Maaf, Entri panjang.
Bujang senang adalah merupakan seekor buaya hitam putih gergasi yang telah hidup pada zamannya di sepanjang Batang Lupar di Sri Aman.
Bujang senang adalah merupakan seekor buaya hitam putih gergasi yang telah hidup pada zamannya di sepanjang Batang Lupar di Sri Aman.
Serangan buaya terkini yang dilaporkan di Sarawak sejak akhir-akhir ini adalah satu tragedi yang biasa berlaku sejak 1940-an lagi. Sarawak Bumi Kenyalang terkenal dengan keganasan buayanya sejak serangan yang terakhir Bujang Senang pada tahun 1992 yang menjadi lipatan sejarah Sarawak. Kemunculan buaya pemangsa baru, Bujang Seblak mengikut mentornya yang terdahulu iaitu Bujang Senang, Bujang Samarahan dan Bujang Tisak adalah seekor buaya gergasi hitam yang kini dipercayai masih mengganas dan terus mangsanya di sepanjang Sungai Seblak. Memandangkan tiada maklumat yang terperinci tentang Bujang Seblak yang kini telah membunuh 3 orang sejak tahun 2007.
Ketika Bujang Senang mengganas dahulu, boleh kita dengar dari pelbagai lapisan masyarakat di Sarawak pada masa itu. Itulah Bujang Senang. Saya masih ingat lagi pada penghujung tahun 1984 sewaktu saya berumur 12 tahun bersama adik-beradik saya yang lain menaiki kapal Rajah Mas dari Kuching ke Sarikei kerana mengikuti ayah saya berpindah ke sana. Untuk makluman, menaiki Rajah Mas ke Sarikei mengambil masa 12 jam untuk sampai ke destinasi dengan bayaran RM10 seorang.
Kapal Rajah Mas
Apabila cerita tentang kehebatan Bujang Senang ini disampaikan kepada saya, sedikit sebanyak telah menggerunkan jiwa saya kerana diberitahu buaya ini adalah sebesar sebuah bas ekspres dan sekiranya ia mahu ia boleh melibaskan Rajah Mas dengan ekornya sahaja dan memakan semua isi di dalam Rajah Mas ketika itu. Ia jugak digambarkan mempunyai sepasang mata yang besar dan merah menyala dan boleh melihat 1 km jauhnya. Perjalanan yang jauh ini diselubungi dengan cerita Bujang Senang menyebabkab saya tidak dapat tidur lena sehinggalah saya sampai ke destinasi.
Terdapat mitologi orang Iban mengenai Bujang Senang. Ia dikatakan jelmaan seorang lelaki yang dikenali sebagai Simalungun. Mengikut cerita dari orang lama-lama, Simalungun telah dibunuh dan seterusnya menjadi lagenda buaya putih yang mendiami Batang Lupar di Sri Aman. Sejak dari hari itulah dia telah bersumpah bahawa dia dan keturunannya akan mengganas. Adalah dipercayai Simalungun atau Bujang Senang ini telah mengganas selama 50 tahun (1941-1992) sebelum menemui ajalnya.
Bujang Senang adalah dari spesies Crocodylus porosus yang berukuran 20 kaki panjang dan mempunyai jalur putih dibelakangnya. Adalah dipercayai lebih kurang 100 orang telah jatuh ditangannya sepanjang ia bermaharajalela di Batang Lupar. Mangsa terakhirnya pada 22 Mei 1992. Seorang gadis Iban, Dayang anak Bayang dibunuh di Sungai Pelaban, satu lagi anak sungai Batang Lupar berhampiran Lingga di Bahagian Sri Aman. Buaya ini kemudiannya di tembak mati oleh beberapa penembak tepat polis dan pemburu Iban selepas memburunya selama 4 jam. Ia adalah buaya terbesar dan tertua yang pernah ditangkap di kawasan itu. Tulang rahang Bujang Senang telah disimpan di Jong Crocodile, Kuching.
Crocodylus porosus
Cerita keganasan Bujang Senang ini bermula pada tahun 1982 apabila reptilia itu membaham Penghulu Bangan dari Rumah Panjang Pali di Sri Aman yang pada waktu itu bersama abangnya Kebir sedang asyik menangguk udang di Sungai Sungga, cabang Batang Lupar sebelum beliau terpijak sesuatu di dasar sungai. Sepantas kilat, seekor buaya besar timbul dengan tubuh Penghulu Bangan di rahangnya. Kebir yang memerhati dari tebing terus terjun dan memeluk ekor buaya itu demi menyelamatkan adiknya tetapi tidak berjaya. Ketika itulah beliau menyedari buaya itu mempunyai belang putih dibelakangnya. Warna itu pula kelihatan berkilau-kilauan.
