18/03/2013

Teppanyaki itu apa sebenarnya?

Mahu lari sebentar daripada assignment yang menyeksa jiwa raga haruslah blog yang dijenguk. Ini time rajin, bila time malas nak buka blog pun tak jumpa caranya macam mana. Tipu lah kalau begitu kan? 

Ni nak story-story sikit Chipmunk dan En. Barney pergi mana semalam. Bila stress dengan assignment dan segala macam lecture notes ni automatik perut jadi cepat lapar. Padahal breakfast mee bandung sedap pagi tu. Tapi lewat tengahari dah lapar balik. Assignment punya pasal lah ni. Eh, perut dia yang serupa dinosaur salahkan assignment pulak.

Malas nak fikir tempat makan mana nak pergi area Bangi ni jadi En. Barney ajak lah ke Alamanda Putrajaya. Bukan jauh pun kan. Hajat hati nak makan sizzling tapi sampai-sampai je Food Court, mak aih panjang barisan 10 batu! Dengan perut yang lapar, otak pun kurang cerdas. Padahal alasan semata-mata. Maka bergerak dua orang manusia dengan perut kosong ke stall yang sebelahnya pulak. Stall 11 Teppanyaki, RASA Fodd Court Alamanda

Menurut Pakcik WIKI, teppanyaki itu...

a style of Japanese cuisine that uses an iron griddle to cook food. The word teppanyaki is derived from teppan, which means iron plate, and yaki, which means grilled, broiled or pan-fried.
Tak pernah makan benda alah ni sebelum ni. Jadi tak salah jika mencuba kan. Sebenarnya apa itu teppanyaki pun I tak tau! Chipmunk dan En. Barney order Teppanyaki Set sekali dengan Nasi dan Miso Soup.

 Black Pepper Chicken 

Black Pepper Beef

Nasi tu nampak je sikit tapi nak habiskan pun payah

Tak tau nak komen sama ada harga ni mahal or murah. First time katanya.

Perut ni kan, tengok gambar saja pun dah pandai merengek minta diisi. Okay, lapar pulak. Lupa nak cakap, sedap tau! Dan sangat mengenyangkan. 

p/s : Rasa macam nak pergi Kinokuniya weekend ni nak guna voucher buku RM250 tu. Ada yang dah guna BB1M kat situ tak?

27 comments:

  1. tak pernah makan teppanyaki. kalau lalu depan kedai jeling2 je. nak masuk takut tak kena selera. hehe.. kalau sedap boleh try la pasni. ;)

    ReplyDelete
  2. tenppayaki~ selalu teringin nak p mkn tapi tak pernah kesampaian sbb xtau mknan cmna...haha tgk cm yummy je...pasni kena try la! :D

    ReplyDelete
  3. Nampak nyamannnnnn eh! ;) Mun kenyang perut makan, berbaloi juak ya ^_^

    ReplyDelete
  4. @Chic Na

    sama la cikna.. ni nasib baik sebelah stall sizzling.. kalau tak mmg tak merasa la kot.. haha

    ReplyDelete
  5. @Mime MF

    sama lah.. lepas tu takut takleh diterima oleh tekak.. huhu

    ReplyDelete
  6. @Sally Yatiey

    bukan kenyang ajak.. over kenyang eh.. haha

    ReplyDelete
  7. Nampak sedap tu..akak pun tak pernah makan lagi tenppayaki..

    ReplyDelete
  8. Pernah nangga dalam menu list, tapi sik pernah order. yarabi rugi eh! Alu ngidam nak makan makanan jepon tok. Hahaha

    ReplyDelete
  9. dulu slalu makankat w.maju.
    tapi tempat situ kecik je... muat tuk 6-8 org dalam satu masa...

    apa2pun, the dish still superb! :)

    ReplyDelete
  10. @Ejam zam

    jauh tu..
    tapi takde la jauh mana pun actually.. hehe

    ReplyDelete
  11. uih..
    beza betul kedai teppanyaki sini ngan sana.. patutnya setiap meja ada teppan supaya pelanggan leh masak sendiri..

    ReplyDelete
  12. tak pernah makan teppanyaki tu...

    ReplyDelete
  13. aisya bg shida xlebih 30 murah la.. :)

    ReplyDelete
  14. looks yummy.. sis lom pernah rasa lagi :)

    ReplyDelete
  15. @kyo_9

    ye? mcm menarik je bunyinya.. maybe sebab ini kat food court je kot.. tu yg lain.. tp tak tau lah.. hehe

    ReplyDelete
  16. @miz ruha

    sy pun baru 1st time kak.. hehe

    ReplyDelete
  17. @Shida Radzuan

    hehe.. tak tau la.. tp berbaloi la sebab mmg full gila lah.. hehe

    ReplyDelete
  18. klu ikut kuantiti yg ada harga tu berpatutan kot...xla mhal...

    ReplyDelete
  19. nampak macam sedapp..tapi takut nak cuba makanan pelik2..hee

    ReplyDelete
  20. @azizah :)

    same la sebenarnya.. takut tak kena dgn tekak.. huhu

    ReplyDelete