Dah lama Chipmunk tak story-story pasal Ken Si Otai kan? Asyik Cik TengTeng dan Baby E'el je. Bagi yang tak tau Ken Si Otai ni kura-kura. Nak tau kenapa Chipmunk panggil dia Ken Si Otai boleh baca kat SINI. Tapi sekarang dah hilang dah sifat ke'otai'an Ken sebab kura-kura yang lagi dua ekor dah nak sama besar dah dengan dia.
Malam semalam, Chipmunk rasa tak berapa sihat sikit. Pening kepala. Maybe sebab cuaca panas kot. Puteri Lilin yang sorang ni bukannya boleh berpanas sangat. Nak tido awal, bekas Ken tak basuh lagi. Bekas Ken tu Chipmunk memang basuh tiap-tiap hari. Kalau follow dari awal blog ni dulu, mesti perasan bekas Ken dah banyak kali tukar. Sebab kura-kura tiga ekor tu dah membesar! Selalunya lepas bagi mereka bertiga makan, Chipmunk lepas je Ken dan anak-anak dalam bilik. Ikut suka la nak jalan pergi mana-mana. Lagipun sekarang Chipmunk duduk bilik single, sorang-sorang je jadi senang sikit. Tapi dengan syarat semua kawasan yang susah nak ambik kalau siapa-siapa antara mereka ni sembunyi kat tempat tu, semua Chipmunk tutup. Kalau tak, tunggu lah sampai tahun depan baru dia keluar dari tempat persembunyian tu.
Ada masa mereka bertiga pandai keluar dari bekas ni. Jadi tak berani nak ambik risiko letak bekas atas meja. Jadi letak je lah atas lantai.
Jadi dalam pukul 9.00 malam macam tu, dengan gigih la Chipmunk bawa bekas besar tu pergi bilik air. Basuh punya basuh nak balik bilik, cari dulu mana Chipmunk letak kunci. Dalam poket seluar tak ada, atas sinki tu pun tak ada. Positif, maybe tertinggal dalam toilet sebab before tu ada masuk toilet jugak. Sekali tengok tak ada. Memang sah Chipmunk keluar bilik tak bawak kunci! Positif lagi, mungkin Chipmunk keluar bilik tadi tak kunci pintu kot. Berdebar-debar Chipmunk pulas tombol pintu. Sah kuasa dua, Chipmunk terkunci dari luar. Kunci ada dalam bilik, pintu terkunci dan Chipmunk nak masuk bilik macam mana?
Terus ketuk pintu bilik kawan kat sebelah, nak pinjam phone. Nak call En. Barney. Masa awal-awal dapat kunci tu, Chipmunk dan En. Barney dah buat kunci spare siap-siap. Kunci spare Chipmunk ada kat En. Barney. Tapi yang paling bestnya time tu En. Barney kat luar, kerja part-time. Tak kan nak tunggu En. Barney balik pukul 12 tengah malam kot.
Sebenarnya kunci tu cantik je tergantung kat sini. Sekali dengan kunci kereta.
Berbekalkan pengalaman kawan Chipmunk pernah terkunci dari luar jugak, kitorang pun try la cara-cara yang kitorang tau macam mana nak pecah masuk bilik sendiri ni. Chipmunk ulang, pecah masuk bilik sendiri! Ambik card yang tak guna dah dan senang nak bend dan cucuk kat area tombol pintu tu. Dalam setengah jam jugak mencuba, datang sorang kakak kat bilik hujung ni tolong. Dia pun ada jugak pengalaman pecah masuk bilik sendiri ni. Kes-kes macam ni memang dah biasa bagi budak-budak yang duduk bilik single. Tapi tak tau kenapa pintu bilik Chipmunk macam payah sikit. Kemudian datang sorang junior Chipmunk ni, tapi Chipmunk panggil kakak sebab lagi tua dari Chipmunk. Kebetulan yang tolong Chipmunk tu kawan dia. Entah macam mana diorang buat, lepas sejam terkunci kat luar finally dapat jugak masuk bilik. Terima kasih buat mereka bertiga yang sudi menolong. Kalau mereka ni tak ada memang kena tunggu sampai pukul 12 tengah malam la jawabnya.
Masuk bilik terus bebel-bebel kat kura-kura, kenapa tak tolong bukakan pintu.
Chipmunk rasa, habis belajar ni bukan setakat dapat Master Environmental Management tapi master dalam pecah-memecah masuk bilik sendiri!
p/s: Elok je Chipmunk terkunci malam semalam, siang tadi En. Barney pulak yang kena. Tapi yang ni lagi dahsyat. Selak pintu terkunci dari dalam.
aisehhh..kesiannyee..kena pecah masuk bilik sndiri lakk...
ReplyDeletecomel je kura-kura ! :)
ReplyDeletehehe... chipmunk bela kura2. Cik Putih dulu ada bela jugak. Tapi bila dah besar cam ken tue dah jadi agresif ckit. Suka ggt2 tangan. Ada bela 2 ekor then mama suruh p buang kat paya sbb xder yang sanggup jaga and cuci aquarium besar rumah kura2 nie... Anw.. comel la.
ReplyDeletehahahha dasyat la awak ni heheh
ReplyDeletealahai.. cian nyer....
ReplyDeletemcm mc guyver pulak sorang2. huhu.. pernah gak ada pengalaman ms dok hostel. tercabut terus tombol pintu tu. hikhik..
