04/11/2012

Skyfall

Normally Chipmunk buat satu entri setiap hari. Tapi yang ni dah yang kedua. Banyak sangat yang nak diceritakan. Nanti berlambak pulak entri tertangguh. Hari khamis lepas sekali lagi baca news kat FB Page Jabatan Perkhidmatan Pelajar (JPPel) UKM yang pada hari sabtu (semalam) akan ada gangguan bekalan elektrik dari 8.00 pagi sampai 7.00 petang. Memang dengki betul bila Chipmunk nak duduk bilik siapkan assignments.

Jadi, semalam kitorang pergi lah tengok wayang kat Alamanda Putrajaya. Malas nak pergi jauh-jauh. Tengok je movie apa yang ada. Tak banyak movie best sekarang ni. Geram jugak kadang-kadang kalau movie best-best tu keluar serentak. Tak kan nak tengok semua kot. 

Actually kan, ni first time tengok filem James Bond. Bukan tak minat, tapi bila tak follow movie lain jadi macam malas nak tengok. But, not bad jugak lah. 

Daniel Craig

Skyfall ni menceritakan tentang Agent 007, James Bond (Daniel Craig) yang disyaki mati during mission di Istanbul. Dan semasa ketiadaan Bond, MI6 mendapat ancaman dari pihak luar yang tidak dapat dikenalpasti. Pulang je Bond ke pangkuan MI6, ada misi yang menanti Bond iaitu menangkap mastermind pengeboman HQ MI6. Dengan mudah, Silva (Javier Bardem) ditangkap. Namun tanpa pengetahun M (Judi Dench) dan Bond, itu adalah sebahagian daripada rancangan Silva untuk membunuh targetnya. Jadi apa sebenarnya rancangan Silva? Dan siapa Silva dan kenapa dia nak musnahkan MI6? Dan siapa target Silva yang sebenarnya? Adakah James Bond? Nak tau kisah selanjutnya, kena lah tengok sendiri. Sampai situ je la Chipmunk boleh cerita. Hehe

Judi Dench

Cerita ni not bad jugak lah. Awal-awal lagi penuh dengan aksi. Sampai lah kedengaran suara Adele nyanyi lagu Skyfall. Pandangan Chipmunk dan En. Barney lah, action movie ni agak kureng sikit. Kalau banyak sikit part action tu memang terbaik lah. Tapi yang Chipmunk suka bila part action tu memang all out! Lakonan mantap, aksi menarik dengan audio lagi. Tu yang rasa best kot. Tapi kan, tak tau la kenapa Chipmunk rasa movie ni agak serabut sikit jalan ceritanya, macam tak teratur dan agak slow. Tak pandai lah nak komen lebih-lebih, lagipun ni first time tengok movie James Bond. Chipmunk bagi 4/5 lah untuk movie ni.




Yang paling menarik perhatian Chipmunk adalah
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Aston Martin mata bulat yang Handsome tu!

34 comments:

  1. oo... dia dah tengok movie ni...
    4/5.. not bad kalau mcam tu...

    mata bulat tu sangat ohsem...

    ReplyDelete
  2. @miz ruha

    baru tgk semalam.. hehe

    kan kan kan.. kalau la dapat sebijik kan..

    ReplyDelete
  3. aston martin tu keta ke, orang? confuse bila tgk mat orang tu sepet, tapi mata keta tu yang bulat,,hehe

    ReplyDelete
  4. mun movie semua kmk suka.
    hehe..
    mok tengok juak lah :D

    ReplyDelete
  5. peh... james bond! bestnya kalau dapat tengok ni...

    ReplyDelete
  6. kalau cmni nk kena tgk lah..cam best je..hehe

    ReplyDelete
  7. alaa br tgh syok baca kan. kena tgk sendiri lak. hihi..

    aston martin replika punya ada lah. :)

    ReplyDelete
  8. wahh tgok jugak cik aisya ye...
    yaya xtgok lg..lame giler xtgok mvie ni..

    -tengh tgu movie 'TWILIGHT BREAKING DAWN Part 2' hehe-

    ReplyDelete
  9. df pulak terasa kott nak tgk. untunglahh dah tgk :( huhuhuh sedih tauu. df ni tgh tggu cite jakie chan yg baru. dia jd pencurik. hehehe

    ReplyDelete
  10. macam best...4/5 ok lah tu...
    Hubby akak minat filem james bond ni...nanti nk bgtau dia..^^

    ReplyDelete
  11. sis tak minat citer james bond..huhu

    jadi memang tak akan pergi tengok..hehe

    ReplyDelete
  12. Memang 'slow' pada bahagian pertama. Aksi menarik berluma hanya bila Silva masuk 'silver screen'. Baru ada tension. Munkin Bond sudah tua sedikit (50 tahun).

    ReplyDelete
  13. Hahaha..silva.. Arjuna silvera pun dah tengok..

    ReplyDelete
  14. mcm ramai plak yg review citerni..xleh jd kena tgk nih...^_^

    ReplyDelete
  15. yeay ! kite pon baru tengok ,
    awesome !

    ReplyDelete
  16. @trah zain

    hahaha.. yg pasti aston martin matanya bulat.. hehe

    ReplyDelete
  17. @Michelle Hopell

    haha.. sik kesah la movie apa pun owh? =)

    ReplyDelete
  18. @azizah :)

    g la ajak hubby tengok kt 1B kak jijah.. hehe

    ReplyDelete
  19. @Chic Na

    kalau cerita semua tak suspens la cikna..

    replika pun jadi lah cikna kalau tak dapat yg betul.. huhu

    ReplyDelete
  20. @Cik Yaya

    tak minat twilight.. tak tau la nape.. huhu

    ReplyDelete
  21. @Detective Fiqa

    wah ade yg baru ek? ni yg nk tengok ni.. hehe

    ReplyDelete
  22. @LiLy @ MaMaQiStInA

    boleh lah g tengok dgn hubby tu kak.. hehe

    ReplyDelete
  23. @puteri kasih

    sy tak kisah pun nk tengok cite ape sis.. jgn main kerat2 badan org sudah.. mmg menyumpah2 la dalam panggung nnti.. haha

    ReplyDelete
  24. @Arjuna Silvera

    arjuna silvera pun taknak kalah jugak ye.. hehe

    ReplyDelete
  25. @shidaR

    maybe sebab filem yg org tunggu2 kot.. kot je lah.. hehe

    ReplyDelete
  26. @amy syahiera

    best kan... tp macam ada something's missing je.. huhu

    ReplyDelete
  27. @tirahzairi

    nnti ade mase dpt jugak g tengok tu.. =)

    ReplyDelete
  28. 4/5...mkne ye boleh tahan cite ni...tp bile la nk g tgk yer..haishhh..start keje tak jejak dh wayang..adehhh

    ReplyDelete
  29. ok..nie yg buat nana nak tengok citer nih..huhu

    ReplyDelete
  30. @ayut

    download je lah nnti.. hehe..

    ReplyDelete
  31. @♥ Nana BamBam ♥

    haha.. tgk lah, takde sape nk larang pun.. =D

    ReplyDelete