04/08/2012

Mari Mengisi Masa Lapang Bersama Saya.


Untuk mula menaip entri sememangnya perlu fokus yang tinggi. Dari tadi kerja Chipmunk ni taip punya taip dan kemudian tekan backspace sampai habis. Apa lah yang payah sangat tu kan. (Sambil perhati muka Cik TengTeng untuk cari ilham).

Mungkin dah bosan asyik mengadap laptop je kot. Sementara tunggu jawapan status permohonan nak sambung belajar ni memang Chipmunk dah tukar profesion lah. Kerja mengadap laptop secara full time. Tak ada dah part time ni. Buka mata terus cari laptop. Nasib baik before nak masuk tido tak peluk cium dulu laptop ni. Tu pun nasib baik weekdays Chipmunk hantar mak ke sekolah tempat mak mengajar dan kadang-kadang bapa suruh ambik adik-adik balik tuisyen. Kalau tak memang 24/7 dating dengan En. Laptop ni lah. (Sorry En. Barney, kita ada 'boyfriend' baru dah sekarang. Sila jangan jealous ).

Nak tau apa yang Chipmunk busy sangat dengan laptop sampai tak ingat benda lain tu? Ni....


Drama ni Chipmunk dah habis download sampai episode 20 tapi Chipmunk baru tengok sampai episode 19. Tak sempat sebab busy tengok drama lain. Kalau nak download Time Slip Dr. Jin ni boleh klik SINI.


Yang ni pulak Chipmunk tengah tunggu episode 19 dan episode 20. Tak kuar lagi. Sebab tu la kemudiannya Chipmunk proceed tengok drama lain pulak. A Gentleman's Dignity boleh didownload di SINI.


Yang ni Chipmunk baru start tengok sebab member cakap best. Sebab ni la Chipmunk busy je memanjang depan laptop ni. Dan boleh download drama Big di SINI.

Bukan tu je tau yang menyebabkan Chipmunk ni lekat depan laptop sepanjang masa. Ada lagi satu, yang ini....

Cake Mania 5 : Lights, Camera, Action!

Tau kan Cake Mania. Alah, dulu famous betul game ni kan. Chipmunk tak tau la yang ni Cake Mania yang baru atau tak. Tapi sure ini lah yang Chipmunk buat bila dah bosan tengok drama korea memanjang. Nak download Cake Mania 5? Boleh klik SINI.

Busy kan? Macam-macam yang Chipmunk kena buat. *Busy lah sangat!*

18 comments:

  1. Alahai Chip Munks nih , cerita korea jer memanjang ! HAHA , minat sangat-II ker ? sampai xleyh pisah Ngan Laptop tuh ! Aih-II jelez lHa En Barney kalau Chip Munks terus Mcm ni . HAHA

    ReplyDelete
  2. byknye keje yg chipmunks buat. no wonder la full time dkt laptop.. hehe..

    ReplyDelete
  3. wah, dulu sy layan gak citer2 siri korea ni, tp skg dh jarang, rse xminat lak, hehe..tp klw sekali dh tertengok ,mmg susah nk stop :p

    ReplyDelete
  4. waaa cake mania..

    saya paling suke main tue time belajar dulu..

    wt asgmnt konon..last2 cake mania gk dicari..hahaha

    ReplyDelete
  5. minat betul drma korea yer...hehehe

    ReplyDelete
  6. nk tgk big...hr tue xsempat tgk awal2...huhu

    ReplyDelete
  7. Eh mak ktk cikgu kah? hee. Game Cake mania ya macam best. Mok try download :D

    ReplyDelete
  8. ala cake mania 5 best nye,,amik mne eh?hehe

    ReplyDelete
  9. @lynndAmya

    selalu mcm tu la.. dh tgk xleh nk bhenti.. tu yg bila free btol2 ni nk tgk puas2..

    ReplyDelete
  10. @azizah :)

    dah tak tau nk buat ape kak kt umah ni.. hehe

    ReplyDelete
  11. @tirahzairi

    sy pun baru tgk jugak cite big ni.. best2.. hehe

    ReplyDelete
  12. @Sally Yatiey

    aok.. kt sk merbau.. hehe.. ada link sia, download jak lah..

    ReplyDelete
  13. kalau main cake manis..memang berjam-jam leh ngadap lappy..hehe

    ReplyDelete