21/06/2013

Ini bukan Camar Yang Pulang lah!

Dah berapa hari di rumah baru hari ni mood nak bercerita tentang perjalanan balik kampung hari tu sampai. 3 tahun tak balik, bila balik kali ni tak excited mana pun sempat tak sempat nak pergi mana-mana, tak sempat nak jumpa saudara mara yang lain. Pergi semata-mata nak settle kan pendaftaran adik masuk politeknik.

Hari sabtu tu, bapa dan adik lelaki Chipmunk ada Pertandingan Lalu Lintas di Taman Bulatan, Miri. Disebabkan adik perempuan tu kena mendaftar esok harinya maka terpaksa la kitorang memulakan perjalanan tengahari tu selepas pertandingan. Alhamdulillah, sekolah adik lelaki Chipmunk berjaya mendapat Johan untuk kategori Sekolah Menengah dan sekolah bapa Chipmunk pulak berjaya mendapat Naib Johan untuk kategori Sekolah Rendah. 

Bila dah gerak tengahari tu, memang tak akan direct terus Miri-Kuching lah. Sebab bapa Chipmunk tak nak drive malam-malam. Sakit mata dengan lampu-lampu kereta katanya. Jalan kat sini kalau nak compare dengan di Semenanjung sana memang bagai langit dengan bumi lah. Sana ada highway yang besar-besar dan terang di malam hari. Di sini jalan kecik 2 lane saja yang ada. Paling gerun kalau terpaksa potong lori-lori balak. Kalau terpaksa bermalam tu, family Chipmunk biasanya akan singgah sama ada di Sibu ataupun Sarikei dulu dan kali ini kami singgah di Sarikei. So perjalanan esok taklah lama sangat. 

Bertolak pukul 6 pagi dari Sarikei dan terus menghala ke kampung I di kawasan Simunjan. Sekarang bapa cakap dah ada jalan pintas nak ke kampung. Jadi boleh terus ke sana tanpa melalui Kuching terlebih dahulu. Memang ada simpang ke Simunjan, tapi last time Chipmunk guna jalan memang teruk gila. Lubang besar di tengah jalan. Kalau lembu nak berkubang pun lebih dari muat. Sekarang di tak tau lah macam mana. 



Ini di Feri Saribas dan feri pertama. Ini merentas sungai, bukan laut ye. Tapi I is tak sure ini muara sungai ke apa. First time jugak lalu sini. Ini pun bapa Chipmunk yang jadi tour guide cakap ini kat mana dan macam-macam lah.




Ini pulak Feri Triso-Sebuyau. Berdasarkan apa yang bapa bagitau lah. Feri baru lagi ni dan ini di muara Batang Lupar dan perjalanan menaiki feri lama sikit berbanding feri yang sebelumnya. Chipmunk suka yang ni, sebab akan lalu satu pulau kecik ni. Dan di sebalik pulau tu adalah Laut China Selatan. Bapa cakap lah. Ada satu lagi pulau yang bapa tunjuk. Tapi yang tu agak jauh dan nampak samar-samar je. Pulau Burung, tempat arwah datuk Chipmunk dikebumikan. Bapa cakap memang susah nak pergi sana. Dia sendiri pun berapa kali je pernah sampai. 


Gambar di atas pulak masa dalam feri terakhir iaitu Feri Sg. Buloh di Batang Sadong. Kampung I before feri ni sebenarnya kalau nak menghala ke Kuching. In fact, dari rumah nak ke feri boleh jalan kaki lagi. Sangat dekat. Gambar ni sebenarnya gambar masa kitorang dalam perjalanan balik dari Kuching lepas hantar adik perempuan Chipmunk.

Mak dan adik before nak bertolak balik.

One thing yang I is tak puas hati adalah masalah air. FYI, masalah air ni dah bertahun-tahun tapi masih tak settle lagi. Entah apa lah masalahnya. Tanpa ada notis pemberitahuan atau apa-apa, kita tak tau bila bekalan air tu akan ada dan bila tak ada. Kesian makcik Chipmunk. Kadang-kadang terpaksa bangun awal-awal pagi nak tadah air paip. Tu pun air yang keluar macam hidup segan mati tak mahu. Bapa Chipmunk dah call operator untuk minta nombor syarikat bekalan air yang in charge di kawasan tu, tapi jawapan yang bapa I dapat "Tiada nombor". Last-last, masih lagi menggunakan cara konvensional dengan tadah air hujan, tak pun dengan menggunakan air telaga. Tu pun kalau hujan, kalau dah musim kemarau macam mana?

Sunrise.

p/s : Entah bila boleh balik sini lagi.

20 comments:

  1. seronoknya sesekali dapat balik ke kampung.. cantiknya kawasan air tu, di sarawak memang banyak kawasan semulajadi yang belum tercemar ya? semoga masalah air tu dapat diselesaikan dengan segera, kena buat aduan kat tv9 baru ada pihak yang bertindak kot..

    ReplyDelete
  2. Jauh perjalanan eh ;) hee.

    ReplyDelete
  3. bestnya. indah sungguh view. rasa macam nak ja menggembara p sana ^_^

    ReplyDelete
  4. @Mizz Aiza

    itu lah kak.. nak kena panggil media jugak baru nak settle ke? huhuhu

    ReplyDelete
  5. @azizah :)

    kan.. dengan angin lagi kak jijah.. fuhhhh.. syok! hehe

    ReplyDelete
  6. cantik pemandangan langit tu....seronok balik kampung...

    ReplyDelete
  7. @Noor Mala Shahar

    mmg seronok.. lg2 kalau dah lama tak balik kampung. =)

    ReplyDelete
  8. wahhh lamanya tak balik. mesti banyak benda dah berubah kan. tak mabuk laut ke naik feri? hihi..

    ReplyDelete
  9. susah gak kalo bekalan air xde.

    ReplyDelete
  10. beshnyer...lame xbalik ye..
    xpe..nti akn ade mse blik lg la..smoga dmurhkan rezki dan dpmudahkan sglanya..
    best naik feri..yaya g kuching ri tu xsmpat nek feri pon..huu

    ReplyDelete
  11. @Chic Na

    tak byk perubahan pun cikna..

    tak lah, bukan jenis yg mabuk darat mabuk laut ni.. hehe

    ReplyDelete
  12. @aswadz

    itu la pasal.. nak guna air basuh baju basuh pinggan yg susah.. huhu.. nak mengangkut air masuk rumah lagi satu hal. huhu

    ReplyDelete
  13. @Cik Yaya

    thanks cik yaya.. cik yaya jugak.. hehe

    kat kuching mcm takde feri kot.. kalau tak silap lah.. yg ada paling dekat kota samarahan lah rasanya.

    ReplyDelete