24/11/2012

Jawab dan Review Part I

Ingat tak entri INI. Chipmunk suruh teka 4 movie yang Chipmunk belum tengok dalam 15 movie yang tersenarai. Dan rata-rata jawapan yang Chipmunk dapat, semua ada senaraikan Batman sekali. Sedihnya. Padahal, Batman hero yang paling Chipmunk minat dari kecik-kecik lagi. En. Barney pun baru tau kalau dia ada baca ni. Jadi jawapan yang tepat adalah....

Terasa loser bila belum tengok Avatar. Dah suruh En. Barney downloadkan cuma tak ada masa nak tengok je.

Tahniah buat Syida yang dah jawab dengan tepat keempat-empat movie tersebut. Harap maaf lah ye, agak terlambat sikit. Biasalah YB baru naik pangkat memang macam ni. *perasan*


Comel je kan orangnya. Dah tu bijak lagi. Student Forensic Science tu. Chipmunk dulu teringin sangat nak course Forensic Science ni, tapi tak ada rezeki. Rezeki ke arah Genetic Science. Alih-alih course master ambik Environment jugak. Ni dah kenapa lagi banyak cerita pasal Chipmunk ni?

Berbalik pada Syida tadi, blog tersebut dikongsi dengan boyfriend beliau. Betulkan kalau salah ye. Yang bestnya, gaya penceritaan tu sempoi je, jadi kita pun rasa santai membaca. Entri semua bersifat peribadi dan baca punya baca baru Chipmunk tau selama ini ada Ninja Burger rupanya. Nak tau Ninja Burger tu apa, sila klik header di atas dan cari sendiri apa maksudnya. Senang je nak cari tu. Hehe.

Tak ada apa sangat nak komen, blog pun ringan. Cuma ada widget love love yang jatuh tu kadang-kadang agak menganggu konsentrasi nak membaca entri. Comel la kot sebab tu Chipmunk rasa lagi tertarik nak tengok love love yang berguguran tu. Tapi rasanya widget tu tak affect sangat berat blog kot. Sebab dengan internet siput yang Chipmunk ada sekarang, still lagi cepat loading bila masuk blog ni. 

Siapa yang tak pernah terjah lagi tu, rajin-rajin lah singgah melawat blog Syida ye. Dah singgah tu jangan lah lupa follow sekali. =)


Nak kena review jugak? Sila jawab soalan pada gambar terakhir dalam entri INI. Siapa jawab dengan tepat, Chipmunk review blog. Chipmunk bagi masa sehingga 12.00 tengah malam ini.

16 comments:

  1. kak tak pandai meneka... sebab tu komen tanpa teka movie apa... hehehe...

    ReplyDelete
  2. jemput join http://iamyourprincess5050.blogspot.com/2012/11/contest-saya-sayang-kamu-sahabatku.html

    ReplyDelete
  3. sejak bila adik manis sis ni jadi YB...tak gitau pun :P hehe

    ok nak gi terjah :)

    ReplyDelete
  4. wah.. tahniah2.. hbt betul blh teka dgn tepat pulk tu

    ReplyDelete
  5. alamak xtahu pn..mst shida tlepas entri tu haihh..

    ReplyDelete
  6. wahhh untunglah syida yer kena review..tahniah..hehe

    ReplyDelete
  7. @miz ruha

    yeke kak ruha tak pandai meneka.. hehe

    ReplyDelete