19/09/2013

Spontaneous Thursday : Mimpi dan Realiti


Bercakap tentang mimpi dan realiti. 

Teringat kisah ahad lepas.

Dalam masa dua minggu lebih ni memang tidur tak menentu. Paling awal pada pukul 4 pagi. Itu pun tidur-tidur ayam. Sekejap-sekejap terjaga. Nak kata banyak sangat fikir, macam tak jugak. Paling teruk, tak tidur langsung lah. Setakat ni, rekod tanpa tidur adalah selama 3 hari. Itupun, tiga tahun lepas. Kadang-kadang risau juga, sebab memang ada masa penyakit tak boleh tidur ni datang.

Okay, berbalik cerita asal. Ahad lepas.

Pagi-pagi si best friend whatsapp. Tak lah pagi pun sebab dalam pukul 10 pagi. Tapi masih golek-golek atas katil melayan mata yang sekejap tidur, sekejap terjaga. Dia tanya, "Ada di rumah tak?". Rumah kami dekat. Jalan kaki mungkin tak sampai 10 minit.

Bila disoal dengan mata yang pejam tanyalah "Kenapa?".

Okay, phone bunyi lagi. Notification. Whatsapp dari orang yang sama. Katanya nak datang rumah, nak pinjam sesuatu.

Mata masih lagi pejam. Macam nak tidur tapi taknak tidur. Okay, biarlah si dia tunggu kejap. Lepas tu dengar mak ketuk pintu bilik. Ada kereta alza putih depan rumah. "Eh, dia dah sampai ke?". Selongkar almari, capai sesuatu dan terus keluar rumah hulur sesuatu itu pada si dia. Dia cakap, "Esok before aku bertolak ke Bintulu, aku singgah rumah kau dulu bagi balik benda ni". Angguk dan terus masuk rumah. Kepala pening, mata berat, sambung balik tidur. Tapi kata-kata tu macam dekat sangat di telinga. Tak apa, petanda ayat tu sentiasa Chipmunk ingat. Tak lupa.

Esoknya.

Fikir-fikir balik. Chipmunk bagi pinjam tak barang tu kat best friend Chipmunk? Macam tak. Tapi kenapa dia cakap nak singgah rumah dulu? Check balik conversation whatsapp. Lepas dia reply dia nak pinjam sesuatu Chipmunk tak reply dah. Fikir lagi. Lepas tu rasanya Chipmunk tertidur dalam sejam. Okay, memang sah Chipmunk tak reply. 

Dan rupa-rupanya, Chipmunk reply dalam mimpi. Dia datang rumah pun itu semua mimpi. Mimpi semata-mata. Kasihan dia.


posted from Bloggeroid

26 comments:

  1. wow. haha. mcm real dah. nasibla perasan balik whatsapp tu kan :D

    ReplyDelete
  2. lah kesiannya.. boleh tak tido sampai 3 hari.. kalau cikna dah pening2 lalat.. hehe..

    mcm betul2 eh.. rupanya mimpi.. :)

    ReplyDelete
  3. Salam.

    Kasihan lagi kat chipmunk..huhu..

    Bahaya tu aisya.. mimpi mcm realiti, realiti pula disangka mimpi.

    ReplyDelete
  4. ha3..pulak dah..rpanya mmpi =) bhya btol..terkejut gak thu 3hr xtdo..xrsa pning ke?? xmguap @ mgntok?? hu3..bhya2..kena rujuk pd yg pkar ni

    ReplyDelete
  5. Hahahahah...tragiknya mimpi. Mcm real2 plak.

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum kak . haha . ain pernah jadi macam tu . xD haha . bila ingta balik . memang kelakar .

    ReplyDelete
  7. aikk..pelik..macam real je kn tapi rupanya mimpi...

    ReplyDelete
  8. boleh plak bersambung dalam mimpi yer...kesian..hehehe

    ReplyDelete
  9. @Chic Na

    tu la cikna.. fikir2 jugak.. betul ke tak ni.. haha

    ReplyDelete
  10. @Tinta Lana

    tau takpe.. huhu.. jgn nanti tak dapat bezakan dua2nya..

    ReplyDelete
  11. @S.K.A

    tak pernah pun consult Dr. tapi kadang2 risau jugak. huhu.

    tak tdo 3 hari makin aktif ada lah.. maybe over busy kot masa tu.. lab and lecture siang hari.. malam training untuk show sampai 4-5 pagi.. balik bilik jadi segar... huhu.. tp hari keempat tu terus pengsan.. haha

    ReplyDelete
  12. @Ain Eddihar

    bahaya betul.. mmg kelakar pun.. hehe

    ReplyDelete
  13. @Cik Itah@RRP

    itu lah.. penat fikir.. betul2 ke mimpi ni.. haha

    ReplyDelete
  14. @puteri kasih

    tau takpe sis.. kesian kt member tu.. hehe

    ReplyDelete
  15. pernh juga kdg2 perkra tu mimpi je tp mcm realiti..kdng2 pon keliru..huhu

    ReplyDelete
  16. hahaah.. kelakar la. :) terpikir2 sgt la tu

    ReplyDelete
  17. la.. mimpi ke? ingat ke betul tadi.. hehe..

    ReplyDelete
  18. sampai terbawa dalam mimpu tu...hehe..kesian kat kawan tu.. :)

    ReplyDelete
  19. sampai terbawa2 dlm mimpi ye. hehehe... tp aku pun pernah gak jd mcm tuh.

    ReplyDelete
  20. @LiLy @ MaMaQiStInA

    itu lah kak.. bila sedar cepat2 bgtau dia.. haha

    ReplyDelete