27/09/2013

Korean Drama : The Master's Sun

Siang tadi buka akaun Nuffnang, terpandang lah keyword "Nak tengok drama The Master's Sun", drama korea kalau tak silap Chipmunk sedang ditayangkan di One HD. Chipmunk tengok jugak drama ni, tapi download je lah. Nak tunggu kat One HD tu selalunya lambat 3-4 episod lah. Sekarang ni tengah tunggu nak download episode 14 The Master's Sun. 

Dibintangi oleh So Ji Sub dan Gong Hyo Jin


Tae Gong Sil (Gong Hyo Jin) dapat lihat sesuatu yang tak dapat dilihat oleh mata kasar, hantu. Disebabkan hal ini lah masyarakat pandang serong terhadap Gong Sil, kononnya seorang perempuan gila. Joo Joong Won (So Ji Sub) pulak langsung tak percaya benda-benda yang macam tu. Karakternya agak sombong dan macam tak ada perasaan langsung je. Yang kelakarnya bila mereka berdua bertemu dan Joong Won adalah satu-satu tempat persembunyian Gong Sil daripada hantu-hantu ni. Nak dipanjangkan cerita, Gong Sil dapat tengok hantu first love Joong Won dan ada kisah yang complicated tentang masa lepas Joo Joong Won yang perlu dirungkaikan.

Hantu-hantu dalam cerita ni agak scary lah berbanding drama Who Are You. Yang paling Chipmunk geli, hantu yang seret kaki tu. Dah la time tu tengok drama ni pukul 1-2 pagi. Tapi best punya pasal, Chipmunk redah je lah tengok sampai habis. Ini kalau adik Chipmunk mahu nya dia call mak suruh jemput dia depan pintu bilik. 

Download The Master's Sun

Watch Online The Master's Sun

OST The Master's Sun

p/s : Tak sabar nak tunggu drama baru Yong Hwa (CNBlue) dan Yoon Eun Hye. 

37 comments:

  1. Mun kamek dah berdengan mowk mewk nangga cite towk.

    ReplyDelete
  2. sye pun tk berapa minat cerita korea sgt, tapi cerita the master's sun ni mmng best. serious xD

    ReplyDelete
  3. Macam best ;D hee. Tgu abis tga ISWAK klak, kmk try tgk korean drama gik ;)

    ReplyDelete
  4. peminat drama korea juga...mesti suka tengok Running Man nie kan?

    ReplyDelete
  5. Pyka tak tgk pon lagi . Tp dngar dri crita tuh mcm best je

    ReplyDelete
  6. salam aisya,
    sejak akhir2 nie azie pun suka tengok drama korea dekat astro HD tu...menarik...yg dekat entry aisya nie x tengok...mcm best ja

    ReplyDelete
  7. Teringat sepupu SM tengok citer Korea ni. Smpai gaduh2 ngn adik dia sbb nk tgk korea! hehehe.. apa khabar shbt? lma x dgr citer? :D

    ReplyDelete
  8. wah.. rajinnya dia mereview citer korean ni.. ye ker korea? mama bukan tahu beza pun.. hihi

    ReplyDelete
  9. kmk penonton setia nangga d masters sun tok
    bez critanya
    lain drp genre lain
    joong won ya kiut..kmk suka nangga lakonan tae ya...

    ReplyDelete
  10. Kadang2 tengok jugak citer ni..tapi seram jugak kalau hantu tu keluar terus tukar siaran..haha..dah lah nonton pun sendiri2 jer kan..

    ReplyDelete
  11. mcm best je... citer yong hwa tu citer apa?

    p/s: sejak bila lak yong hwa berlakon nih???

    ReplyDelete
  12. @Isabel Diaz

    hahaha! adik kmk pun kedak ktk juak..

    ReplyDelete
  13. @Sally Yatiey

    ktk tauk sik lelah kmk google apa ISWAK ya tek. haha!

    ReplyDelete
  14. @Kancil 8349

    harus tapi RM tu variety show.. hehe

    ReplyDelete
  15. @Ayie Abas

    itu lah.. jalan cerita menarik, lakonan mantap, tambah pulak dgn soundtrack yg menarik.. hehe

    ReplyDelete
  16. @Santan Manis

    dahsyat.. nasib baik satu family minat.. hehe..

    alhamdulillah :D

    ReplyDelete
  17. @Yumida Huda

    joo joong won, joo joong two, joo joong three. hehehe

    ReplyDelete
  18. @LiLy @ MaMaQiStInA

    tu la kak.. sy selalu tgk tgh2 malam before tido cerita ni.. nasib baik tak mimpi2.. haha

    ReplyDelete
  19. @aswadz

    future choice kot kalau tak silap..

    lama dah laaa.. hehe.. since heartstrings lagi, dengan Park Shin Hye..

    ReplyDelete
  20. cerita hantu ke ni aisya? akak kalau seram ni tak suka tengok, tapi kalau tengok ramai-ramai ok la..

    ReplyDelete
  21. kalau ada masa terluang nanti..leh juga tengok :)

    ReplyDelete
  22. hahaha..citer ni =) tgok la jugak..sbb mak pn tgok..jd mmg terpandang slalulah..best..kelakar kot citer ni

    ReplyDelete
  23. @puteri kasih

    cerita ni mcm lain sikit sis.. bg yg mmg tak minat tgk k-drama tp teringin jugak cerita ni agak sesuai lah.. hehe

    ReplyDelete
  24. @S.K.A

    kira tertengok terus melekat lah ni? hehehe.. mmg kelakar pun..

    ReplyDelete
  25. ayut minat jugak yong hwa..hahaha :p tp ni cerita lain kan..lama tak layan korea...suka running man je skrg ni :D

    ReplyDelete
  26. @ayut

    aah.. hehe.. ayut pun tgk RM juga ye. hehe

    ReplyDelete
  27. cerita ni masa mula-mula start tengok seram juga hoi lagi-lagi tengok tengah malam. tapi lama-lama dah terbiasa.

    ReplyDelete
  28. @Mahirah Mazlam
    tgk mlm2 jugak.. mmg tak berani lah nak pergi dapur dah. haha

    ReplyDelete