13/11/2012

Makhluk-makhluk ini, memang wujud ye?

Minggu ni sebenarnya minggu mid semester break, cuti seminggu. Chipmunk sebagai manusia yang tidak pernah balik masa mid semester break sepanjang lebih 4 tahun kat UKM ni memang duduk dalam bilik bertemankan laptop dan assignments. Memandangkan after mid semester break ni ada beberapa Mid Term exam so terpaksa Chipmunk jadi budak baik bersahabat dengan nota.

Disebabkan course yang Chipmunk ambik untuk master ni sesuatu yang Chipmunk suka, jadi rajin sangat lah meng-Google. Dan dari semalam, Chipmunk tak habis lagi explore website NatGeo. Terjumpa la satu artikel ni, kebetulan Chipmunk tengah belajar subjek tu untuk Mid Term exam nanti.

Port terbaik untuk study. Lepas 5 minit terus landing atas katil. Adik-adik jangan tiru aksi ini ye. 

Tengah study tentang Aquatic Biome, terjumpa satu artikel tentang Deep-Sea Creature. Deep Sea membawa maksud lapisan lautan paling dalam iaitu dengan kedalaman 1800 m dan ke bawah. Mungkin di kawasan hydrothermal vents, atau cold seeps atau mana-mana lagi kawasan laut dalam. Antara-antara hidupan yang ada contohnya seperti...

Frilled Shark

Frilled Shark hidup di kawasan laut dalam yang mempunyai kedalaman sehingga 1500 meter. Frilled shark yang dijumpai di kawasan perairan cetek di Jepun pada tahun 2007 hanya mampu hidup selama beberapa jam selepas ia ditangkap.

 Giant Spider Crab (Ketam Labah-labah Gergasi)

Dipercayai spesies antropod terbesar. Hidup di lantai lautan yang mempunyai kedalaman sehinggan 300 m.

Atlantic Wolffish Pair

Hidup di perairan berbatu dengan kedalaman sehingga 500 m. Suka pulak tengok gambar ni. Comel je.

 Pacific Viperfish

Percaya atau tak yang ikan ini tak boleh menutup mulutnya? See the gigi lah kan. Hidup pada kedalaman mencecah 4400 m dan menarik perhatian mangsanya dengan mengeluarkan cahaya atau pun dikenali sebagai bioluminescent photophores pada bahagian badan mereka.

 Vampire Squid

Tinggal di laut dalam pada kedalaman 3000 m dan mampu untuk hidup di kawasan berkepekatan oksigen yang rendah.

 Giant Tube Worms

Bukan sahaja mampu hidup di kawasan yang bertekanan tinggi, tiada cahaya matahari dan juga suhu beku tapi juga mampu hidup di kawasan hydrothermal vents dengan kedalaman 2400 m ke dasar laut. 

Banyak lagi species flora dan fauna yang manusia belum discover lagi especially di laut dalam, hutan hujan. Tapi itu lah, tindakan-tindakan manusia zaman sekarang, lebih melihat dari sudut ekonomi dan juga peningkatan taraf hidup. Pendek cerita hanya mementingkan diri sendiri. Alam sekitar pulak bagaimana? Terabai begitu saja? 

Ada lagi yang lain, kalau nak tengok boleh baca kat SINI. Yang diatas ni ada beberapa species je yang Chipmunk dah ringkaskan penerangannya. Yang selanjutnya ada di SINI.

p/s : Entry INI pun sebenarnya Chipmunk jumpa masa nak cari bahan untuk assignment.

sumber : INI
 

33 comments:

  1. suka tgk natgeo. err muka2 yg menakutkan je. byk lagi sbenarnya spesis2 hidupan yg kita xtau kan.

    aisya ambik course ape?

    ReplyDelete
  2. subhanallah... macam2 lagi makhluk yg nampak aneh, tp sebenarnya wujud..

    ReplyDelete
  3. gud luck sis.. jgn sedih sbb tak balik taw..hehe btw buat master susah x???

