25/08/2013

Korean Drama : Who Are You?

Baru je habis tengok drama Korea yang bertajuk I Hear Your Voice. Tak ada lah baru habis tengok, dah lama jugak, before raya hari tu kot. (Kalau nak download drama I Hear Your Voice boleh rujuk entri INI. Memang best gila!). Dah habis stok drama Korea jadi I cari lah drama-drama korea baru. Sebab baru habis tengok drama That Winter, the Wind Blows jugak. Pilih jugak mana yang Chipmunk nak tengok. Nak tengok semua tak mampu lah. Simpan untuk masa akan datang pulak. So sekarang, Chipmunk tengah follow drama ini..

Dibintangi oleh So Yi Hyun dan Taecyeon (2PM)


Mengisahkan tentang seorang anggota polis bernama Yang Si Ohn (So Yi Hyun) yang mempunyai kebolehan untuk melihat 'manusia yang telah tiada' selepas bangun dari koma selama 6 tahun. Kembali bertugas di Lost & Found Centre bersama Cha Gun Woo (Taecyeon) dan menyelesaikan kes-kes yang melibatkan insan-insan yang hanya boleh dilihat oleh Yang Si Ohn. Dalam masa yang sama, Yang Si Ohn berusaha untuk mengembalikan memori kejadian 6 tahun lalu, pada malam sebelum dia koma dan juga malam yang meragut nyawa teman lelakinya, seorang anggota polis bernama Lee Hyung Joon (Kim Jae Wook).

Drama ni baru sampai episod 8. So sekarang Chipmunk tengah tunggu episod 9 dan 10 minggu depan. Tak scary pun hantu-hantu yang muncul dalam cerita ni. Tapi cantik-cantik. Hantu teman lelaki Yang Si Ohn iaitu Lee Hyung Joon tu la yang paling handsome! Tapi sedih jugak bila Yang Si Ohn ni tak ingat apa-apa pun tentang Lee Hyung Joon padahal hantu handsome tu lah yang sentiasa berada di sisi. Eh kejap, tak boleh cerita lebih-lebih. Nanti tak best lah uolls dah tau before tengok. Tak sabar pulak nak tunggu next episod ni. Nak tengok hantu handsome. Eh?

Download
Who Are You?


p/s : Siapa tengok The Master's Sun ataupun Good Doctor? Best tak?

19 comments:

  1. mcm best ja drama ni. Nak tgk jugak lah ^_^

    ReplyDelete
  2. best jugak layan cerita korea sekali sekala...saya ada kawan yang hantu citer korea...tu yang terminat sama...

    ReplyDelete
  3. rajinnya aisya download.. :D

    ReplyDelete
  4. sikda masa lalu mk tga cta korea -_-

    ReplyDelete
  5. Yg chipmunk sebut..satu pun lana lum tgk T___T

    Lana terkial2 lgi,bru tgk gu family book tu..lagi 4 episod..bila nak habisnya entah,huhu

    ReplyDelete
  6. tak mampu nak layan drama korea. byk sgt yg best2. hehe.. layan running man jelah. ;)

    ReplyDelete
  7. @Ayie Abas

    cerita ni baru je lagi.. still on going.. =)

    ReplyDelete
  8. @june mohd

    sama lah.. terjebak sebab kawan2 lah.. hehe

    ReplyDelete
  9. @Mizz Aiza (Dunia Kecil)

    dah habis tengok sy delete kak.. kalau ade kawan suruh simpan baru sy simpan.. tp dah transfer sy delete lah.. =)

    ReplyDelete
  10. @Sally Yatiey

    kmk tok kejap2 jak.. 10 minit stop.. pasya resume balik. haha

    ReplyDelete
  11. @Tinta Lana

    gu family book dah habis dah tengok.. hehe..

    ReplyDelete
  12. @Chic Na

    sebab tu sy tgk satu2.. dah habis, baru tengok yg lain.. sebab tu jugak carik yg on going.. so satu minggu boleh tengok 2 episod je.. haha

    ReplyDelete
  13. @Cik Yaya

    cerita pun best.. mcm penyiasatan sikit.. hehe

    ReplyDelete
  14. hehe..akak jarang tgk drama korea..tpi yg tajuk Boys Over Flowers tu akak mmg suka..

    ReplyDelete
  15. @IbuNoey

    tak minat cerita tu. hehe. tak tau nape. hehe

    ReplyDelete