28/10/2013

Jambu Putih dan Asam Kendong

Psst : Nak blog anda direview? Sila terjah entri INI dan isikan tempat kosong dengan jawapan anda!

Jambu. Ada banyak variety. Buah jambu batu, jambu air dan kumpulan lawak Jambu tu pun ada. Itu jambu-jambu yang orang tau. Tapi kalau cakap tentang Jambu Putih, tak tau sama ada orang lain tau ataupun Iolls yang ketinggalan zaman baru tau tentang kewujudan buah jambu yang Mak panggil Jambu Putih ni.


Bukan dibeli tapi nenek bawa dari kebun. Sekali dengan buah yang nenek panggil Asam Kendong. Tak sempat nak ambik gambar, bateri phone 0% lalu padam. Asam Kendong ni selalu jugak tengok kalau ikut nenek ke kebun. 

Sumber : Google

Kalau ditanya rasa Jambu Putih dan Asam Kendong ni, satu je. MASAM! Rupa jambu putih tu kalau tengok seakan-akan Jambu Air tapi rasanya jauh sekali berbeza. Makan Jambu Putih cicah dengan sambal kicap pun terasa lagi masamnya. Memang rasa masin dan pedas sambal kicap tu tenggelam sebab terlampau masam.  

Try jugak google untuk cari info tambahan tentang kedua-duanya, tapi tak jumpa pulak. Kat tempat uolls ada tak kedua-dua ni? Mungkin ada nama lain kot. Berbeza mengikut tempat. Tu yang susah sikit nak cari info tambahan khususnya mengenai khasiat Jambu Putih dan Asam Kendong. 

p/s : masamnya masih lagi terasa di lidah. 

20 comments:

  1. jambu putih tu jaa tak pernah tgk sbb biasanya jambu tu yg ada kaler merah jer. asam kendong pun first time tgk ni... tq coz share...

    ReplyDelete
  2. nampak sedap jambu tu aisya..

    ReplyDelete
  3. @jaakechik

    tu la, biasa tengok jambu air yg warna merah tu.

    sama2.. :D

    ReplyDelete
  4. kecur ayaq liuq bila bca masam =) xpnh lg tgok buah yg bwh skali tu..xsgka plak rsanya masam..nmpak mcm sdap je buah tu

    ReplyDelete
  5. ktk nyebut masam alu rasa mok meleleh air liur kmk..masam...
    mun jambu pink ya manis kali hooo
    kmk suka jambu aek, nyaman mun cicah ngan kicap
    isik 3 tabong nuff sitok

    ReplyDelete
  6. jambu ini memang sedap..dulu ada pokok jambu ini tepi rumah.sekarang ini pokok tu dah mati..rasanya masam, tapi sedap kalau dicicah dengan kuah rojak

    ReplyDelete
  7. Jambu ya pernah makan rasanya.. hee. Asam ya sik pernah gik..

    ReplyDelete
  8. jambu putih tu memang nampak macam jambu air kan..ingatkan sama rasa tadi. Dua-dua sis tak pernah tengok.

    ReplyDelete
  9. @Yumida Huda

    kmk pun suka juak tp kmk suka makan dgn asamboi. hehe

    ReplyDelete
  10. @Faizal Mohamad Twon Tawi

    1st time mkn cicah dgn sambal kicap.. masam sgt!

    ReplyDelete
  11. @Sally Yatiey

    ada kali jual rah tamu kadayan sia..

    ReplyDelete
  12. tak pernah lagi makan jambu putih...

    ReplyDelete
  13. amboi..
    cam sedap je bile bce entri ni..
    telan liuq plak..pdhl bukn minat sgt makan.. huhu ;p

    ReplyDelete