09/07/2013

Kita sama tapi tak serupa.

Maaf, entri ini agak serius. Sekadar menyuarakan. Oh ya, jangan baca dengan nada marah kerana sesungguhnya saya cool sahaja.

Selama ini diam hanya memerhatikan keadaan. Tidak kira lah dimana sekalipun. Berjalan-jalan di ruang maya juga terlalu kerap terserempak dengan nukilan-nukilan seperti itu. Oh, saya rasa mungkin saya sudah menjadi terlampau serius dan kemungkinan blogger-blogger kesayangan saya sudah menghidu kebosanan di permulaan kata. 

Mungkin cara kita berbeza dalam menyampaikan sesuatu. Pendekatan tidak sama, kaedah pun berlainan. Hati lain-lain, maka akal pun lain-lain bukan? Pernah terjumpa duplicate diri anda di mana-mana? Walau kembar sekalipun, ada juga perbezaan yang nyata. Apa yang saya cuba sampaikan di sini saya lebih suka tulisan saya, oh bukan, taipan saya lebih dekat di hati pembaca dan lebih senang dicerna oleh akal untuk ditafsir. Seperti soalan matematik, 1+1 dan 128464 x 121524 + 584? Mana satu yang anda pilih? Come on, ini bukan kertas jawapan Bahasa Melayu SPM. Tidak perlu disemak mana-mana kesalahan tatabahasa ataupun kesalahan penggunaan bahasa. Pembaca lain juga punya akal seperti anda, mampu menilai dan mentafsir. Yang baik kita ikut, yang buruk kita tinggalkan. 

Niat baik anda untuk menegur saya balas dengan ucapan terima kasih tapi jangan sampai terlupa. Seperti yang saya katakan, pendekatan setiap orang tidak sama. Apa sekalipun bahasa mahupun terma yang saya digunakan dalam menyampaikan sesuatu hanyalah untuk memudahkan kefahaman para pembaca. Empat tahun mendalami ilmu genetik dan bioteknologi serta setahun memahami terma-terma seorang environmentalist, mungkin saya perlu untuk menggunakan terma-terma yang telah saya pelajari di dalam entri-entri saya? Saya mampu tetapi apa yang memusykilkan saya adakah anda juga mampu untuk memahami apa yang cuba saya sampaikan itu secara menyeluruh?

Grammar Nazi sekarang dah pandai guna hadis bagai. 

Cara penyampaian yang berbeza itu yang menjadikan dunia blogging ini unik dan penuh dengan warna-warni. Kalau semua sama, hasilnya adalah bosan. Tak begitu?

Bersempena menyambut kedatangan bulan yang mulia iaitu bulan Ramadhan ini, saya ingin memohon maaf sekiranya segala nukilan saya meninggalkan bekas di hati anda. Sesungguhnya saya bukanlah manusia yang sempurna dan masih banyak lagi yang perlu saya pelajari untuk memperbaiki segala kesalahan dan ketidaksempurnaan saya. Maaf sekali lagi.

p/s : Entri ini bukanlah untuk menyuarakan ketidakpuasan hati. Sesungguhnya niat saya hanyalah untuk menerangkan.

24 comments:

  1. Salam.

    Kalau setiap penulisan orang sama..apalah gunanya kita diberi DNA berbeza.. :)

    Pa pun aisya, jgn plak guna term genetik n bioteknologi yg aisya bljr tu ek, pengsan lana nak menghadamnya,ekekeke.

    Selamat menyambut bulan ramadhan ya.. :)

    ReplyDelete
  2. apahal ni kak? hehe. Relax, jgn marah2, nanti muka cepat kedut.

    Selamat berpuasa :)

    ReplyDelete
  3. selamat menunaikan puasa aisya.. betul tu, sebab tu dunia blogging ni penuh warna-warnikan?

    ReplyDelete
  4. Salam Ramadhan ktk ;)

    ReplyDelete
  5. kira mcm lain orang lain lah caranya ye?huhu apa pun salam ramadhan:)

    ReplyDelete
  6. Kamek memang sik suka mun ada spelling mistake or grammar mistake tapi kamek sik penah tegur owg sebab kamek faham, setiap owg ada style nya mpun.

    ReplyDelete
  7. akak pun memohon maaf jika ada komen akak yang menyinggung perasan tanpa akak sedar...^^

    ReplyDelete
  8. yang penting tu bahasa yang digunakan orang faham apa yang kita sampaikan..betul tak?

    ReplyDelete
  9. @Tinta Lana

    itu la.. manusia berbeza, apa yg kita buat hasilnya pun berbeza lah.. hehe..

    nnti takde yg singgah blog sy.. sebab tak paham.. no worries.. hehe

    ReplyDelete
  10. @Tedi

    eh, sape yg baca dgn nada yg marah ni? haaa...

    hehe..

    ReplyDelete
  11. @Mizz Aiza

    kalau tak sama lah macam tv hitam putih kan kak? hehe

    ReplyDelete
  12. @Mime MF

    ade ke jumpa manusia yg mempunyai cara yg sama serba serbi? hehe

    ReplyDelete
  13. @Isabel Diaz

    sama lah.. ya kmk check bena2 lok xmok ada spelling mistake.. mun grammar ya biasa lah nak.. kita bercakap sehari2 pun grammar x kisah bm atau bi tetap berterabur jugak.. huhu

    ReplyDelete
  14. @LiLy @ MaMaQiStInA

    takde pun kak.. no hard feelings gitu.. hehe

    ReplyDelete
  15. @puteri kasih

    betul.. bg sy apa yg sy gunakan utk percakapan seharian, itu lah yg sy gunakan utk penulisan blog. cuma sy terjemahkan kata2 tu dalam bentuk pembacaan je.. =)

    ReplyDelete
  16. setiap org penulisan cara berbeza kan........

    ReplyDelete
  17. ha? ape ni..?
    xde tkesan pape pun kat yaya..huhu..
    ade yg tsakit ati,jiwa n rga dgn cik aisya ke..?hee =D

    ReplyDelete
  18. @Cik Yaya

    agaknya lah kot cik yaya.. huhuhu

    ReplyDelete
  19. kenapa kak, bunyi macam serius aje? :O gunalah pendekatan kita sendiri kalau ianya memudahkan kita untuk menerangkan sesuatu ^^

    masa pergi Malaysia Nuclear Agency tu, ada sorang kakak from UKM yg jadi guide kami.. katanya tengah praktikal ^^

    ReplyDelete
  20. cikna baca sambil senyum tau.. ala salah sikit2 tu biasa la.. mana ada org perfect kan aisya.

    cikna jgk nak mohon maaf kat2 ada salah silap yg tak disedari mahupun yg disedari. peace! ;)

    ReplyDelete
  21. @Haruno Hana 하나

    betul tu.. jgn harap semua benda akan sama setiap org.. hmm

    p/s : jgn2 kawan sy tak? hehe

    ReplyDelete
  22. @Chic Na

    betul2..

    takde punnnn... hehe.. jgn risau..

    ReplyDelete