27/11/2013

Lasagna Lagi

Patutnya buat entri ni minggu lepas lagi. Tapi asyik hold je sebab ada benda lain yang lagi excited nak share maka I simpan lah dulu. Biasanya kalau adik perempuan I ada kat rumah ataupun sebaliknya , benda wajib dia minta adalah "Kak, tolong buatkan lasagna." Lagipun kalau dia ada best sikit nak masak macam-macam. At least ada jugak yang tolong makan. 

Bila dah ada permintaan ni, maka haruslah ditunaikan. Selalunya dia tolong jugak kakak dia ni sikit-sikit. Dah selesai bertukang di dapur, time panas-panas memang sedap dimakan. 

Panas-panas lagi ni. Alahai sedapnya. 

Tak sure pulak pernah share atau tak resipi lasagna ni. Macam pernah tapi tak jumpa pulak entri yang mana. Buat yang simple je. I bagi resipi secara kasar je lah ni. Kalau uolls nak ikut, modify lah ikut keselesaan dan kehendak masing-masing. 

Untuk inti perlu seulas bawang putih dan bawang merah, daging kisar, cendawan butang, setengah botol kecik sos spagetti tradisional (yang kimball tu sudah) dan chilli sauce untuk rasa pedas sikit (Satu family tak makan pedas jadi sos cili sikit dah memadai). Nak tambah capsicum pun boleh jugak. 

Untuk sos putih pulak, 2 sudu makan butter, tambah sedikit tepung gandum, 3 3/4 cawan susu segar dan last sekali 125 g keju (I selalu beli cheese yang 250 g tu. Half untuk sos dan half lagi untuk tabur). 

Last sekali, susun kepingan lasagna dalam acuan yang disapu dengan mentega. Masukkan inti dan tuang sos putih. Ulang proses ni lagi dua kali. Dan last sekali tabur cheese yang dah diparut. I suka tabur cheese kat setiap layer atas sos putih tu. Lagi yummy rasanya. Bakar dengan api atas bawah pada suhu 180 celcius selama 30 minit. 

Close up sikit. 

Ingat lagi entri INI?

Disebabkan I buat entri wordless wednesday jadi ramai juga yang tanya apa benda ni. Ni bukan lasagna tapi makaroni bakar. Siapa yang nak resipi boleh terjah entri INI

p/s : entri autopublish

46 comments:

  1. Pernah try buat,x jd la,.lasagna tu pecah,,:(

    ReplyDelete
  2. YA ALLAH
    SAMPAI HATI
    DERA HATI DAN NAFSU MAKAN QILA YA ALLAH :OOOO



    DYING.
    *FAINT*

    ReplyDelete
  3. Hehehehehe nak :(((((



    Buatkan free untuk qila boleh dak? Heheheheh

    ReplyDelete
  4. Dah makan dah haritu :) best

    ReplyDelete
  5. makan kat restoran itali mahal sehh. haha. ni untung la boleh masak sendiri >.<

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum.

    Urmm..tak pernah lagi buat lasagna..

    #ehem, baru ni kan, pas baca entry scrambld egg aisya, terus 3 hari berderet buat scrmbld egg T__T

    ReplyDelete
  7. empat hari lepas, ada kawan request, tp rumah zizie xde oven.. pastu bila buka fb, instag, semua nak posn gmbr lasagne.. adeh..

    ReplyDelete
  8. alahai..dah la kat luar tu hujan..bertambah lapar pula lepas baca entri ni..hehe

    ReplyDelete
  9. yaya teringn nk makan ni..tp xde ksmptn..huu
    nak buat mmg mls r kan..nak beli tu yg kdng time nak beli tu ade mkanan lain pulak nk dbeli..heee ;p

    ReplyDelete
  10. perghh... menjadi2 lapaq tgk ni :D

    ReplyDelete
  11. sedapnyeeeee....nak try buat la..takyah dah beli yg sejuk beku nye..hehe

    ReplyDelete
  12. craving lasagna terus baca entri ni --'
    nak buat laa nanti hewhew

    ReplyDelete
  13. nyum2 nmpk sedap lagi2 cheese tu..

    ReplyDelete
  14. hana memang suka lasagna. sedap weyh !!! haha

    ReplyDelete
  15. Lasagna...nyummy...sedap2x..tp mkn byk mmg mok la jwab yer :p

    ReplyDelete
  16. aku mkn lasagna ni kdg2 je. sbb mcm muak je mkn slalu.

    ReplyDelete
  17. @atien zuraidah

    pecah? sebab inti akak tak cover kepingan lasagna tu kot? huhu

    ReplyDelete
  18. @Akeyla Azmi

    oopssss.. sorryyyyy.. hehe

    boleh2.. tapi qila kena dtg rumah lah.. :P

    ReplyDelete
  19. @Mizz Aiza (Dunia Kecil)

    sy pun terliur baca balik entri ni kak. haha

    ReplyDelete
  20. @syuk shusuke

    syuk suruh lah wani buatkan.. bukan susah pun.. hehe

    ReplyDelete
  21. @Tinta Lana

    boleh lah buat lepas ni.. haha..

    amboi.. dahsyat sungguh penangan scrambled egg tu.. hehe

    ReplyDelete
  22. @Aishah Jahirah

    adik minta masakkan.. hehe.. turutkan jugak lah..

    ReplyDelete
  23. @Nurul Farahizzati

    maksudnya zizie kena buat jugak tu.. hehe

    ReplyDelete
  24. @puteri kasih

    nk suruh sis buatkan sy lasagna lah pulak.. asyik sy je yg masakkan utk org.. hehe

    ReplyDelete
  25. @Cik Yaya

    alah, senang je nak buat tu yaya.. hehe

    ReplyDelete
  26. @Zuraidah Butang

    tu resipi sendiri je tu.. takut jugak org lain try tak jadi. hehe

    ReplyDelete
  27. @Affy Afiqah

    nk buat boleh la bg sy sikit ye? hehehe :P

    ReplyDelete
  28. @aswadz

    mmg pun.. lg2 yg cheese berlambak2 tu.. huhu

    ReplyDelete