29/09/2013

Koleksi Novel Ramlee Awang Murshid Kesayangan Hamba

Seperti yang dijanjikan dalam entri INI, Chipmunk akan share koleksi novel yang paling Chipmunk sayang. Sebenarnya kan, Iolls tak berapa suka sangat baca novel jiwang-jiwang romantik bagai ni. Tapi Iolls baca jugak disebabkan oleh minat membaca tu kot dan nak tau story line sesebuah cerita je. Untuk tambah pengetahuan jugak. Nak confess sikit, sebenarnya baca novel cintan cintun ni, kalau ayat tu jiwang bukan main Iolls skip je. Geli! Haha. Dan sesungguhnya Iolls bukan lah tergolong dalam golongan yang romantik. Jadi tak payah lah berangan nak berkata-kata dan bersikap romantik dengan Iolls ye. Berdarah telinga ni nanti dan orang tu pulak tak pasal-pasal kena lempang. Oh, nasib baik lah En. Barney pun begini jugak orangnya. 

Sebenarnya Chipmunk lebih berminat dengan genre seram dan thriller. Lebih mencabar minda gitu. Sebab tu lah Chipmunk sangat suka dengan karya-karya Novelis Thriller No. 1 Malaysia iaitu Ramlee Awang Murshid

 Trilogi Tombiruo

Chipmunk start minat baca novel karya Ramlee Awang Murshid since Chipmunk Form 1. Dah lebih sedekad jugak. Novel paling awal Chipmunk beli dan membuatkan Chipmunk jatuh tangga cinta dengan karya Ramlee Awang Murshid adalah A.D.A.M dan Tombiruo


Dalam banyak-banyak novel Ramlee Awang Murshid, novel Rahsia Perindu yang paling mencabar minda. Tak boleh skip satu patah perkataan sekalipun kalau nak betul-betul faham jalan ceritanya. Masa baca novel tersebut, Chipmunk ulang baca dari mula walaupun dah sampai pertengahan buku sebab nak faham betul-betul. Twist jalan ceritanya, fuhhhh. Memang salute habis lah dengan Ramlee Awang Murshid sebab mampu menghasilkan novel tersebut dengan jayanya. Chipmunk pernah somewhere, and someone tu tak mampu nak baca sampai habis pun novel Rahsia Perindu sebab tak faham jalan ceritanya. 


Ungu Karmila pun seronok jugak. Pokoknya semua novel karya Ramlee Awang Murshid semua best lah. Tak ada satu pun yang tak best.


Pentalogi Laksamana Sunan. Ada lima buah novel semuanya dan menunggu setiap satu sambungan cerita memang satu penyeksaan. 


Tapi dalam banyak-banyak, Hatiku Di Harajuku favourite Chipmunk. Seorang berbangsa melayu yang menjadi Yakuza di Jepun dan menggunakan nama Ryu Watanabe. Iolls jatuh hati kejap dengan watak Ryu Watanabe. Ehem.


Dan dalam banyak-banyak, dua novel ini yang paling Chipmunk sayang. Limited edition tu. Bezanya, ia adalah hard cover. Pernah dulu, ada orang tanya Chipmunk sama ada Chipmunk nak jual dua novel ni. And the answer is NO! Sayang kot.


Memang satu kegilaan bila sanggup beratur berjam-jam semata-mata kerana ini! Bayangkan, dari pukul lebih kurang pukul 11 pagi sampai lebih kurang pukul 2 petang. Rasanya untuk novel Sutera Bidadari kot. Bila fikir balik, gigih gila sanggup berdiri berjam-jam. Oh ya, lupa nak ucap terima kasih kat En. Barney sebab sanggup melayan kegilaan saya yang satu ini. 

Cuma, tetap ada cuma dan tapinya.

Iolls sangat terkilan sebab tak sempat nak order novel Igauan Maut yang telah dicetak semula hari tu. Hanya 2 novel karya Ramlee Awang Murshid yang Chipmunk belum baca. Novel Pei Pan Chipmunk jumpa masa selongkar buku-buku di Perpustakaan Awam Miri dan itupun rupanya sangat uzur tapi masih lagi boleh dibaca. 

Cuma lagi.

Novel terbaru berjudul Magis tak sampai lagi kat bookstore di Miri and I is stress and sooo jealous dengan mereka yang dah habis baca novel tersebut!

p/s : Ada tak yang nak hadiahkan novel Magis untuk Iolls? Hiks

40 comments:

  1. RAM mmg karya dte len ckit tp best

    ReplyDelete
  2. salam pagi aisya, mama minta juga novelnya ni, tapi.... mama tak berapa minat nak kumpul novel dia.. mama suka cintan cintun..

    ReplyDelete
  3. blogwalking dear...so nice with your fav book..ada sesetengah suka dengan pengarang yang lain...jalan cerita yang lain..so keep good job k dear...

    ReplyDelete
  4. Salam.

    Kiyaaaaa, sukanya tgk semua ni,hahahah

    Ooo..mula dgn adam n tombiruo dulu ek? Lana 1st beli, semangat hutan. Taktau plak tu yg kedua..pas dah tahu, pa lagi,cari tombiruo plak,pastu tombiruo terakhir.

    Igauan maut.lana pun tak beli msa announce kt fanpage tu, sbb dah prnh bca, jadi tak jadilah beli,ekeke. Pei Pan..hurmm, kira bertuah..betul2 jumpa satu,dlm keadaan elok kat koop PTAR UiTM Shah Alam. Rasa macam ajaib pun ada,tetiba ada seketul terselit antara celah2 buku baru :D

    Anugerah Pertama tak pernah baca n jumpa lagi..yg ni betul2 rare la.

