09/10/2013

Sakit hati berurusan dengan orang begini

Berurusan dengan pegawai atau kakitangan di bahagian kaunter tak kisah lah kaunter khidmat pelanggan ataupun di mana-mana saja kaunter memang memerlukan tahap kesabaran yang sangat tinggi. Tak tau lah pulak macam mana cerita di tempat lain. Tapi di suatu tempat yang indah dan permai ini, staff-staff nya cukup... haish, serba serbi cukup untuk menjadikan mulut kita ringan untuk mencarut. Namun memang bukan semua, mungkin I yang selalu bernasib malang terpaksa berurusan dengan orang-orang macam ni. Tengah pujuk hati untuk bersabar sebab dah selalu sangat terkena.

Garang tak saya?

Makcik-makcik office yang lebih diva daripada orang-orang atas tapi menikus bila bercakap depan mereka yang lagi tinggi pangkatnya. Cakap elok-elok tapi ditayangnya muka masam mencuka dengan kita. Ditanya dengan lemah lembut tapi dijawabnya seperti memarahi kita pulak. Pernah gaduh sekali dengan sorang makcik office ni, kita dah tanya elok-elok tapi kita pulak yang kena bebel. Apa kes? Maaf lah makcik, time tu agak kurang ajar sikit bila dia tengah bebel-bebel, tengking orang tak pasal-pasal, I blah macam tu tanpa cakap apa-apa. Tau lah makcik lagi tua dari saya, tapi tak bermaksud makcik tak perlu nak hormat saya. Kira bagus lah saya ingat lagi adab orang timur untuk menghormati orang yang lebih tua, tak meninggikan suara tapi saya decide untuk berlalu macam tu je. Saya tanya elok-elok, makcik pun jawab lah elok-elok. Bukan susah pun. Kita tak tau, itu lah gunanya kita bertanya. Tapi bila kita soal, layanan yang diberikan macam tu pulak. Budaya yang macam tu ke yang kita nak tunjuk pada orang lain khususnya foreigner dari negara-negara lain?

Itu baru di kaunter, tak kurang bagi yang menjawab telefon. Baru sahaja terkena. Jawab call orang tetapi boleh pulak bersembang dengan kawan kat sebelah. Tak boleh ke nak tunggu sekejap? Saya bukan nak bergayut 3-4 jam dengan awak pun, saya cuma nak tanya 2-3 soalan je. 5 minit pun tak sampai. Ini bila dia dah bersembang dengan kawan kat sebelah, kita yang nak bertanya ni pun rasa tak selesa. Belum sempat lagi nak tanya lebih lanjut, terus letakkan phone. Kita call 5-6 kali, dia jugak yang membebel tak tentu hala. Memang menguji kesabaran sungguh. Dengan sikap yang macam tu, apa agaknya first impression pihak luar tentang sesebuah organisasi secara keseluruhannya? Panggilan telefon yang diterima boleh jadi dari siapa-siapa sahaja, tapi kalau macam ni lah layanan yang si pemanggil tu dapat. Hmmm. Ini yang orang panggil kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. 


Hidup tunggang terbalik pun kalau dah kerja melayan orang, tak kira lah di kaunter ataupun dengan menjawab panggilan telefon, bagi lah layanan yang sewajarnya. Senyum itu perkara yang paling basic. Jangan pulak marah anak, orang lain pulak yang terkena tempiasnya. Tapi tak kisah lah kalau tak senyum pun, at least tutur kata biar lembut. Orang lain pun dengan senang hati berurusan dengan anda tanpa banyak karenah. 

p/s : Orang kata malu bertanya sesat jalan, tapi kalau kita dah tanya, tapi orang yang ditanya taknak menjawab macam mana? 

30 comments:

  1. selalu kna mcm tu aisya..huhu

    ReplyDelete
  2. @Normi Nieza

    tu la cik nor.. hanya mampu bersabar je lah.. kadang2 dah geram sgt adalah tercarut jugak sikit.. *tepuk mulut sendiri* :(

    ReplyDelete
  3. mama pula jenis kepala hangin, nampak orang begini, mama dah sound tepek kot... nak bersembang pulak dia, macam takde esok lusa..

    ReplyDelete
  4. sakit hati kalau kena mcm tu....

    ReplyDelete
  5. Bru smlm je sya kna..dgn bdk cashier tesco..dicampak2 je brg2sya..biadap betul..

    ReplyDelete
  6. ika sangat-sangat selalu kena macam ni aisya, selalu sangat :/
    dan majority orang-orang yang bersikap macam ni mesti bangsa kita sendiri, sangat memalukan.
    ika selalu kena bila nak berurusan hal campus, kat unit kewangan, kat kaunter2 pertanyaan lain pun camtu. Pelik kan, sepatutnya mereka ni mesra laa sebab dah tentu2 berurusan dengan ramai orang. Kalau tak mesra buat apa kerja tempat gitu.
    Sebenarnya ramai dah orang2 kita yang tak amalkan sikap berbudi bahasa ni aisya. Kalau orang luar tengok attitude macam ni memang malu sangat.

