10/07/2012

Linut atau Ambuyat? Apa tu?


Ingat lagi buah dabai? Boleh klik SINI untuk tau apa tu dabai. Tapi hari ni Chipmunk bukan lah nak cerita pasal buah dabai ni, tapi satu lagi makanan yang ada di Sarawak.


Kalau orang Brunei ini dipanggil ambuyat, tapi biasanya kitorang panggil linut. Tapi bagi suku kaum mirek di Miri ni, kitorang panggil jalit. Chipmunk ni boleh dikatakan sebagai half mirek lah, memandangkan bapa  pulak orang melayu sarawak. Nanti lain kali Chipmunk buat entri tentang suku kaum mirek ni ye.

Berbalik pada topik asal, linut ni pada asalnya makanan masyarakat melanau tapi sekarang linut turut digemari oleh masyarakat-masyarakat lain. Dan linut atau ambuyat ni diperbuat daripada tepung sagu. Kalau nak tau macam mana tekstur linut ni, sama je macam gam. Mak Chipmunk pernah cerita, masa sekolah-sekolah dulu bila dah tak ada duit nak beli gam guna linut je la untuk gam something. Tak macam budak sekarang, beruntung tak payah nak bersusah-susah macam tu. Kalau nak cerita pasal rasa tu Chipmunk tak pandai lah, kena lah rasa sendiri. Alah, Chipmunk tau mesti ada yang terfikir macam ni "Yuck, tak ada makanan lain ke sampai nak makan benda macam gam ni?". Betul tak? Tapi percayalah, kalau dah merasa tu mesti nak lagi. Belum cuba belum tau. 

Dan dalam entry ni jugak Chipmunk akan tunjuk proses nak masak linut ni. Terlampau simple. 


Chipmunk terlupa pulak nak ambik gambar tepung sagu. Gambar kat atas ni, bila tepung tu dah ditambah air masak sikit. Kenapa perlu tambah air masak tu Chipmunk tak berapa sure. Terlupa pulak nak tanya nenek. 


Lepas tu, just tambah je air yang baru mendidih. Part ni agak crucial lah, kena cepat dan jugak kuat. Bukan sekadar cepat tapi ada teknik nak mengacau linut ni. Kalau tak, tak menjadi. Tak menjadi tu maksudnya linut tu jadi berketul-ketul, terlampau cair dan macam-macam lagi lah. Dan terus terang, Chipmunk tak akan larat nak mengacau linut ni. Selalu serahkan pada yang pakar iaitu datuk Chipmunk.


Ha, yang ni Chipmunk tengah buat sambal untuk dimakan dengan linut. Yang ni nenek Chipmunk letak mangga muda sekali. Buat pedas-pedas ni, fuhhh sedap!


Finally, siap untuk dimakan! Nampak mangkuk kecik tu? Linut dan sambal yang sedia untuk dimasukkan ke dalam mulut. Kalau ada kesempatan bertandang ke Sarawak atau terjumpa linut ni dimana-mana haruslah mencuba ye. Tak rugi.

p/s: boleh pulak terliur masa taip entry.

26 comments:

  1. Salah satu maknan Fav hubby..hubby org melanau..asal balik KG mesti carik maknan ni..ajak akak mkn..tapi akak tak reti..akak tgk mcm gam...ada juga belajar dgn MIL masak mende ni..tapi tak pernah menjadi.. :)

    ReplyDelete
  2. wah..chipmunk...kite xpenah merase nak makan linut tu,...nmpak cam sedap bile da cecah sambal tuh sume..wah..nyum3..

    ReplyDelete
  3. ritu kt rumah family angkat, diorg jamu linut.. tp pet xmkn la pula :D err.. haha.. nnti balik sna, nk try mkn la..

    ReplyDelete
  4. saya bangsa kedayan brunei tp x pandai makan ambuyat,,,family sy smua pandai, sy sorg sj x tau makan.. :( huhu

    ReplyDelete
  5. org sabah pon ada makan ambuyat ni.. adik akak kata sedappp.. tapi akak tak try lagi... emm benda pelik2 ni akak jarang makan..hehe

    ReplyDelete
  6. linut nang sedap....hihihi..

    ReplyDelete
  7. pernah bc pasal ambuyat tp xegt kt blog sp..hehe emmm xpenah lg mkn...teringin gak nk try..;p

    ReplyDelete
  8. mcm best je pedas2 ni..hehe

    ReplyDelete
  9. alaaa..mcm sedap jek, teringin pulak nak makan linut nie ;)

    ReplyDelete
  10. rasa pe eh? sbb tak pernah tengok scara real apatah lg nk merasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa memang xda ni melanau tulen yg bls n pnah mrasaa... Kalau btl sambal yg dbuat mmg pergh la... Kalau mkn pun rasa mau muntah sbb x dpt nak gigit mmg mcm chewgum slalu org tlan je.. Makn linut x bleh ktawa sbb pantang org tua

      Delete
  11. sis tak pernah try lagi..tapi member sis selalu kata sedap

    ReplyDelete
  12. ambuyat..sy org kadazan.dl x tahu apa itu ambuyat apalagi nak makan..bila dah kawen baru pandai makan..sedap makan dgn kuah sardin..pertama kali dengar linut..

    ReplyDelete
  13. @LiLy @ MumMyQiStInA

    akak try la makan.. sedap! hehe.. tu la kak.. susah betul nak buat.. even mak pun, kdg2 jadi kdg2 x.. huhu..

    ReplyDelete
  14. @ririn aieza

    mmg sedap pun.. lg2 buat cecah sambal yg pedas2.. hehe

    ReplyDelete
  15. @~~oOpEt~~

    try la mkn nanti... sedap.. hehe

    ReplyDelete
  16. @azizah :)

    suruh la hasben akak bawa dari sabah kak.. jgn tak merasa.. hehe

    ReplyDelete
  17. @miss fluffy

    nanti kalau ada terjumpa kt mana2 try la.. rugi kalau tak try.. hehe

    ReplyDelete
  18. @babycomel

    tak reti nak explain macam mana rasa dia.. kena rasa sendiri.. hehe

    ReplyDelete
  19. @puteri kasih

    sis kena dtg sini la.. boleh try makan linut.. hehe..

    ReplyDelete
  20. @MaMa Rey

    1st time pulak dengar makan dengan kuah sardin.. kitorang panggil linut.. hehe

    ReplyDelete
  21. @Anonymous

    mcm over plak kalau cakap rasa macam nak muntah. hehe. cuma dalam mulut tu rasa macam sticky2 sikit lah.. mcm gam je.. hehe

    ReplyDelete