04/11/2013

Cik TengTeng Diet

Semalam Cik TengTeng buat perangai. Tengok Mak makan buah epal. Dia pun nak jugak. Panjat atas kerusi buat muka comel minta sikit. Muka comel yang irresistable siapa boleh cakap tak? Jadi Mak pun bagi lah secubit epal untuk Cik TengTeng. Makan dengan penuh hati-hati taknak secubit epal yang sedang dikunyah jatuh. Dah habis, minta lagi. Bagi lagi secubit. Bila tengok Mak makan buah rambutan, dia pun nak jugak. Mak acah je hulur kat Cik TengTeng. Kesian pulak tengok dia terjilat-jilat menelan air liur. 

TengTeng jilat-jilat sikit je. Sekadar nak merasa mungkin.

Mak cakap, Cik TengTeng nak diet kot. Taknak orang panggil dia kucing gemuk lagi. Tu yang makan buah je. Takut jugak Cik TengTeng sakit perut makan epal dan rambutan ni. So, I pun tanya lah Pakcik Google. Apa makanan manusia yang kucing boleh makan

Sayur-sayuran. Pernah tengok kucing makan rumput? Kalau tak silap ada rumput yang memang khas ditanam untuk kucing tu kan? Cari juga seeds rumput tu untuk ditanam. Bagi Cik TengTeng dan Abang E'el ni makan. Tak ada lah merayap ke luar rumah curi-curi makan rumput. Veggies termasuk rumput tersebut membantu untuk menyelesaikan masalah penghadaman kucing. Paling senang pun, bagi makan steamed broccoli, asparagus, baked carrots. Nak jadi macam popeye makan spinach pun boleh.

Ehsan Pakcik Google

Keju. Sumber protein yang baik untuk kucing. Tapi ada baca jugak, kucing dewasa ni lactose intolerant. Jadi jangan lah bagi minum susu dan sebagainya. Bagi makan cheese kadang-kadang boleh lah. Special treat katanya. Terbaca juga satu tips untuk bagi kucing makan ubat. Hancur-hancurkan pil dan letakkan serbuk pil di atas cheese tersebut. 

Ehsan Pakcik Google

Buah-buahan (Melon dan Banana). Sama seperti veggies. Membantu menyelesaikan masalah penghadaman. Cuma jangan lah bagi makan banyak sangat. Tapi tak tau lah adakah ini termasuk buah epal dan rambutan?

Ehsan Pakcik Google

Telur. Seperti yang sedia maklum, telur memang kaya dengan sumber protein. Akan tetapi, jangan pulak uolls bagi kucing uolls makan telur mentah! Tak boleh, tak boleh. Risiko food-borne diseases bukan sahaja kepada kucing tapi manusia jugak. Bukan kucing je yang sakit. Dengan tuan-tuannya sekali. High risk of Salmonella dan E.coli. Tapi gigih ke uolls nak buat scrambled egg atau telur rebus untuk si kucing. Baik masuk mulut sendiri kan. 

Ehsan Pakcik Google

Dari cerita Cik TengTeng nak diet boleh pulak melencong. Bercerita tentang makanan manusia yang kucing boleh makan. Tak kisah lah, sekadar nak tambah pengetahuan bersama. Kucing ni kadang-kadang, bila tengok kita makan something, dia pun nak jugak rasa apa yang kita makan. Kadang-kadang calit jugak sikit. Kesian pulak tengok muka comel tu. Tapi ingat ni, jangan sesekali uolls bagi kucing kesayangan makan coklat biarpun sedap mana pun coklat tersebut. 

sumber : INI dan INI

39 comments:

  1. amboi kemain tu makan buah epal..hiks.. :)

    ReplyDelete
  2. salam..

    wah bgusnyer kucing cik aisya tu..buah pun nak..lau kucing kat uma yaya tu, bg aym,ikn goreng pun xmau, apth lagi bg mkn buah ke..huuu

    *tau makan whskes je*

    eh xleh mkn coklat ea.. ;p

    ReplyDelete
  3. hihi. licha tak bela kucing sbb tngan berpeluh. nnti bulu melekat

    ReplyDelete
  4. si comel ni rasanya semua apa yg kita makan kot :) nak cuba sedap x? hehe

    ReplyDelete
  5. coklat sekarang mahal/....memang x merase lah kucing dayat :) muewahahahaha

    ReplyDelete
  6. dulu kat rumah nenek sis, ada seekor kucing yang suka sangat makan honey dew. Mujurlah tak ada side effect ke apa.

    ReplyDelete
  7. kucing pon makan macam manusia ,hehe..dlu kucing sye pernah makan buah durian dengan karipap..pelik2 je

    ReplyDelete
  8. nak calit je pon.. bukan nak makan kan..ngade2 eh..hehe

    ReplyDelete
  9. syuk bagi ikan kembung rebus. :D

    ReplyDelete
  10. wahhh :) nak diet ..ohhh tidak !!

    ReplyDelete
  11. ganjilnya bila kucing pun try makan rambutan heheh. btw kelakar tgk gambar2 kucing dri google tu :p

    ReplyDelete
  12. @LiLy @ MaMaQiStInA

    itu lah kak.. dia pun nak jugak tengok kita makan.. hmmm

    ReplyDelete
  13. @Cik Yaya

    demand kucing yaya tu.. hehe

    takleh.. lethal.. boleh membawa maut kepada kucing. huhu

    ReplyDelete
  14. @Ct Noraishah

    itu lah.. hehe.. mcm2 dia nak rasa..

    ReplyDelete
  15. kucing hana makan rumput tp rumput yang beracun tu. haihh asal boleh je nak makan tw. lepas tu kang demam sakit bagai. risau dibuatnya. -_-

    ReplyDelete
  16. @Dayat Lucas

    bagi makan coklat tengok2 dah tak bernyawa dah kucing tu.. ada jugak yg menangis air mata darah.. huhu.. coklat sgt berbahaya kepada kucing. boleh membawa maut tu..

    ReplyDelete
  17. @puteri kasih

    honeydew tu dlm kategori buah melon.. mmg boleh kucing makan sis.. hehe

    ReplyDelete
  18. @syuk shusuke

    itu lah yg sebaik-baiknya.. tak pun bg ayam rebus.. :)

    ReplyDelete
  19. @Mazni Munawar

    dia terliur tengok kita makan mcm sedap sgt kot. hehe

    ReplyDelete
  20. first time SB dengar kucing berdiet..hehehe...takut overweight kot??

    ReplyDelete
  21. selera betul nampak dia jilat buah rambutan tu.. kucing akak masa di kampung dulu pantang tengok timun, mesti dia terkam dan makan..

    ReplyDelete
  22. olohhhh comelnyo cik meowww!

    ReplyDelete
  23. kemain cik teng teng makan buah ye.. huhu..

    ReplyDelete
  24. @Putery FarHaNa

    kucing adalah haiwan, manusia adalah manusia.. mana sama.. yg hampir sama mungkin dari segi pemakanan.

    ReplyDelete
  25. @Mizz Aiza (Dunia Kecil)

    sy pulak yg minat makan jagung pun ada kak.. haha

    ReplyDelete
  26. @asha hana

    kena jaga tu. sy ada kucing yg mati termakan rumput. kebetulan jiran sebelah baru racun rumput.. sedih.. T_T

    ReplyDelete
  27. klu gini gaya yer mmg dh ,engalahkan diet manusia dh ni...hahahaha :p

    ReplyDelete
  28. @ayut

    tapi tak kurus2 jugak. makin gemok adalah! haha

    ReplyDelete