02/08/2013

Kek Lapis Masam Manis

Seperti yang dah Chipmunk janjikan (rujuk entri INI), ni Chipmunk nak kongsikan resipi kek lapis yang Chipmunk buat pagi semalam. 


Kek Lapis Masam Manis

Bahan-bahan
10 biji telur
1 cawan gula halus
450 gm mentega
1 cawan biskut marie (dikisar)
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanilla
1 tin susu pekat manis
2 bungkus biskut deduit @ hawflakes
2 cawan tepung gandum
Pewarna Hijau dan Kuning

Cara membuatnya 
1. Pukul gula dengan mentega sehingga kembang.
2. Masukkan telur satu per satu dan pukul hingga sebati.
3. Masukkan tepung gandum, susu pekat manis, baking powder dan esen vanila. Kacau sehingga adunan sebati.
4. Masukkan biskut marie yang telah dikisar tadi.
5. Setelah adunan sebati, bahagikan kepada 2 bahagian. 1 bahagian warna hijau dan satu lagi bahagian warna kuning.
6. Masukkan warna hijau dulu dan kukus lapisan selama 5 minit.
7. Masukkan warna kuning dan kukus lagi selama 2 minit.
8. Masukkan warna hijau dan kemudian susun biskut deduit di atasnya dan kukus selamat 5 minit lagi.
9. Ulangi langkah 6 hingga 8 sehingga adunan habis. 
10. Kukus setiap lapisan selama 5 minit dan setelah selesai melapis kukus lagi selama 30 minit. 


Buat kek lapis ni seronok sebenarnya, cuma leceh nak melapis tu. Sambil menunggu setiap lapisan tu masak, tu yang Chipmunk baca novel. Bak kata Kak Mieza, sesi bersauna secara semulajadi di dapur. 

p/s : Masa paling best memulakan operasi adalah selepas subuh. Boleh elakkan diri daripada tidur juga.
 

21 comments:

  1. bestnya masak kek..hehe nanti pos gambar yg dah siap tau..hehe :)

    ReplyDelete
  2. wah..pandey ktk molah kek lapis ow..ng nyaman la gya tok..hihihi..

    ReplyDelete
  3. dah lama sangat bunda tak buat kek lapis masam manis ni..

    ReplyDelete
  4. Raya tok mak kmk plh agik kek lapis tok klak ;D

    ReplyDelete
  5. kuih ni ayut slalu nampak kat online..yg jajan bulat2x tu dulu suka sgt mkn..hihihi

    ReplyDelete
  6. pandainye .. bole cube ni,, thanks =)

    ReplyDelete
  7. @BlueiceButterfly

    ala, yg dah siap takde la plak. sbab kek tu dah sampai di tangan org lain. hehe

    ReplyDelete
  8. @Norhasniza Khalid

    sy sendiri pun dah lama tak makan kek ni. hehe

    ReplyDelete
  9. @alia lia

    bah dtg la rumah raya tok. boleh merasa. hehe

    ReplyDelete
  10. @BUNDA a.k.a KN

    sy pun tak penah buat jgak kek lapis yg ni bunda. =)

    ReplyDelete
  11. @Sally Yatiey

    ktk tek x molah kek lapis juak? hehe

    ReplyDelete
  12. @Ayie Abas

    itu lah.. sy pun kalau ade orang nak order pun terima jugak cuma skrg ni dah tak sempat dah la. =)

    ReplyDelete
  13. @ayut

    kek lama ni. all time fav ramai. hehe

    ReplyDelete
  14. teringat mak akak suka buat kek ni ms kecik2 dulu.. tp skrg xde dah dia nak buat.. sedapnya tgk aisya buat.. mcm nak buat..tp malasnya..huhu

    ReplyDelete
  15. boleh akak cuba buat lepas ni.. terima kasih berkongsi resipi ni aisya.. :D

    ReplyDelete
  16. @azizah :)

    mak kak jijah tunggu kak jijah buat lah tu. hehe

    ReplyDelete
  17. salam..
    da hbs wat ke blum tu..xde pic pon..nk tgok pic da siap punye..hehe
    nmpk sedap tuuuu

    ReplyDelete
  18. @Cik Yaya

    takde gmbr yg dah siap lah cik yaya. ni pakcik punye. =)

    ReplyDelete