08/11/2012

Review Ringkas Part II

Sambung lagi untuk review Part II. Nak tengok siapa yang dah di review untuk Part I boleh klik SINI. Untuk hari ini 6 buah lagi blog yang Chipmunk akan review.

Mama Ash

Kenapa Mama Ash? Sudah terang lagi bersuluh tengok kat header ade sorang baby boy comel. Itu lah Ash. Chipmunk selongkar-selongkar jumpa lah nama penuh baby Ash ni, Muhammad Ash Haikal. Nama semacho orangnya lah. Dan by the way, Chipmunk baca-baca lagi rupa-rupanya Mama Ash sedang pregnant anak yang kedua. Harap tak terlambat nak ucap tahniah and jangan lupa jaga kesihatan ye. Oh ye, Chipmunk ada terbaca pasal status halal/haram minyak yu yee kat SINI. Baru tau pulak. Selalu dengar pasal minyak ni, tapi tak tau la pulak tentang kisah tu. Hmmm...

Ros Reeza

Juga berstatus isteri orang. Tengok header sudah. Entri-entri kebanyakannya berunsur peribadi. Dan ada banyak jugak pengisian. Warna pink comel je, simple dan yang paling best cepat loading. Tapi tak ada shoutbox pulak. Kalau ada shoutbox senang sikit nak tinggalkan jejak. =)

Cik Que

Nak panggil Cik Que boleh, Alia pun boleh. Muda setahun je dari Chipmunk. (Ha, cepat kira umur Chipmunk berapa. Eh!). Orang satu negeri Chipmunk ni. Blog Cik Que ni memang simple. Simple pun tapi padat, kemas dan tersusun. Macam biasa yang paling penting cepat loading! Pssttt... ada yang nak tau macam mana nak kurangkan limit penggunaan broadband tak? Rujuk SINI ye.

Miss Fluffy

Eh-eh! ada kucing comel lah. Ada kucing comel sebab tuan punya blog ni peminat kucing. Ini adalah salah sorang blogger yang selalu tersenarai dalam bloglist Chipmunk dan Chipmunk rajin singgah dan komen-komen kat blog Miss Fluffy. Nak tau kenapa Chipmunk rajin singgah dan komen? Salah satu sebab, tak ada widget yang menyakitkan mata dan juga secara tak langsung menyakitkan hati. Dan tak perlu nak stress sebab loading lambat sangat. Tak percaya terjah la sendiri. Hehe.

Chic Na

Ini Chic Na. Chic Na si pembuat coklat. Chic Na yang baik, yang manis, yang cantik lagi menawan. Sama macam coklat-coklat beliau, semua comel-comel. Chipmunk pernah tempah untuk hadiah birthday En. Barney yang ke 15. Okay, angka itu tipu. Sila jangan percaya. Nak percaya jugak, terserah lah. Nak baca pasal coklat beliau, boleh rujuk entri INI. Chic Na selalu share gambar-gambar coklat yang customer beliau order. Comel-comel semuanya. Chic Na selalu juga update tentang benda-benda lain selain coklat. Pendek cerita macam-macam lah. Sila lah terjah kalau nak tengok coklat atau kenal Chic Na lebih dekat.

Amy Syahiera

Ini blog yang terakhir untuk Review Ringkas kali ini. Blog berwarna oren kepunyaan adik comel bernama Amy. Baru je berusia 16 tahun. Blog pun comel-comel saje. Dah la comel, cantik pulak tu. Macam-macam blog yang sebelumnya, blog adik Amy ni cepat loading jugak. Jadi, jangan segan jangan malu klik je header di atas tu ye. Terima Kasih.

Agak-agak ada lagi tak lepas ni ye? Hmmmm.....

p/s : Lupa pulak nak bagitau. Review ni sempena INI yang tak habis-habis lagi. Busy, tu yang lambat. Maaf ye.

18 comments:

  1. wah ada review lagi..ok nanti leh terjah :)

    ReplyDelete
  2. BW sini. tengah review blogger yer (: nak terjah mereka jap.

    ReplyDelete
  3. err ini review sempena apa ni aisya? cik na pun masuk eh. hihi.. thanks aisya. :)

    ReplyDelete
  4. comel2 header mereka... ^_^
    nak singgah jejalan lah kejap.... :)

    ReplyDelete
  5. @puteri kasih

    ade je sis.. suke plak buat review ni.. hehe

    ReplyDelete
  6. @Chic Na

    yg teka gambar hari tu cikna.. tak habis lg review nye.. busy pulak. huhu

    ReplyDelete
  7. jom terjah mereka secara berjemaah..huhu

    ReplyDelete
  8. tahniah! dapat juga di review oleh aisya..hehe

    ReplyDelete
  9. @azizah :)

    review je kak.. takde ape sgt pun. hehe

    ReplyDelete
  10. blog plihan yg direview...takpe..lambt pon kena review gak kan..hihihi :)

    ReplyDelete
  11. wahh review lg blog..
    nk terjah......ngeee

    ReplyDelete