkan watak Haryani dan Dani (Dari novel pertama iaitu Bagaikan Puteri) dan tidak lupa juga Saifullah.
Dalam novel yang pengakhiran ini jugak, segala persoalan dalam novel-novel yang sebelumnya semuanya terungkai. Banyak sangat persoalan tu sampai nak list kan satu-satu pun susah. Kalau memang baca Ceritera Epik Laksamana Sunan ni tau la kan? Dan boleh dilihat yang Laksamana Sunan itu bukanlah sesempurna yang disangkakan. Antara amanah, tugas dan kerinduan terhadap seorang isteri?
Review ni ringkas je, novelnya tak seringkas ini pun. Cuma, bagi menghormati mereka yang belum mendapatkan dan membaca Sunan Musafir tu, Chipmunk cuba untuk buat review seringkas yang boleh, tak ada apa-apa spoiler pun kan? Chipmunk tak sure kalau Sunan Musafir ni dah boleh didapati di kedai-kedai buku serata Malaysia dan mahupun di Brunei. Cepat-cepat la beli. Chipmunk selak muka surat pertama hari tu pun, Chipmunk dah hanyut dalam helaian-helaian Sunan Musafir. Memang tak nak lepas. Hasilnya habis dibaca dalam tempoh satu malam.
Teringat kata-kata Tuan RAM masa launching Sunan Musafir hari tu. Beliau terlampau rapat dengan watak Saifudin, sehinggakan mengganggu kesihatan beliau. Akhirnya, ending Sunan Musafir ni beliau terpaksa ubah. Macam mana ending sebenar Sunan Musafir ni tidakla Chipmunk tau ye. Bunyinya macam sad ending je, tapi Alhamdulillah ending Sunan Musafir ni memang cukup memuaskan. Cuma, bila dah sampai di muka surat terakhir tu rasa sebak pulak sebab terpaksa ucapkan selamat tinggal Laksamana Sunan.
p/s: tahniah Tuan RAM dan juga RAMFC yang menjayakan Sunan Musafir di Pesta Buku hari tu. Mudah-mudahan Tuan RAM sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik dan jugak idea yang tidak putus-putus untuk terus menghasilkan karya-karya yang bernas dan terbaik.
harap2 la dah ada kat kedai buku :)
ReplyDeleteoh dh lama tk baca karya RAM..
ReplyDeletesobsosb
wow, beli yg hardcover yek? ni mesti beli kt pesta buku.. mama tanak baca nnti spoil huhu sebab mama punye yg mama book baru nak amik hari ni
ReplyDeletewow mcm best je novel ni. .hee
ReplyDeleteRAM. hehe. akan kmk carik novel tok kat serata kedai buku.ekeke :P
ReplyDeletenot bad.. tapi ieyza lebih suka baca novel cinta.. hehe
ReplyDeletelamak dah sik baca novel macam tok ^_^
ReplyDeletedying for waiting this final chapter..
ReplyDelete@hazfee
ReplyDeletehehehe.. cari, jgn x cari.. :)
lame xsinggah sini. xpenah lagi la baca karya RAM ni. hehe
ReplyDeleterajin betol buat review novel kan ? hehehehe. ape pun kipidap.
ReplyDeletewaahh.. bestnyee... sambung lagi... Selamat Menyambut Bulan Rejab... =)
ReplyDeletewahh..mcm menarik critanya ni...nak carila nti buku tu :)
ReplyDeletejmput follow kmbali :)
ReplyDeletecntik cover die.. :)
ReplyDeleteDah lama tak baca Novel macam ni...
ReplyDelete@Miss Purple Ungu
ReplyDeleteskrg ni dah ade la kot.. =)
@sis92
ReplyDeletemesti byk nk kena cover kalau nk bce sunan musafir ni.. hehe
@mama pipie
ReplyDeletexde ape pun mama.. hehe.. review ringkas je sbnrnye.. =)
@Syamira Yahya
ReplyDeletebest2! =D
@Ieyza Afieyna
ReplyDeletecinta2 ni bace jugak tp lg prefer yg mcm ni sbnrnye.. =)
@Sally Yatiey
ReplyDeletetry la baca yg tok.. tp yg tok mun x follow novel sblumnya xpat juak.. huhu
@Noraini Suhaida
ReplyDeletebest tapi rasa sebak pulak sebab dah sampai ke pengakhiran.. huhu
@anNaqia
ReplyDeletelama x jenguk blog sis jugak.. huhu.. busy plak.. try la bace satu novel RAM.. =)
@m!3yr4h_LolLy
ReplyDeletehehe.. saje nk kongsi novel best yg dh dibce.. =)
@Pondok Usang
ReplyDelete=)
@QA's ~ mamapapa
ReplyDeletecari jgn x cari.. dah ade kt kedai buku dah rasanya.. =)
@ZiErWa zAiNaL
ReplyDeletetu la.. cantik kan? sgt kena dgn ceritanya.. =)
@LiLy @ MumMyQiStInA
ReplyDeleteRAM je yg buat novel cmni.. sbab tu beliau sgt unik.. hehe
Terbaik la tuan tanah tok review ni....
ReplyDeleteMesti semua kipas2 susah mati RAM tengah sbok geledah kedai cari novel ni.....
and to all ramians yg ada kat sini....yg ingin lepaskan novel igauan maut untuk tolong lengkapkan koleksi novel RAM saya....PM me k....
@Nasrul
ReplyDeletethanks :)
@Nasrul
ReplyDeletethanks :)