    Kita serupa la chipmunk, tak minat sgt genre romantik..kalau dri penerbit lain pn,kita usaha cari genre2 cmni. Payah nk jumpa dlm psrn mlysia novel mlyu genre cmni kan.

    ReplyDelete
  5. ya ampun...banyaknya novel ktk
    peminat AR ka? hehe
    terbaik la..kmk pun suka karya nya

    ReplyDelete
  6. @Mysara Ab Rahman

    lain dr yg lain tu lah yg best.. hehe

    ReplyDelete
  7. ni mmg peminat setia ni...ayut ttp suka hlovate punye novel..hihihi :)

    ReplyDelete
  8. @Tinta Lana

    sy main ambik je dulu tombiruo tu.. hehe.. tombiruo terakhir agak susah nak carik.. hold berapa tahun jugak lah dulu baru dapat beli..

    3 novel tu mmg novel yg sgt rare.. bertuah lana dpt jumpa Pei Pan yg masih okay..

    betul2.. tp skrg dah makin byk cuma susah nk cari cerita yg berkualiti. huhu

    ReplyDelete
  9. @Yumida Huda

    RAM pun cerita lain dr yg lain.. mmg mencabar minda
    hehe

    ReplyDelete
  10. @ayut

    hlovate pun story line dia lain sikit dan banyak pengisian yg kita boleh dapat dlm karya2 beliau. ;)

    ReplyDelete
  11. tomborio dah baca...syok giler....alamak!!!! akak nk pinjam tomborio terakhirr..lama dah akak tggu...bertahun..dah ada rupanya.. lupa dah..masa tu sekolah lg..

    ReplyDelete
  12. isskk teringinnya nak baca sambungan tombiruo...mcm mana ni???

    ReplyDelete
  13. Omagai...banyak btol =) siap ada yang limited lg 2..yg ada sign 2 msti syg sgt2 kan..pnjam boleh?? tp nk yg ada sign jelah he3..novel RAM ni mmg orang kta best..lain dr yg lain..tp sy je xpnh bca..

    ReplyDelete
  14. karya dia pasal tahanan penjara terbaik :D

    ReplyDelete
  15. wah betul² peminat tegar ramlee awang murshid ni..hehe sy penah baca buku beliau sekali..kalau tak silap rahsia perindu..layan~

    ReplyDelete
  16. minat betul ye..hehe
    pernah jugak bce novel2 nie.
    memang best

    ReplyDelete
  17. wah.. banyaknya koleksi novel beliau yang aisya kumpul.. akak tak suka sangat membaca novel..

    ReplyDelete
  18. banyaknya koleksi.. dah boleh buat library.. hehe..

    ReplyDelete
  19. haa...lau penulis novel ni yaya tau la..antra penulis novel yg femes..kann ^_^

    WAHHH...
    peminat novel RAM tu rupenyerr... ^,^

    ReplyDelete
  20. Wah, banyaknya. Kamek kurang minat dengan novel polah owg tua towk. Gerun kamek maca. Ujong2 alu san kurak kamek. Hahaha.

    ReplyDelete
  21. @Mieza Jhaa K

    dah lama dah tombiruo terakhir tu kak.. huhu

    ReplyDelete
  22. @Mieza Jhaa K

    hahaha! habis lah..
    tapi sy dulu mmg susah jugak carik tombiruo terakhir..

    ReplyDelete
  23. @Ayie Abas

    super3 senior kt ukm dulu.. sy ada dgr yg RAM best student untuk course mass communication. tahun berapa entah.. hehe

    ReplyDelete
  24. @syuk shusuke

    yg mana satu eh? rahsia perindu? fiksyen 302?

    ReplyDelete
  25. @Mime MF

    rahsia perindu mmg best bg org yg memahami.. hehe

    ReplyDelete
  26. @ezyra daniel

    best sebab thrilling.. haha.. nama pun dah thriller.

    ReplyDelete
  27. @Isabel Diaz

    mun org penakut sikit nang payah juak baca novel2 nya.. hehe.. tp ktk pun penakut yg kmk sik tauk level brapa.. hehe.. jd x boleh mok agak mcm ni reaksi ktk baca novel tok. hehe

    ReplyDelete
  28. @S.K.A

    amboiiiii.. hahaha.. terhidu hidden agenda disitu.. :P

    try lah baca.. best.. mostly lelaki yg baca karya RAM mesti tersuka dgn karya beliau.. :D

    ReplyDelete
  29. wahhh nak pinjamm novel! banyaknyaaa

    ReplyDelete
  30. novel pertama yang sis baca hasil karya RAM adalah Ungu Karmila dan sekarang ni kesemua novel dia sis dah baca cuma magis je belum..nanti kena dapatkan juga :)

    ReplyDelete
  31. @puteri kasih

    bestnya.. sy cuma tinggal Anugerah Pertama dan Igauan Maut je yg tak baca lagi. Ini memang betul2 rare punya novel.. huhu.. tak tau nak cari kat mana.. T_T

    ReplyDelete
  32. Love his writing so much! Baru ja selesai bca novel Rayyan Fantasi by RAM. the end tu yg x tahan. Sedihhhhhh...

    ReplyDelete
  33. Hai as salam,

    u ade karya pei pan kan... xnak letgo ke? :-)

    ReplyDelete
  34. karya ram memang best, org laki pun terjebak baca novel penangan ram nie...

    ReplyDelete