Malam tadi around pukul 12.30 tengah malam, keluar bilik menuju ke dapur atas alasan haus nak minum air. Tengok Cik TengTeng leka bermain dengan sesuatu. Satu makhluk kecil seakan-akan cacing. Tapi pelik rupanya. Cacing yang warnanya hitam dan lebih panjang daripada cacing biasa. Tangkas bergerak pulak tu. Cepat-cepat ambik Cik TengTeng dan terus masukkan Cik TengTeng dalam cage. Nak buang binatang tu cepat-cepat sebelum Abang E'el nampak pulak.
Makin gemuk makin nakal pulak dia ni.
Nasib tak menyebelahi, Abang E'el lagi cepat berlari nak terkam binatang tu. Terpaksa kejutkan Mak dari tidur minta tolong pegang Abang E'el kejap.
Masa tu lah I perhati betul-betul 'cacing hitam' tu. Macam cacing, tapi lebih berkilat dan kulitnya tak lembap lembik-lembik macam cacing. Plus, cepat pulak bergerak kalau diusik. Macam lipan. Gerak hati kata, macam ular tapi kenapa kecik sangat.
Tak berani nak pegang haiwan tak dikenalpasti itu dan taknak tolak ke luar rumah guna penyapu sebab binatang tu kecik sangat. Melekat kat rambut penyapu tu satu hal pulak. Disebabkan haiwan tak dikenalpasti tu cepat sangat bergerak tangan cepat-cepat capai Ridsect dan sembur. Tak mati pun, pening-pening lalat sikit. Terus angkat dengan newspaper lama ke luar rumah.
Depan pintu dapur, ada seekor kucing yang bernama Dot pulak menanti. Nampak berminat nak terkam 'cacing hitam' tu jugak. Pakai selipar dan terus pijak sampai puas. Takut kalau-kalau binatang tu berbahaya kepada kucing.
Masuk bilik tidur terus tanya Pakcik Google, binatang apakah yang rupanya macam cacing tapi kulitnya lebih berkilat seakan-akan ular dan pantas macam lipan.
Ramphotyphlops braminus (Gambar ehsan Pakcik Google)
Brahminy Blind Snake ataupun Flowerpot Snake. Kalau orang kita tak tau lah panggil ular ni ular apa. Antara species ular yang terkecil di dunia. (Yang paling kecil adalah Barbados threadsnake). Harmless. Dipanggil Blind Snake (Ular buta) sebab ular ini telah hilang fungsi penglihatan melalui proses evolusi. Panjangnya lebih kurang 6 hingga 17 cm. Yang Cik TengTeng jumpa tu adalah panjang pembaris 15 cm tu. Memang common di Africa dan Asia termasuk lah Malaysia. Selalu orang ingat Flowerpot Snake ni cacing biasa. Tapi kalau perhati betul-betul memang agak lain sikit.
Update
Bold sikit perkataan Harmless tu. Ramai yang terskip baca agaknya. Bahasa senangnya Flowerpot Snake dewasa hanya boleh mencapai panjang sejengkal cuma.
p/s : Dari mana lah datangnya sampai masuk rumah ni? Huhu
Salam jumaat cik aisya..
ReplyDeletehuh?spesis ular ke 'cacing' tu?
xtau byng pula.mgkin bila tgok tau la kot..hee
*cmne leh masuk umah tu...haaa *
pernah beberapa kali nampak ular buta ni, bila ada anak-anak kat rumah, memang macam-macam benda yang diorang buat main :)
ReplyDeleteherr..geli nya tengok.. :/
ReplyDeleteklik nuffy hotlink!! =)
berbisa tak ular ni aisya? geli akak tengok..
ReplyDeletemungkin dia cari ibunya.
ReplyDeleteUlar cm ni pon ado kt malaysia...bahaya x?
ReplyDeleteIsh.. entah camne ular ya boleh masok umah oh.. hee
ReplyDeletetak sangka ada ular macam tu. xpenah tgk huhu
ReplyDeletesaya okey jer dengan cacing biasa.. tapi yang niee.. yeaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaarrrrrrrrrrrrrrrrrrrrkkkkkkkkk >< eee
ReplyDeletewah comelnye kucing tu :) hehe
ReplyDeleteEee, geli kamek nangga.
ReplyDeleteohhh...harmless! sally nampak tu...hahaha :P
ReplyDeleteeeeeeee takutnyaa.. seriau betul!
ReplyDeletesllu juga tgok ular kecil ni, mknanya xbhya la ye?? bguskn ada kucing ni, ada bnda asing msuk rumah je, trus dia terkam..slamat kita sbgai tuan rumah
ReplyDelete@Cik Yaya
ReplyDeletecacing hitam
@puteri kasih
ReplyDeletetau takpe sis.. kite takut benda tu berbahaya kat kucing.. huhu
@husna zahidi
ReplyDeletesekali tengok mcm cacing
hehe
@Mizz Aiza (Dunia Kecil)
ReplyDeletetak rasanya kak sebab harmless.
@Faizal Mohamad Twon Tawi
ReplyDeleteadult size lebih kurang sejengkal so it's possibly an adult blind snake.. huhu
@♥♥ Nur ♥♥
ReplyDeleteharmless
@Sally Yatiey
ReplyDeleteyala, kmk pun tertanya2 juak.. maybe boleh nyelit celah pintu dapur ya kali.. nya kecik jak bah.
@Nida Husna
ReplyDeletemungkin tersilap dengan cacing kot.. sebab sekali pandang mmg mcm cacing. huhu
@siara elina
ReplyDeletetapi ini bukanlah cacing biasa mahupun cacing istimewa.. tapi ular. hehe
@athillah _ husnina♪
ReplyDeletehehe
@Isabel Diaz
ReplyDeletelagi geli kali ktk nangga nya pening2 lalat kenak spray ngan ridsect. hehe
@Sally Samsaiman
ReplyDeleteooohh.. terima kasih Sallyyyy!
haha
@azizah :)
ReplyDeletekak jijah ni mmg geli dgn reptile ye? katak, ular.. hehe
@Ayie Abas
ReplyDeletetakut masuk mulut kucing, dia makan je.. huhuhu..
tu lah, kucing yg alert dulu..
@Fais-SKA
ReplyDeletetak2.. tengok gambar2 kat google image org relax je pegang. huhu
aku mcm selalu je nmpk "ular" ni kat rumah lama aku kat ipoh. slalu muncul time2 hujan.
ReplyDelete@aswadz
ReplyDeleterasanya malam tu hujan rintik2 jugak.. tu yg dia keluar tu kot..
adehhhhhhh...gelingelaman nengok yer...huhuhu
ReplyDelete@ayut
ReplyDeletetgk depan2 lagi geli kot.
Thn nie dh 2x masuk bilik air... eeee... geli... sy amik air panas terus siram...
ReplyDeleteMane nk dapat blind snake ni...tgok kt national geography...comel jer.biase tgok ular besar lidah kecik.ni dh la kecik lidah lg kecik
ReplyDeleteThank you bagi info. Baru 30 minit yang lalu "cacing hitam" ini berada di tepi tandas saya. Ingatkan cacing tapi pelik sebab warnanya hitam berkilat. Letak garam ke atas badan "cacing hitam" ini, bergerak macam ular. So tanya uncle google, jumpa post cik. Once again, thank you for the info sis. God bless us.
ReplyDeleteVenessa Jss, Wilayah Persekutuan Labuan 27/4/2016