    Ika pun kadang-kadang terus angkat kaki je, tak payah banyak cerita lagi, kecuali kalau memang betul2 dah tak tahan atau melampau, baru ika bersuara. Sabar banyak-banyak ya aisya :)

    ReplyDelete
  7. sabar jak lah
    kmk pernah kenak mcm situasi ktk tok
    masa kmk bok masok keja
    sombongnya sidak ya
    dah kita x tauk, x juak mok tunjuk ajar..sabar jak la

    ReplyDelete
  8. tu yg kadang-kadang sakit hati dgn dorg...buat keja acuh tak acuh je...

    ReplyDelete
  9. Banyak kali juga sis kena camtu, sekali dua pernah juga sis terus sound direct sbb dah geram sgt. Tapi selalunya, memang malas nak layan orang yang tak ada budi bahasa ni

    ReplyDelete
  10. ap yg sy tgk, pegawai pangkat rendah kerajaan ni kkdg over sgt, berlagak, kalo yg swasta, mesra je layan,,pengalaman..hehe

    ReplyDelete
  11. sepatutnya mereka kena la profesional.. hal personal dan kerja adalah 2 perkara yang berbeza.. nak sembang baik tak payah dtang kerja.. jika kerja di bahagian depan (kaunter) atau telefonis eloklah bermuka manis selalu dan bersuara sopan..

    ReplyDelete
  12. betol tu..sbarnya Aisya..kalau dah orang xde adab dan budi bahasa..xplu lyan..kalau sy pn sy blah mcm tu je..pnh skli dlam meeting..dimalukan dgn maincon..trus bt muka ketat dan syap..rsa nk bg penampor je..he3

    ReplyDelete
  13. Pelik owe. Maka dah kerja cdak ya. Pun mowk molah muka kedak ya. Mun sik suka, bagus boh kerja jark.

    ReplyDelete
  14. memang tak profesional bila kerja mcm tuh..suka hati nak herdik marah customer kenapa..dah kerja awak..aishh kalau sy pun akan blah cmtu je bila nak bebel bagai...

    ReplyDelete
  15. @Norhasniza Khalid

    kalau tak kena dgn tempat mmg sy sound jugak mama.. hehe.. tp ni sy fikir, org tu lg tua dr sy.. kang tak pasal2 jadi mcm kes wife matyo.. eh.. hahaha!

    ReplyDelete
  16. kalo rajin, bole amek nama staff tu. pastu bgtau kat superior dia. x kesah la melalui emel ke atau mcm mana.

    ReplyDelete
  17. @adrianna syaz

    kalau kes yg ni mmg sy sound terus.. haha..

    ReplyDelete
  18. @Affy Afiqah

    sy kalau sy betul tak tahan mmg buat drama swasta lah.. sebab tu sy lg suka blah mcm tu drpd meletup kt situ jugak.. mencegah lebih baik drpada merawat.. haha

    ReplyDelete
  19. @Yumida Huda

    kan.. susah juak org mcm tok eh.. gney malaysia nak maju mun mcm tok.. ehhhh..

    ReplyDelete
  20. @trah zain

    hal ni no komen.. hehe.. tepuk dada tanya selera.. hehe

    ReplyDelete
  21. @Mizz Aiza (Dunia Kecil)

    mmg pun kak.. tp sy selalu kena yg kurang adab sikit.. sakit hati je rasa..

    ReplyDelete
  22. @Fais-SKA

    jom kita bg penampar berdas-das.. haha

    ReplyDelete
  23. @Isabel Diaz

    kerja sik ikhlas owh.. geram kmk.. huhu

    ReplyDelete
  24. @Mime MF

    info yg kita dapat pun sekerat je.. kena pandai cari2 sendiri.. nasib baik lah sy mmg tahu.. kalau org luar? grrrr

    ReplyDelete
  25. @puteri kasih

    sy kalau org tu mmg taraf makcik2 sy still respect lg sis... nnti kita pulak yg kena cop kurg ajar.. huhu

    ReplyDelete
  26. @aswadz

    dah malas nak buat aduan.. hasilnya sama je.. sy sorang pun dah brapa kali.. ni kan pulak org lain.. huhu..

    ReplyDelete
  27. Menyirap jgk dgn org mcm ni..benci betol..mujur tak pernah kena lg kt kaunter bank

    ReplyDelete
  28. @Mieza Jhaa K

    staff2 kt tmpat sy yg ramai perangai mcm ni kak.. geram je.. huhu

    ReplyDelete