05/08/2013

Gigi Bongsu

Dugaan di bulan puasa, gigi bongsu ni merangkak naik ke permukaan dan seterusnya menyebabkan kesakitan yang amat. Tak boleh nak makan sangat, tak boleh nak bercakap sangat dan tak boleh nak senyum selebar-lebarnya. Dah tumbuh satu dah sebenarnya, di bahagian atas kiri. Kali ni di bahagian bawah kiri pulak. 

Macam mana Chipmunk tau kesakitan yang Chipmunk alami ni sebab gigi bongsu nak tumbuh bukan disebabkan benda lain? Ni ada beberapa simptom-simptom yang mungkin disebabkan oleh pertumbuhan gigi bongsu yang Chipmunk jumpa selepas sesi 'perbincangan' dengan Encik Google sebentar tadi.

  1. Kesakitan dan pembengkakan gusi. Ini boleh disebabkan oleh jangkitan pada operkulum ataupun disebabkan oleh trauma daripada gigi atas atau bersebelahan ke atas gigi bongsu tersebut atau kedua-duanya.
  2. Nafas busuk dan rasa yang kurang menyenangkan disebabkan oleh jangkitan ataupun serpihan yang membina di kawasan tersebut.
  3. Nanah yang keluar dari kawasan gigi bengkak.
  4. Kepayahan dan kesakitan untuk membuka mulut kerana anda sedang menegangkan tisu-tisu radang.
  5. Terpaksa mengunyah pada kadar yang perlahan disebabkan oleh kesakitan yang dialami di kawasan pembengkakan
  6. Kesakitan dan/atau ulser di pipi dalam kerana bahagian yang meruncing pada gigi boleh memberi kesan terhadap tisu pipi yang lembut.
  7. Sakit telinga kerana kesakitan boleh merebak sehingga ke kawasan tersebut.
sumber : INI

Mengalami beberapa simptom-simptom terbabit. Pipi di bahagian dalam ni sangat sakit, gusi pun bengkak. Mulut tak payah cakap, nak buka pun susah. Apatah lagi bercakap. Sahur tadi pun slow je makan. 


Selain dari rasa sakit, gigi bongsu juga sebenarnya boleh menyebabkan beberapa masalah lain. Contohnya seperti berikut :
  • Sista yang berisi cecair di sekeliling gigi boleh menggali rahang dan menyebabkan kesakitan pada saraf dan tisu yang berhampiran.
  • Jangkitan - Bakteria boleh menyebabkan penyakit gusi dan penyakit jantung dan buah pinggang sekiranya memasuki aliran darah.
  • Kerosakan pada gigi - gigi bongsu boleh tumbuh ke dalam gigi bersebelahan seterusnya meyebabkan kerosakan dan kesakitan.
  • menganggu susunan asal dan semulajadi gigi yang lain.
 sumber : INI

Sebab tu la kot ramai yang ambik keputusan untuk cabut je gigi bongsu. Tambah pulak sisa-sisa makanan mudah sangat nak melekat pada gigi bongsu. Sebab tu la Chipmunk kadang-kadang gosok gigi 5-6 kali sehari. Cuma bulan puasa ni kurang lah. Ada siapa-siapa yang ada pengalaman cabut gigi bongsu? Share la sikit.

27 comments:

  1. mama belum ada lagi pengalaman cabut mencabut ni.. hihi

    ReplyDelete
  2. @Norhasniza Khalid

    nak tumbuh pun seksa, dah tumbuh nak cabut lagi. waduh2.

    ReplyDelete
  3. Gigi bongsu tu merupakan gigi rahang yang terkahir akan tumbuh diusia 18 tahun keatas.

    Memang sakit giler2 time gigi bongsu ni tumbuh. Xperlu nak cabut sebab tu natural process of tooth :)

    ReplyDelete
  4. dentist yang kakak i jumpa pun courage patient dia untuk cabut jeeee. heheh.

    ReplyDelete
  5. Perghhh mmg sakit tak terkata kalau gigi nk tumbuh dan klw gusi bengkak, serius rase xde mood langsung, then nak marah je, rse nk demam ....sakit ! sakit! wuwuwu....

    ReplyDelete
  6. huish, sha bia je dia tumbuh. huhu. tapi sakit dia mmg zazbla kan. semoga cepat2 la kua baby gigi tu yee :P

    ReplyDelete
  7. adoi..mmg sakit..
    yaya da alami da..tp..err cik aisya...bru nk tmbuh gigi?hehe ;p

    ReplyDelete
  8. kesiannya aisya.. mst sakit sangat kan..

    akak paling takut nak cabut gg.. ada satu ni ha kena cabut tapi lepas bersalin..seramm!

    ReplyDelete
  9. sakit tu mmg sakit. tp lama2 ok la.

    ReplyDelete
  10. Mommy kena bedah buang sebab dia punya sudut tu tak menegak, condong ke gigi lain. Pergi swasta, paling murah RM 500. Pergi Klinik Gigi Bangsar RM 2 sahaja.

    ReplyDelete
  11. hi...sangat takut nk cabut gg bongsu tersebut, sebab member pernah cite kena masuk bilik bedah..tapi sebab di buat dekat hospital kerajaan kot.. dan sememangnya gg bongsu sgt menyeksakan...huhuhu

    ReplyDelete
  12. @Nurulee

    tu lah.. kawan pun suggest g jumpa dentist. huhu

    ReplyDelete
  13. @sha (chirp chirp)

    lg cepat lg bagus. kalau cepat tumbuh tp extra painful pun tak kisah. asalkan lepas cepat2. huhu

    ReplyDelete
  14. @azizah :)

    dulu last cabut gg masa sekolah rendah dulu lah. dah besar ni tak pernah plak. huhu. takut.

    ReplyDelete
  15. @aswadz

    tp nak tnggu elok tu seksa! haha

    ReplyDelete
  16. @Tedi

    sebab gigi yg tumbuh tu tumbuh tak betul. nanti affect gigi lain plak.

    ReplyDelete
  17. @mazlen johar

    tu la. moga cepat2 lah tumbuh. huhu

    ReplyDelete
  18. fuh...lama dah xde xtvt cabut gigi nih
    bila ingat pengalamn lalu ngeri kot

    ReplyDelete
  19. kali terakhir akak cabut gigi masa umur 10tahun dulu.. gigi geraham bongsu memang sakit masa nak tumbuh tu, sampai demam akak dibuatnya..

    ReplyDelete
  20. @.::: Princess MOMOY :::.

    sama lah. last dulu masa sekolah rendah.

    pengalaman ngeri??

    ReplyDelete
  21. @Mizz Aiza (Dunia Kecil)

    tu la kak.. ni pun cepat rasa letih jadinya.. dah la puasa lg. nak sahur nak berbuka semua tak daya nak mengunyah. hilang selera jadinya.. huhu. sabar je lah, dugaan.. huhu

    ReplyDelete
  22. aduiiii sakit tu... boleh demam dibuatnya..

    ReplyDelete
  23. @Mia Liana

    mmg rasa nak demam pun kak masa baru kena tu.. huhu

    ReplyDelete
  24. jika tisu dlm pipi tu terkoyak dan berlubang,,.boleh sembuh ke? dan adakah itu dah disfikasikn sbgai kronik?? help me

    ReplyDelete