31/08/2013

Kisah Si Kidjang

Hai, kembali semula bersiaran bersama saya. Memandangkan hari ni Hari Merdeka, jadi kita cuti blogging sebentar. Tipu semua ini, padahal malas sebenarnya. Macam mana dengan sambutan ambang merdeka semalam? Okay, entri hari ni sebenarnya sambungan daripada gambar di bawah.


Ramai yang tertanya-tanya dan Chipmunk dah janji dengan Blogger Lana untuk buat entri lain tentang perkara ni. Gambar di atas merupakan helaian pertama sebuah novel yang Chipmunk baca bertajuk Kerana Kidjang yang dikarang oleh Radzemah Bolhassan.


Kulit depan novel 348 helaian. Novel ni mak Chipmunk yang punya. Itupun dapat masa mak mengikuti sebuah kursus, tak ingat pulak bila. Dan Chipmunk pun baru tau kehadiran novel ni kat rumah, lepas Chipmunk selongkar kabinet novel mak. Macam movie Titanic yang diambil dari kisah Kapal Titanic, novel ni pun sama. M.V Pulau Kidjang yang karam di muara Sungai Rajang, Sarikei pada tahun 1973. 

M.V Pulau Kidjang (Sumber : Google)

Chipmunk tau tentang Tragedi Pulau Kidjang ni pun pada tahun 1999. Time tu kecik lagi, masih lagi sekolah rendah. Masa tu, akhbar Mingguan Sarawak menyiarkan berapa siri artikel sempena memperingati tragedi karamnya kapal ini. Bapa Chipmunk simpan artikel-artikel tu. Tapi lepas kitorang pindah rumah 2 tahun selepasnya, keratan akhbar tu semua hilang, tak tau simpan kat mana. Sayang pulak, kalau tak mesti Chipmunk dah tunjuk. Masa tu, setiap minggu mesti tak sabar nak beli Mingguan Sarawak sebab nak baca sambungan artikel minggu sebelumnya. Sangat menyayat hati, ada masa baca artikel tersebut dengan linangan air mata. Penulis artikel tersebut menjejaki semula dan menemuramah mangsa-mangsa tragedi M.V Pulau Kidjang yang masih hidup. Memang sebak baca kisah-kisah yang diceritakan. Yang Chipmunk ingat lagi, penduduk setempat tak makan ikan dalam jangka masa yang lama jugak. Sebabnya, ada yang menjumpai jari manusia, cincin dan lain-lain lagi dalam perut ikan.

Chipmunk nak cerita panjang-panjang tak berani pulak. Tapi bagi yang betul-betul nak tau kisah M.V Pulau Kidjang ni boleh cari buku Tragedi Pulau Kidjang : Sebuah peristiwa yang menyayat hati oleh Aini Selikang. Chipmunk pun tengah cari buku ni jugak. Ataupun nak tau serba sedikit peristiwa Karamnya Pulau Kidjang boleh baca di SINI.


18 comments:

  1. Komen xda kaitan dengan entry.. hehe

    chipmunk duduk miri kan kan? hehe ada tak kenal kereta2 sewa kat miri.. hana nak p miri ni :)

    ReplyDelete
  2. ohh.. sejarah ni. tapi sayang keratan2 akhbar tu hilang kan..

    ReplyDelete
  3. Owh, kisah benar ler towk. Tapi sik penah mewk nengar. Heheh.

    ReplyDelete
  4. @hana hadi

    alamak takde lah hana.. hana nk ke miri bila ye? boleh sy tnye2 kawan sebelum hana smpai. :)

    ReplyDelete
  5. @Chic Na

    itu la.. mungkin misplaced somewhere kot masa kemas2 barang. huhu

    ReplyDelete
  6. @Isabel Diaz

    jarang dah org bercerita ttg tok. tp kmk dengar ada org madah boleh tangga bekas kapal ya.. ada rupa kedak beting pasir mcm ne kah kt tempat nya karam ya.

    ReplyDelete
  7. eh?mcm menarik sjarah yer...ad ea?ayut lg tak tahu ni..ke ayut lupa =.="

    ReplyDelete
  8. nampak menarik kisahnya.. kekuasaan Allah mengatasi segalanya..

    ReplyDelete
  9. @ayut

    jarang org bercerita tentang ni.. mungkin dah terlampau lama kot. =)

    ReplyDelete
  10. @Mizz Aiza (Dunia Kecil)

    betul tu kak.. org dulu kata kapal ni boleh tahan hebat jugak lah pada zamannya dulu.. tapi kuasa Allah, siapa yg boleh halang?

    ReplyDelete
  11. Salam.

    Lana nak try tanya sumber lana, dia ada tak novel ni.

    Terima kasih aisya.. :)

    ReplyDelete
  12. boleh tak bagttau macamane nak dapatkan buku ni? saya nak buat penyelidikan tajuk tragedi ni.kalao cukup bukti,saya nak bawa ke arkib negara. boleh hubungi saya di angeline_tato@yahoo.com

    ReplyDelete
  13. @Angeline Stephen

    hi dear,

    er sorry tak boleh nak tolong sebab novel ni pun mother i dapat as a gift. Itu pun dah lama sangat dah. Dia pun tak ingat siapa yg bagi. Wishing u all the best ya.. :)

    ReplyDelete