Klik untuk lebih jelas
Operasi mencari mayat Penghulu Bangan berterusan selama 5 hari tetapi cuma bahagian atas mayat sahaja yang ditemui. Berikutan itu, polis Sarawak melancarkan Operasi Buaya Ganas di semua sungai besar di negeri itu seperti Batang Sadong, Samarahan, Lupar, Layar dan Saribas.
Batang Sadong, dari belakang rumah makcik Chipmunk di Kampung Selangking, Simunjan. Takkan berani letak kaki dalam air tu.
Operasi itu gagal dan Bujang Senang terus mengganas. Di antara tahun 1982-1991, sebanyak 13 orang telah menjadi mangsa kebuasan Bujang Senang walaupun mengikut cerita yang tidak dapat disahkan, ia telah mengganas sejak tahun 1941 lagi.
Kejatuhan Bujang Senang berlaku pada Mei 1992 ketika ia menyambar mangsa ke 14, Dayang anak Bayang (20 tahun), ketika gadis Iban itu sedang menyeberangi Sungai Pelaban bersama ibunya. Air Sungai Pelaban hanya sedalam paras pinggang tetapi sebaik sahaja ibunya menaiki tebing, satu deburan kuat secara tiba-tiba menyebabkan Dayang hilang dari pandangan. Abang Dayang, Enie Bayang dengan bantuan rakan-rakannya segera membantu, bersama mereka ialah Bomoh Mandau yang tidak henti-henti membacakan mantera. Setelah lebih dua jam, Enie menjumpai mayat adiknya yang masih sempurna di celah puing-puing di salah satu lubuk sungai itu. Dengan tidak disangka, kelibat buaya itu timbul semula dan Mandau segera melemparkan lembing ke arah kepala buaya tersebut namun lembing tersebut patah. Beberapa das tembakan yang dilepaskan Enie pulak gagal membunuhnya. Buaya itu lantas melarikan diri ke arah Batang Lupar namun terhalang oleh sebatang kayu besar yang merentangi mulut Sungai Pelaban.
Ketika itulah, penduduk dari 3 buah kampung iaitu Pelaban, Suduku dan Lingga mengepungnya. Sebanyak 40 das tembakan yang menggunakan peluru paku sepanjang 10 cm dilepaskan dan 22 daripadanya tepat di kepala haiwan tersebut. Akhirnya ia menemui ajal dan bangkainya diangkut ke rumah panjang yang mengambil masa 4 jam dari tempat kejadian.
Pada ketika itulah disedari di belakang buaya tersebut ada garisan putih dan dipercayai ia adalah Bujang Senang yang diperkatakan selama ini. Pengerusi JKKK Kampung Lingga, Awang Mahda Pengiran Mat mengesahkan buaya yang dibunuh itu adalah buaya jantan.
Katanya, orang yang membelah perut buaya tersebut menemui tulang dan rambut yang tidak dapat dikenalpasti (manusia atau binatang), timah dan tali nilon. Berukuran 18.5 kaki panjang dengan lilitan perut 6.9 kaki. Malangnya bangkai buaya itu kemudian dibuang begitu saja.
Beberapa hari kemudian, kepalanya dikerat dan dibawa oleh Johnson Jong untuk tatapan umum di Jong Crocodile (sejak 1963) kepunyaannya yang terletak di Siburan. Johnson (65 tahun) percaya buaya itu adalah Bujang Senang seperti yang didakwa dan merupakan buaya pertama yang dilihatnya mempunyai jaluran putih di belakang.
Menurut sejarah, buaya telah wujud sejak 160 juta tahun yang lalu. Jalur putih di belakang buaya yang didakwa Bujang Senang itu berkemungkinan separa albino, ujar Dr. Charles Leh (Kurator Sejarah Zoologi dan Semulajadi Muzium Sarawak).
