Sambung lagi sesi review blog ni. Nak buat semalam tapi balik lambat pulak dari tengok adik-adik Kelab Tarian Sanggar Citra praktis untuk pertandingan masa Pesta Konvokesyen nanti. Nanti Chipmunk buat entry lain promote Pesta Konvo 2012 pulak.
Kali ni, Chipmunk nak review blogger yang bernama Naz, jugak dikenali sebagai Pilot Lover. Tau tak, dulu Chipmunk berangan sangat nak boyfriend pilot tau. Gara-gara terpengaruh dengan novel Adam dan Hawa lah! Tu cerita lama, zaman sekolah dulu-dulu. Masuk universiti pun berangan lagi nak dapat boyfriend pilot, sekali ambik kau. Dapat boyfriend budak Sains Nuklear. Sains Nuklear sangat En. Barney tu sampai mimpi-mimpi pasal bom kan? Ehhhhhh, melencong pulak.
Blog ni Chipmunk nak cakap, ala-ala retro tau. Dengan background jalur-jalur yang warna-warni. Sangat ceria. Kita yang masuk ni pun ceria-ceria je. Loading pun cepat walaupun banyak gambar. Cuma satu la nak pesan buat blogger-blogger yang tak suka blog yang ada lagu. Blog Cik Naz ni ada lagu. Lagu dari seberang rasanya. Chipmunk jenis yang suka mute laptop. Jadi kalau termasuk mana-mana blog yang ada lagu tu Chipmunk tak kisah sangat. Cuma pernah la sekali dua, terlupa nak mute laptop masa blogwalking tiba-tiba termasuk blog yang lagunya boleh buat orang sakit jantung mati terus. Tapi jangan risau, lagu blog Cik Naz ni memang boleh layan. Lagi-lagi masuk blog yang ceria gitu dengan lagu yang macam tu, rasa tenang la pulak.
Tu cakap pasal blog, nak cakap pasal header pulak. SERIUS COMEL GILA! Tak percaya? Tengok ni.....
Cakap pasal isi blog, Sekarang Chipmunk tengah selongkar-selongkar lagi apa yang ada. Terbaca pulak kisah Cik Naz kat MRSM. Dan teringat pulak kenangan masa masuk MRSM dulu. Tambah pulak En. Barney pun budak MRSM jugak, selalu la dia cerita kisah-kisah zaman dia kurus lagi tu. Tapi Chipmunk mampu bertahan kejap je, dalam satu penggal. Biasa lah budak-budak lagi. Masa Form 1 dulu, Miri-Kuching pun jauh yang amat. Last-last bapa ambik, bawa balik dan masuk sekolah lama balik. Alhamdulillah, sekolah kat mana-mana pun result PMR boleh senyum sampai ke telinga dan SPM pun syukur mampu untuk membolehkan Chipmunk jejakkan kaki di bumi UKM sehingga ke peringkat sarjana. Ehhhh, menyimpang lagi...
Sebelum Chipmunk melencong lagi jom lah teman Chipmunk selongkar blog Cik Naz ni. Boleh klik header kat atas tu ataupun klik SINI. Chipmunk ada baca first post beliau yang bertarikh 15 April 2012. Tapi susah pulak nak baca, sebab tulisan putih. Memang tulisan tu putih ye? Untuk Cik Naz, mudah-mudahan tercapai jugak impian nak dapatkan pilot license tu dan mudah-mudahan berjumpalah Mr. Pilot seperti yang diidamkan. Hehe.
p/s : Ada 4 lagi jawapan tepat yang Chipmunk kena buat review. Siapakah yang bertuah tu? Tunggu...
comel je header die...
ReplyDeletepilot lover..teringat abam aaron..hewhewhew~
ReplyDeletesis pun selalu mute lappy masa bw..nak-nak sis ni bw tengah malam...kang satu rumah bangun..hehe
ReplyDeletejap nak terjah :)
salah satu cita2 masa kecik dulu nak jadi pilot tp sbb masa sekolah dulu belajar main2, skrg mampu jd pilot kapal terbang kertas jer...hehe
ReplyDeletetak suka blog yang ada lagu... even lappy tak keluar sound *kalau pakai earphone baru dengar* tapi akan keluar untuk download lagu tu..
ReplyDeletekalau banyak blog buka and ada lagu, memang banyak lah juga popup untuk download keluar..
--> siapakah 4 insan bertuah itu? adakah kak termasuk? harus tunggu ni.. ^_^
haha.. parah tu sampai mimpi bom.
ReplyDeletenak terjah la. :)
Comelnye Header dia..^^
ReplyDelete@Nisa Greennnpanda
ReplyDeletekan kan kan.. hehe
@miss fluffy
ReplyDeletehahaha.. sama la kite!
@puteri kasih
ReplyDeleteitu la sis.. lg klau buka tab bnyk2 tu.. jd lagu ape dah tu..
@kaishin
ReplyDeletetakpe.. pilot kapal terbang kertas pun macho jugak.. hahaha. :P
@miz ruha
ReplyDeleteyg download tu pun mengganggu jugak.. huhu..
@Chic Na
ReplyDeletedah itu je yg dia belajar.. tu yg termimpi2 tu kot. hahaha..
@LiLy @ MaMaQiStInA
ReplyDeletecomel kan.. dah la warna warni lg tu.. hehe
wahhh nakk terjahh :D hehe
ReplyDeletecomey header ni..terjahh la..
ReplyDeletekmk mok jadi stewardess, hehe~
ReplyDeleteuntung laaa blog yg kena review...teringin nak kena review,tapi xpernah org nak review..muehehehe..pepepun blog2 ni sumanya OHSEM! i loike :D
ReplyDeleteTerjah!! Hee
ReplyDeletecomel je header...
ReplyDeletesebb cik aisya yg review..yaya nk g trjah sat...
hehe ;p
@Detective Fiqa
ReplyDeletenk ikot.. hehe
@azizah :)
ReplyDeletecomel kan kak.. hehe
@Michelle Hopell
ReplyDeleteboleh jd stewardess flight kmk MYY-KL camtok.. hehe
@Santan Manis
ReplyDeleteinsyaAllah, nanti ada jugak yg review tu.. :)
@Sally Yatiey
ReplyDeletejom! hehe
@Cik Yaya
ReplyDeletehaha. pun boleh mcm tu. hehe
xkenal lg blog pilot lover..nk terjah hehee :)
ReplyDeletePilot Lover...menarik gaya yer.tgk jap lah :)
ReplyDelete@shidaR
ReplyDeletehehehe.. sila2.
@ayut
ReplyDeletetgk jgn tak tgk. hehe
Ya Allah naz tak perasan langsung yg sis ada buat review pasal blog naz.. thank u so much sis.. tetibe terharu... ^_^ seriously appreciate it.. thanks sgt3 ^_^
ReplyDelete@PILOT LOVER
ReplyDeleteit's ok.. =)
same2!
XD