24/08/2012

Ramainya Peminat.


Rasanya bukan Chipmunk sorang je yang terkapai-kapai mencari mood blogging yang dah ke laut lepas raya ni. Dah la berperang dengan mood, nak bertarung dengan idea pulak. Langsung tak tau nak update pasal apa. Nak update pasal raya macam bosan la pulak semua asyik update pasal raya je. Nak tanya raya korang macam mana, soalan punya lah tak bombastik langsung. Nak cerita pasal raya? Memang tak ada benda yang happening raya tahun ni. Boleh kata raya 2 hari je. Raya ketiga dan keempat bersilat dengan masalah perempuan sampai plan konvoi raya tahun ni last minute cancel. Dan hari seterusnya dilanda demam pulak. Ini pun mata pedih-pedih lagi nak menaip. Makan ubat? Sudah semestinya malas.

Basically tak ada benda nak diceritakan pun cuma nak menunjuk sikit yang I ni ramai peminat lepas raya ni. Tak percaya boleh tengok bukti di bawah.

Sekali abang posmen hantar dalam satu hari, siap kena staple lagi.

Itu lah, before raya tak ada yang nak hantar kad raya banyak-banyak. Sekali lepas raya, ambik kau. Actually, yang sampul putih tu surat jemputan untuk ke Majlis Perjumpaan Bekas Pelajar dan Guru sekolah menengah dulu. Plannya insyaAllah akan pergi 1hb September ni nanti. Dah kebetulan ada di Miri time ni. Selalu pihak penganjur buat reunion mesti time tu Chipmunk tak ada di Miri punya. Dah ada peluang ni, pergi je lah. Ni kalau Chipmunk tanya ada tak yang satu sekolah dengan Chipmunk mesti susah gila lah dapat jawapan ada. By the way, siapa-siapa alumni Lutong Government Secondary School (LuGoSS) yang ada terbaca ni jom lah kita ramaikan lagi majlis ni. 

Yang belakang sampul putih tu pulak sebenarnya slip exam semester yang lepas. Alhamdulillah, result memang boleh buat I menangis terharu lah. Yang PosLaju ni nanti Chipmunk terangkan, sebab ada nak promote something sikit.

Yang ni dalam sampul surat coklat kat belakang sekali tu.

Alhamdulillah, sampai jugak akhirnya. Agak lama jugak menunggu. Chipmunk dah pernah explain dalam entry INI. Agak-agak kalau malas nak besarkan mata tengok gambar tu boleh lah baca dalam entry yang INI

Yang PosLaju tu sebenarnya Chipmunk ada beli something. Time abang posmen tu datang Chipmunk ada dalam bilik sambil tengok Running Man dengan headphone di telinga, full volume lagi. Family pulak tak ada kat rumah rasanya. Abang posmen tu hon sampai pecah telinga pun tak akan ada orang nak buka pintu. Sebenarnya Chipmunk beli yang ini...

sumber INI

Chipmunk beli lipbalm kat SINI. Tambah pulak tengah promotion. Selalu jual dalam RM12-RM13. Tapi sekarang dijual hanya pada RM6 semua flavour sehingga 31 Ogos. Chipmunk baca sebab nak clearkan stock yang ada dan nak order stock baru. Chipmunk pernah beli sekali tapi lipbalm yang tu Chipmunk bagi kat adik. Beli dulu pun sekali dengan kawan. Kawan tu la yang introduce lipbalm yang ni. Sebab kawan Chipmunk ni jenis bibir sensitif. Kalau pakai jenis yang macam lipice tu tak boleh. Pernah sekali dia pakai jenama Nivea kalau tak silap. Memang agak teruk jugak lah bibir dia. Sekali tengok macam kena fungal infection. Mula-mula tu agak was-was jugak nak membeli. Then Chipmunk tak ingat kawan Chipmunk ni cakap apa tapi yang Chipmunk tau lipbalm ni berasaskan tumbuh-tumbuhan macam jojoba, sweet almond oil, sunflower oil, cocoa butter, something like that lah. Nak kata vegan tak jugak sebab ada kandungan beeswax. Belum cerita pasal perisa-perisa lipbalm ni lagi. Contoh macam perisa Cookies Cream, bau macam biskut oreo je. Kalau bulan puasa ni mau kurang pahala puasa. Asyik sapu lipbalm je sebab nak merasa biskut oreo. Ada macam-macam lagi flavour yang ada. Senang cerita kalau nak tau lebih lanjut boleh lah ke website ni terus mylipstuffmalaysia.blogspot.com

p/s: promote ni agak-agak dapat tak satu tube lipbalm free? Hehe.

14 comments:

  1. wah..sempat lagi shooping online yer..tp dpt lepas raya..ekeke :p okla tu kan..

    ReplyDelete
  2. Banyaknya surat. hee :D
    Selamat hari rayaaaa! ^_^

    ReplyDelete
  3. sian kita demam raya kan. huhuhu..
    memang takde mood nak mengupdate blog, xtau la lagi bila mood nak datang. ;)

    ReplyDelete
  4. momoy pun suka
    best terbaca entri u
    so x terlepas la sale tu
    currently sekarang ada 4 lipbalm
    momoy memang berlipbalm 24 jam

    kat office tinggal satu yang perisa coklat
    dalam handbag perisa stoberi
    dan umah perisa coklat
    kete perisa coklat juga

    ReplyDelete
  5. @azizah :)

    shopping time raya jugak ni kak jijah.. cepat gila org tu pos.. hehe

    ReplyDelete
  6. @Sally Yatiey

    yala tek kmk madah, byk peminat.. haha

    ReplyDelete
  7. @miss fluffy

    kebetulan tgh promosi. tuu yg tolong promote.. hehe

    ReplyDelete
  8. @Chic Na

    tau xpe cik na.. huhu.. mood mengupdate ni pun kejap timbul kejap tenggelam.. huhu

    ReplyDelete
  9. @.::: Princess MOMOY :::.

    4? wah, byknye.. hari tu pun order 4 jugak.. 2 adik, 2 sy.. hehe..

    ReplyDelete
  10. dpt jugak akhirnyaa... hak3..

    ReplyDelete
  11. sian posmen tu tau...rosak hon motor dia nanti...hehe

    ReplyDelete
  12. @puteri kasih

    nak buat mcm mane sis.. org rumah dah leka tgk running man.. nasib dia la.. hehe

    ReplyDelete