Ahad lepas, iaitu one day after hari pertandingan (ICAF 2013) adalah hari di mana topup segala tido, rehat dan segala macam perkara yang meletihkan sepanjang 2-3 minggu ini. Kebetulan hari ahad adalah hari cuti En. Barney. FYI, dah hampir setahun jugak En. Barney buat kerja part time ni. Untuk kumpul duit kahwin katakan. Ehhhhhh
Plan asalnya nak tengok wayang, tapi tak ada movie best pulak sekarang. Kalau ada pun dah tengok. Jadi malam tu, Chipmunk ajak lah En. Barney makan kat tempat dia kerja, The Grato (Seksyen 7), Bandar Baru Bangi.
Untuk makluman, The Grato Bandar Baru Bangi ni ada dua cawangan. Satu di Seksyen 3, berhadapan dengan Masjid Bangi Perdana. Dan satu lagi cawangan ni Seksyen 7, Bandar Baru Bangi. Kalau perasan, The Grato (Seksyen 3) baru je disiarkan dalam Rancangan Jalan-Jalan Cari Makan beberapa minggu lepas.
Pilihan TV3 : Jalan Jalan Cari Makan
Ini second time Chipmunk datang sini biarpun dah lama jugak En. Barney kerja di The Grato ni. First time datang dengan member, saja nak skodeng En. Barney kerja macam mana. Haha! Kali ni kebetulan En. Barney cuti jadi boleh lah singgah makan sekejap.
Belek lah puas-puas cik abang oi, padahal itu jugak yang awak tatap tiap hari.
Teringin sangat nak rasa Carbonara The Grato ni, homemade okay! Member-member pun ramai yang cakap sedap. Yang paling sakit hatinya, 150 juta kali En. Barney ulang yang carbonara sini sedap. Tak payah nak Fynn Jamal sangat eh. Btw, I tak minat Ainan Tasneem. Prefer Fynn Jamal.
Chicken Carbonara
Chicken Carbonara yang sangat marvelous! Memang carbonaranya sedap sehingga menjilat jari. Selain Chicken Carbonara, ada juga Seafood Carbonara, (Yang ini Chipmunk tak boleh makan sebab alahan dengan udang) dan Sausage Carbonara. Kalau nak extra pasta just tambah RM1 je. Tapi bagi Chipmunk ini pun dah sangat mengenyangkan.
Ini yang En. Barney order
Yang di atas tiada dalam menu sebenarnya. En. Barney dan kawan dia punya kerja lah. Tapi kalau nak try seperti gambar di atas ni jugak, boleh order Sausage & Tom ataupun Marinara Pasta (yang ini udang lah). Tapi ini pun sedap jugak tau. Chipmunk berapa kali jugak culik sikit dari pinggan En. Barney.
Bagi yang berdekatan tu ataupun ada yang teringin dan termengidam nak makan Carbonara sedapppp ataupun nak merasa menu yang lain boleh lah singgah The Grato, tak kisah lah sama ada di Seksyen 3 ataupun Seksyen 7. Kalau The Grato (Seksyen 3), dibuka dari Isnin hingga Ahad dan beroperasi dari pukul 5.00 petang. (Pukul 5 la kot, sebab En. Barney masuk kerja pukul 5). Manakala The Grato Seksyen 7 beroperasi Isnin hingga Ahad (kecuali Khamis). Harga pulak memang sangat affordable especially for students compare dengan kedai yang lain.
p/s : Lasagna pun sedap jugak! Argh, semua sedap lah.
Gerek ktk kerja rtm ka? Hewhew
ReplyDeleteselalu makan sini, memang ohsem. ingat je dulu niaga tepi jalan je. cuba order spicy sausage pulak, memang best :D
ReplyDeletemakan kat tmpt keje sdri..?
ReplyDeleteheeee...sedap sgt la tu ye ..^,^
makan je kejenya yer..heee :)
ReplyDeleteokey nampak menggiurkan makanan di situ..hihi
ReplyDeleteTang nyaman jark upanya..
ReplyDeleteewahhh..jd model kali ni encik barney heheee :D
ReplyDeleteSedapnye Chicken Carbonara tu..nyum2..^^
ReplyDeletemak aiii..sdapnya aisya..:)
ReplyDeleteNyamannnnnn eh ;D
ReplyDeletesemuanya sedap eh? ok sila belanja sis...hehehe
ReplyDeletebestnya mkn-mkn....
ReplyDelete