26/03/2013

Sesi memborong buku di Kinokuniya, KLCC

Ahad lepas Chipmunk dan En. Barney ke KLCC. Rancangan awalnya nak pergi sabtu tu. Tapi terpaksa kami tunda pulak. Petang sabtu tu kena turun ke tapak pesta untuk raptai majlis perasmian yang Chipmunk bagitau dalam entri INI.

Suatu hari nanti, mesti dapat jugak tengok live!

Sebenarnya Chipmunk dan En. Barney ke KLCC ni nak pergi Kinokuniya je. Cari buku. Kot-kot la terjumpa buku yang menarik. Untuk rujukan tesis etc. Chipmunk terlupa pulak yang minggu ni minggu Formula 1 Malaysian Grand Prix. Dah lama Chipmunk tak follow Formula 1 ni, dah since masuk matrikulasi. Tak ada tv, nak tengok macam mana kan? Kalau dulu, tak payah cakap lah. 


Dengan baki voucher yang masih ada RM200, (RM50 dah guna untuk beli alat tulis sahaja) gigih lah En. Barney dan Chipmunk ni mencari buku. Kalau tak ada voucher ni memang tak lah sampai Kinokuniya ni. MPH Alamanda je sudah. Kalau di Kinokuniya, voucher tu kita kena verify dulu di kaunter khas yang disediakan. Tak lah menyusahkan bila dah sampai kaunter pembayaran nanti. Dah la beratur panjang, dah sampai turn nak bayar cashier suruh pergi verify dulu voucher. Kemudian patah balik untuk pembayaran pulak. 

Guna voucher dua keping dan tambah lagi RM6.65. Total RM106.65.

Chipmunk perlukan dua buku di atas je. Sangat berguna untuk buat assignment. Tapi masih ada baki lagi beberapa ringgit. Sambar je lah buku apa yang ada. En. Barney lagi lah, satu buku saja dah harga RM190+. Buku rujukan katanya. Tak dapat A untuk subjek Mekanik Kuantum ni tak tau lah. Buku rujukan mahal tu.


Tak pernah baca buku Fixi sebelum ni. Ramai yang kata seronok. Nak try la jugak. Setakat yang Chipmunk baca, gaya santai. Sempoi je. Boleh lah cari yang lain pulak lepas ni. Hehe. 

p/s : Simpan voucher lagi RM100 untuk Pesta Buku Antarabangsa nanti.

24 comments:

  1. bestnya memborong buku...lama dah tak memborong buku..:)

    ReplyDelete
  2. jejalan KLCC yer...menggunakan segala baki voucher yg ada... :)

    ReplyDelete
  3. hanna pnye baucer tinggal sekeping je ag.. xcukup thoo..nk baucer bnyak3 ag. hehe, >.<

    ReplyDelete
  4. wah bestnye..banyaknye borong buku..^^

    ReplyDelete
  5. bestnya borong buku. baucer ni boleh beli stationary jugak kan?

    ReplyDelete
  6. fuh tebal2 bukunya.. xlarat nak baca.. novel pon dah lama tak baca apatah lagi buku.. hahaha

    ReplyDelete
  7. salam..

    wahh buku2 dier...xphm yaya nk telaah..hehe

    ReplyDelete
  8. wah!! borong buku ye...
    pesta buku nanti nak borong lagi ye... seronoklah dia...

    ReplyDelete
  9. aa dh lme x g kinokuniya. haz tggl 50 je lg. xtaw nk beli ape. haha

    ReplyDelete
  10. @Normi Nieza

    jom, akhir april nanti di pesta buku antarabangsa.. =)

    ReplyDelete
  11. @ayut

    tinggal 2 keping je lagi ni.. hehe

    ReplyDelete
  12. @Hanna Nabiella

    bg 100 keping pun takkan penah cukup.. hehehe

    ReplyDelete
  13. @LiLy @ MaMaQiStInA

    mcm tak banyak je kak.. baru 3.. huhu.. tp takpe lah, ilmu jugak.. hehe

    ReplyDelete
  14. @Chic Na

    boleh2.. tp tengok kedai jugak lah.. ada kedai yg takleh.. =)

    ReplyDelete
  15. @Cik Yaya

    hehe.. kot2 berguna utk buat assignment tu cik yaya..

    ReplyDelete
  16. @miz ruha

    jom kak ruha.. kite g pesta buku sesama.. ;)

    ReplyDelete
  17. @haz

    sy ade 2 keping je lagi ni.. save untuk pesta buku.. hehe

    ReplyDelete
  18. @azizah :)

    satu tu dah habis bace.. dalam proses utk habiskan satu lg.. entah bila tak tau la.. hehe

    ReplyDelete
  19. amboi sempat lagi simpan untuk pesta buku yer...hehe

    ReplyDelete
  20. Pergi Kinokuniya ni time turun KL chinese new year hari tu. Nak kata ni la satu-satunya kedai dalam sejarah yang am boleh lepak 2-3 jam tanpa rasa bosan. Rasa semua buku ada kot kat situ. Best gila.

    Last-last beli 2 buku, satu psal tourism Egypt dan satu lagi buku fiksyen.

    ReplyDelete
  21. wahhh shopping habis la ni...hehee

    ReplyDelete
  22. @Arham Md Ali

    sama lah. Sy hari tu dalam 3 jam jugak. Jadi rambang mata nak pilih buku. Hehe

    ReplyDelete