ReplyDeletekalau aida mahu berpeluh2 jugak tu pintu terkunci.. hahaha.. Lawak pulak. Comey je labi2 tu..
ReplyDeleteadoii baya tu..hehee..kalo dpt lepas dri xpe..kalo tprgkap..huuhuu xtau la nk ckp pe..hehee ^_^
ReplyDeleteOh... Beli la aquarium.. besaq la ski... Hehe
ReplyDelete@miss fluffy
ReplyDeleteitu lah, xpasal2.. haha
@shiyda
ReplyDeletehehe.. =D
@mizsfatima
ReplyDeleteye? Alhamdulillah, Ken diorang ni tak pernah gigit orang. baik je. suke hati orang nk buat ape kat dia.. =)
@Syuhada Nasya
ReplyDeletehaha.. darurat, nak buat macam mana.. haha
@Nur Atiqah Mohd Zaki
ReplyDeletetu lah, nasib baik bleh masuk jugak kan.. huhu
@Chic Na
ReplyDeletetercabut tombol? tu lagi dahsyat.. haha.
@Aida Omar
ReplyDeletekura2 tu. hehe.. nervous jugak mula2..
@shidaR
ReplyDeleteyg ni bukan terperangkap dalam bilik tp kat luar bilik! tak boleh nk masuk dalam.. huhuhuhu
@Crew Fathi
ReplyDeletetaknak la beli aquarium. buat kolam terus. haha.
beshnya bela kura2, kalau keyrah nak pegang kura2 pun takot hehhe
ReplyDelete@cikeyrah
ReplyDeleteada sesetengah kura2 tu kalau org pegang dia gigit. tp diorang 3 ekor ni tak. tu yg ikut suka nk pegang mcm mana.. hehe
comel kura-kura..
ReplyDeletenasib baik boleh buka semula pintu bilik...
pernah juga pintu terkunci dari dalam.tapi bukan pintu bilik, pintu bilik air umah sewa.memang harulah.siap panggil kawan lelaku tolong bukakan.habis tombol pintu diorang kerjakan..
okayla tu,dapat 2 master..
Hee. Cute kura2 ..
ReplyDeleteya ampun sabar jelah..pasni hati2 dear..syg pntu tu kena pecah..heehhee
ReplyDeletelain kali jangan lupa bawa kunci..takpun ajar ken buka pintu...hehe :P
ReplyDeletehahahaha , kelakar2 , CP mase sem1 , CP pecahkan pintu terus , hahaha , dasar gadis ganas CP nih , hahah !
ReplyDeletejd pemecah rumah sendiri? biasa, ramai yg kena.. hehehe
ReplyDeletejangan rumah orang dah :()
Nasiblah ada yg teror buka pintu tu...
ReplyDeleteTeringat time Qis terkunci seorg2 dalam bilik...time tu akak tgh mandi dia main seorg pastu p kunci pintu bilik..dah kunci baru dia tak tau nk pusing tombol tu...kunci bilik tu plak dah ilang..apa lgi nangis melalak dia kat bilik tu..akak pun dah panik..dengan sekuat tenaga akak p tolak jer pintu tu..skrg pintu bilik tu dah rosak gara2 Qis.. :)
@miz ruha
ReplyDeletebahaya betul kan part2 terkunci ni.. kalau sorg2 lg lah.. huhu
@Sally Yatiey
ReplyDeletehehe =D
@azizah :)
ReplyDeletetak pecah pun.. guna card cucuk2 area tombol tu.. cm mane ntah diorg buat.. huhu
@puteri kasih
ReplyDeleteitu la sis.. nak kena ajar jugak ken buka pintu ni.. hehe..
@cweet pinky
ReplyDeletetakleh. bahaya.. hehe..
@Sop
ReplyDeletehaha.. jangan2..
@LiLy @ MumMyQiStInA
ReplyDeletekak lily, sy kecik2 dulu penah jadi mcm Qis.. tp tkunci dalam rumah.. nenek pergi mana ntah time tu.. nenek cerita memang meraung lah.. last2 orang pecahkan pintu.. huhu
comeyy nya kura2 dia..heee
ReplyDelete@jaakechik
ReplyDeletehehehe.. =D
huhu..xpela lau ramai yg dtg tolng ye.. smela dgn yaya..dulu mse blaja..rase nak gelak lau teringt..
ReplyDelete-pakai sudu besi pech msuk blik sdri..^,^-
Teringat pulak dulu Ee dgn kengkawan ada bela kura2. Boleh pulak main kawin2kan kura-kura ni. kehkeh =D
ReplyDelete@Cik Yaya
ReplyDeletemesti sudu besi yg nipis tu kn? huhu
@Nurulee
ReplyDeletemain kawin2kan kura2? hehe
selamat tak sampai kena pecah pintu kan..ken la ni lupa bawa kunci hehe
ReplyDelete@kaishin
ReplyDeleteken yg terkunci dalam bilik.. sy yg tkunci kat luar.. ken la yg xpandai nak buka pintu ni.. hehe
haha..btol2.. ^o^
ReplyDelete@Cik Yaya
ReplyDeletehaha.. dahsyat..
standart la tu.
ReplyDelete@TiranaAduka
ReplyDeletetau xpe. baru je kejap tadi budak bilik depan terkena jugak.. huhu