Namun, masih ada yang mempertikaikan kesahihan Bujang Senang telah mati. Malah terdapat masyarakat Iban di sepanjang Batang Lupar percaya Bujang Senang masih hidup malah bersaiz lebih besar. Oleh kerana itulah, jika pukat mereka terjerat anak buaya, mereka segera melepaskannya sambil memohon maaf bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku pada mereka dan keturunan mereka.
perghhh yg gmbr tu besar kepala bujang senang ni..emmm dulu2 dgr gak kan cite buaya ni baham org..tapi masa kcik2..mn amik tau sgt..huhu
ReplyDeleteTakutnya .. Besar gila bujang senang .. Memang senang makan orang .. :)
ReplyDeletesangat menakutkan okay bila bacanya.lagi seram dari kisah hantu.besar betul 'bujang senang' tu.
ReplyDeletebujang senang yg xckup menyenangkan..huhuhuhu...rumah aisya dkat gan sungai ea?mesti tkut kan klu nampak air tenang2x ni..
ReplyDeleteBesarnye bujang senang ni...menakutkan sungguh tgk buaya besar mcm ni..
ReplyDeletepeh besarnya sebesar bas ekspress?? menakutkan jer.. kalau telan jijah pon tak kenyang2 ni..hee
ReplyDeletesatu lagenda yang memang menarik.
ReplyDeletep/s rajinnya adik manis ni menaip..hehe
@Mime MF
ReplyDeleteitu la.. kite kecik lg time tu.. tahun 92, baru berapa tahun.. hehe
@ima
ReplyDeletesekali dia baham je.. huhu..
@Aida.Ohno
ReplyDeleteinsyaAllah takde pape.. selalunya kalau kita tak kacau benda2 mcm ni, dia pun takde la kacau jugak.. tp kalau benda dah nak jadi tu, jadi jugak.. huhu
@ayut
ReplyDeleterumah kat kampung.. hehe.. mmg tu je medium pengangkutan yg ada.. skrg ni pun, kena pakai ferry jugak.. jalan darat rasanya masih tak elok lg...
dah biasa dah, cuma jgn cari pasal lah pergi masukkan kaki dalam air.. hehe
@LiLy @ MaMaQiStInA
ReplyDeletetu la kak.. slalu tgk yg kt crocodile farm tu kecik2 je.. ni yg liar tak tau lah.. huhu
@azizah :)
ReplyDeleteyg itu ckp2 org je kak.. tp tak tau la apa yg ada kt dasar sungai tu.. huhu
kalau ikutkan tempoh dia hidup tu memang logik besar dia macam tu kan?
ReplyDeletetakut tgok buaya ni.. >,<
ReplyDeletekadang2 la...
uiiiii... betul2 besar buaya ni...
ReplyDeletemcm pernh dgr je pasl bujang senang ni. quite femes kan?
ReplyDeleteperghh bbosanyaa :P
ReplyDeletelawatan pg tirana aduka
ReplyDeletebujang senang memang terkenal kat sarawak dolok kan..
ReplyDeleteseram juak tengok,besa gilak.
hehe >,<
@Chic Na
ReplyDeletetu la cikna, tp tak tau lah.. huhu..
@Cik Yaya
ReplyDeletewah, kadang2? hebat la cik yaya.. hehe
@Mia Liana
ReplyDeletetau takpe kak.. gerun tengok..
@haz
ReplyDeleteagaklah.. mase tu kecik2 lagi.. tp smpai skrg pun famous jugak.. huhu
@sha (chirp chirp)
ReplyDeletekannnnn.. besar gila!
@TiranaAduka
ReplyDeletetq TA... =)
@michelle De hunny
ReplyDeleteyup.. sampe kinek tok pun kisahnya masih dicerita org.. huhu
@puteri kasih
ReplyDeletehaha.. takde keje kot time ni sis.. tu yg rajin ttibe tu.. lgpun mcm menarik je utk dikongsikan..
Bujang senang masih hidup sampai sekarang
ReplyDelete@naruto
ReplyDeletesudah semestinya! hehe
besar btol buaye tuw....kalo ade lg skang ni mesti kite semue die makan
ReplyDeleteLagenda Bujang Senang.. hmm.. kalolah tak pegang amanah dari waris berkaitan, pasti akan saya ceritakan kisah sebenar lagenda ini.. apa2pun.. Bujang Senang ini masih hidup lg.. masih ada yang berbaki.. selepas itu.. ia akan lenyap buat selamanya...
ReplyDelete