    ReplyDelete
  4. menariklah aisya post pasal hidupan laut yang jarang orang tahu...
    kak pun baru tahu....

    mohon jangan study atas katil... banyak godaan,,, --> pernah buat.. ^_^

    ReplyDelete
  5. wahhh..mkhluk2 dikwsn yg dalam ni mmg kurang 'rupa' kalo nk dibndingkan yg slalu kita bole nmpk kan..heee..tp ade bnyk jgk hdupan2 laut yg belum dtroka ni, cntik2 belaka....^_^

    ReplyDelete
  6. wow..!!..(~_____~)..menakutkan..lagi2 tengok labah2 tu..huhuhu..wujud kot..kalau x, xkan saintis boleh dapatkan..??..hehe..^^

    ReplyDelete
  7. mgkin wujud dear..cuma kite je xtahu kan..huhu..tgk unik sgt rupa binatang2 tu^^

    ReplyDelete
  8. bagus la aisya ni.. rajin google n sharing dgn kami... banyak info jijah dapat ni :)

    ReplyDelete
  9. Subhanallah, Masya Allah.
    #memang pelik2 kan, hee seram pn ade, hehe tp
    Allahu Akbar, tiada yang mustahil di sisi Allah :)

    ReplyDelete
  10. woahhh..dasyat sgt rupa mereka..tambah yg frilled shark tuh..quite scary rupa beliau..huhu

    ReplyDelete
  11. haiwan y post dlm blog ni, pernah tgk dlm cerita seafood.. haiwan2 lautan dalam ni nmpk menakutkan lah..

    seronok kan belajar geografi. minat tapi tak berpeluang :)

    ReplyDelete
  12. uniknya aquatic life nie . sometimes we must explore something to know about them kan ?

    suka vampire squid . mcm raksasa jahat dalam ultraman . hehe

    ReplyDelete
  13. @Chic Na

    betul tu cikna.. lg2 yg kt dlm laut tu..

    ambik pengurusan persekitaran. hehe

    ReplyDelete
  14. @Farah Zahid

    cuma kita je yg tak tau kewujudan mereka.. =)

    ReplyDelete
  15. @PILOT LOVER

    tak sedih pun.. dah biasa.. hehe.. susah jugak tp susah sgt tu tak jugak.. =)

    ReplyDelete
  16. @miz ruha

    tepi katil je kak ruha.. kat meja study lg byk godaan.. lg ringan rasa badan nk landing atas katil. mcm ni boleh control lg.. hehe

    ReplyDelete
  17. @Cik Yaya

    sebab mereka ni mengalami proses adaptation. terpaksa adapt dgn kawasan2 yg kurang chy, oksigen, sejuk.. =)

    ReplyDelete
  18. @aiN NaJwa

    mmg wujud cuma kite je yg tak tau. yela, mane lah pernah masuk dalam laut dalam.. =)

    ReplyDelete
  19. @shidaR

    betul tu... sebab tak pernah tengok before ni.. tu yg kate unik.. kalau kucing pun, kite akan cakap unik jugak kalau kucing tu spesies yg rare.. hehe

    ReplyDelete
  20. @azizah :)

    nk buat assignment sebenarnya kak.. dah alang2 tu share je lah.. hehe

    ReplyDelete
  21. @~ cik matahari ~

    betul tu.. semuanya ciptaan Allah.. hanya Dia saja yg mengetahui apa yg ada di dalam sana.. =)

    ReplyDelete
  22. @Nur Azila

    tak pernah pulak tgk cerita seafood tu..

    bukan student geografi sebenarnye.. =)

    ReplyDelete
  23. @Aalia Shahira

    tapi kdg nak explore kwsn2 mcm tu agak mustahil.. technology yg ada pun tak mampu nk withstand pressure, temperature etc.. kuasa Allah semua tu.. =)

    ReplyDelete
  24. @♥ Nana BamBam ♥

    byk lg species yg pelik2 dan tak sangka benda mcm tu wujud cuma belum diketahui lg.. =)

    ReplyDelete
  25. aisya amek master ap ea?by course ea amek?

    ReplyDelete
  26. banyak lagi spesis haiwan yang kita tak pernah tau kan

    ReplyDelete
  27. ow..ye x ye la kan..ikan tgl kt kwsn 'pendalaman' la katekan..ngeeee tu yang kurang pendedahan kat chya mthari..;p

    ReplyDelete
  28. hehehe.. boleh ajar tak macam mana nak tag nama orang tu?

    hehe.. yeke? silap lah..

    ReplyDelete
  29. @ayut

    environmental management..
    ha'ah.. =)

    ReplyDelete
  30. @Cik Yaya

    nk buat mcm mane.. jauh sgt nak ke 'bandar' beli produk2 kecantikan.. haha..
    tp semua tu ciptaan Allah jugak.. =)

    ReplyDelete